kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,694
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,694
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Siasatan FELDA: Bekas Pengarah Besar Direman Lima Hari Hingga 11 Sept
Bekas pengarah besar FELDA direman lima hari bagi membantu siasatan kes salah guna kuasa berhubung pelantikan syarikat pemaju bagi sebuah projek di ibu negara, selain urusan penjualan tanah milik badan berkanun berkenaan.
Perintah reman bermula hari ini hingga 11 Sept terhadap suspek berumur lewat 60-an itu dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini.

SPRM sebelum ini memanggil dua lelaki berusia lingkungan 50-an dan 60-an bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
Kedua-dua individu itu disyaki terlibat dalam urusan penjualan tanah milik badan berkanun berkenaan kepada syarikat yang mempunyai kepentingan dengan syarikat pemaju tanpa pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah dan anak syarikat.
Media melaporkan SPRM menahan dua individu, termasuk seorang bekas pengarah besar sebuah badan berkanun bergelar Datuk kira-kira 4 petang semalam, ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.
Minggu lepas, SPRM membuka tujuh kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah membabitkan FELDA serta anak syarikatnya, FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).
Abd Halim dilaporkan berkata penyiasatan khas berskala besar yang dinamakan sebagai Ops FELLA itu menumpukan kepada transaksi pelaburan dan pengambilalihan aset oleh pengurusan FELDA dan FIC dalam tempoh 10 tahun, iaitu antara 2010 hingga 2020.
Daripada jumlah itu, enam kertas siasatan baharu dibuka pada 24 Ogos lepas manakala satu lagi adalah kertas siasatan lama yang masih aktif dan sedang menjalani proses Bantuan Perundangan Bersama (MLA).