BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siasatan FELDA: Bekas Pengarah Besar Antara Dua Ditahan Bantu Siasat Kes Seleweng Projek, Jual Tanah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Siasatan FELDA: Bekas Pengarah Besar Antara Dua Ditahan Bantu Siasat Kes Seleweng Projek, Jual Tanah​

d9c537f9e7cda8e27872624f5fe33f5e63f8d9363766f

ebb14aff1fffde36701493370cd734de63da6e8050879


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu termasuk seorang bekas pengarah besar sebuah badan berkanun bergelar Datuk kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.

Kedua-dua lelaki berusia lingkungan 50-an dan 60-an itu ditahan kira-kira 4 petang tadi ketika hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Menurut sumber, mereka disyaki terlibat dalam salah guna kuasa berhubung pelantikan syarikat pemaju bagi sebuah projek di ibu negara, selain urusan penjualan tanah milik badan berkanun berkenaan.

"Kedua-dua individu itu disyaki terlibat dalam urusan penjualan tanah milik badan berkanun itu kepada syarikat yang ada kepentingan dengan syarikat pemaju tanpa pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah dan anak syarikat," katanya.

Kedua-duanya akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi mendapatkan perintah reman.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

 
Back
Top
Log in Register