BTC USD 75,561.0 Gold USD 4,359.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MLM Chat Siapa yang masih percaya dengan bisnes Multi Level Marketing atau MLM?

saya rasa yang terbaik pada mlm

belajar buat ais krim sedap ka

boleh jual sehari lebih 1000 orang

rasa boleh buat duit lagi banyak dari mlm

atau jual ayam goreng tepi jalan

contoh jual rm2 ayam cheese

jual ke lebih 1000 orang sehari

rasa leh buat duit best kot
haa betullah tu daus... straight to da point menjual... sedap beli .. tak sedap toksah beli... kalu MLM punya produk.. biasanya sembang kencang... abih penyakit bulih cure..pastu rega sendiri mau ingat...
 
Nasib baik produk saya murah2 je, boleh la dpt untung sebotol RM20, + bonus2 lain .. hihi 🥰🥰🥰
 
saya rasa yang terbaik pada mlm

belajar buat ais krim sedap ka

boleh jual sehari lebih 1000 orang

rasa boleh buat duit lagi banyak dari mlm

atau jual ayam goreng tepi jalan

contoh jual rm2 ayam cheese

jual ke lebih 1000 orang sehari

rasa leh buat duit best kot
konsep tetap multilevel tanpa sedar, maksudnya ,,,, ayam yang awak jual sedap, saya beli, pastu bawak bagi member rasa, member ckp sedap, pastu member tanya beli katne, saya cakap beli kat kedai awak, kwn2 pon serbu g kedai awak, tp saya dpt ape? dapat promote bisnes awak ... so same je dalam bisnes multi level ni, u memperkenalkan produk, dan u dpt reward sebab u perkenalkan kat orng ...

thats why, bagi saye, nak join multilevel marketing ni, kene ade pengetahuan & kene ambil tahu, apa jenis produk, macam mane marketing plan nyer, modal mampu atau tidak ... huhu ...

sebab dalam hidup kita ni, memang berasaskan konsep multilevel & networking ...

Dari Pengilang ke Pengedar,
Dari Pengedar ke Peruncit,
Dari Peruncit ke Pembeli

atau ... Sistem stokist,agent & dropship tu sume adalah skim multilevel terancang ...

Hehe... Sekadar pendapat saye je 😜😜😜
 
Faham ... saya juga pernah 3 kali kene scam ... Tapi sy suke cuba peluang2... ade rezeki, kita akan success ... Harap u bertabah ye ... Tp jangan set di minda semuanya adalah sama. Ibarat "Kerana nila setitik rosak susu sebelanga" ... hihi
Peluang bisness tu sentiasa ada sis... tp agen2 yang promote benda2 mewah ni boleh tendang dia jauh2. Skarang ni Coway ke, insuran ke semua nak carik agen dia ngan pancing benda2 mewah, kereta mewah, duit bagai.... menyampah aku.
 
bukan nak cakap tapi jangan ambik hati

pi belajar buat roti canai ka roti telur bagi roti lembut sedap

bagi kuah kari dal sedap best

bagi daging lembut

bagi ayam sedap

lagi terbaik la dari pening kepala buat mlm

orang dengar mlm saja lari

kalau roti canai kuah kita sedap kaw kaw

lebih pada banglo mercedes leh dapat

kat penang

pernah makan tak roti canai transfer road

owner dia beli rumah banglo lebih sejuta siap pakai keta mewah mercedes rasa lebih rm400k

dari seluruh malaysia turun

makan roti canai

jangan ambik hati yer
 
konsep tetap multilevel tanpa sedar, maksudnya ,,,, ayam yang awak jual sedap, saya beli, pastu bawak bagi member rasa, member ckp sedap, pastu member tanya beli katne, saya cakap beli kat kedai awak, kwn2 pon serbu g kedai awak, tp saya dpt ape? dapat promote bisnes awak ... so same je dalam bisnes multi level ni, u memperkenalkan produk, dan u dpt reward sebab u perkenalkan kat orng ...

thats why, bagi saye, nak join multilevel marketing ni, kene ade pengetahuan & kene ambil tahu, apa jenis produk, macam mane marketing plan nyer, modal mampu atau tidak ... huhu ...

sebab dalam hidup kita ni, memang berasaskan konsep multilevel & networking ...

Dari Pengilang ke Pengedar,
Dari Pengedar ke Peruncit,
Dari Peruncit ke Pembeli

atau ... Sistem stokist,agent & dropship tu sume adalah skim multilevel terancang ...

Hehe... Sekadar pendapat saye je 😜😜😜

ya betul...

sebab tu aku awal2 ada ckp...sebenarnya banyak je perniagaan yg menggunakan konsep MLM,, cuma kita tak sebut la benda tu MLM haha....

sbb biasanya bila sebut MLM, org akan fikir "skim cepat kaya"....

padahal ada juga perniagaan/produk yang biasa mcm perniagaan biasa saja..
tapi dia implement jugak MLM dalam tu tanpa kita sedar....

sebab tu tak semestinya semua produk/perniagaan/program melibatkan MLM ni scam....
tapi ada juga yg betul di jalannya...

tapi tak dinafikan, yg SCAM tu mmg banyak....

so, bergantung pada individu utk menilai..

sekarang zaman internet, boleh tanya je kat mana2 media sosial ("betul ke program DuitCloud ni??")...
- kalau ramai yg jawab scam tu, kemungkinan mmg scam la tu..

zaman dulu kita slalu refer pada TESTIMONI
- tapi zmn skarang org dah tak pandang sgt TESTIMONI, sbb kebanyakan TESTIMONI pun boleh buat FAKE...
- so, better refer pada REAL MANUSIA (iaitu di media sosial)

..
..
 
Peluang bisness tu sentiasa ada sis... tp agen2 yang promote benda2 mewah ni boleh tendang dia jauh2. Skarang ni Coway ke, insuran ke semua nak carik agen dia ngan pancing benda2 mewah, kereta mewah, duit bagai.... menyampah aku.

betul2 ,... bergantung kepada individu juga ...

** so far, alhamdulillah lah dengan MLM yang sy sedang buat sekarang ni lebih telus. Win2 situation, sebab kat sini, upline pon boleh jadi dline ... kalau program2 lain, sape jadi upline, sampai kiamat jadi upline.. hihihi ... :D:D
 
bukan nak cakap tapi jangan ambik hati

pi belajar buat roti canai ka roti telur bagi roti lembut sedap

bagi kuah kari dal sedap best

bagi daging lembut

bagi ayam sedap

lagi terbaik la dari pening kepala buat mlm

orang dengar mlm saja lari

kalau roti canai kuah kita sedap kaw kaw

lebih pada banglo mercedes leh dapat

kat penang

pernah makan tak roti canai transfer road

owner dia beli rumah banglo lebih sejuta siap pakai keta mewah mercedes rasa lebih rm400k

dari seluruh malaysia turun

makan roti canai

jangan ambik hati yer

Jual Roti Canai Di Acheh Pendapatan RM100k Sebulan

22hm010a.transformed.jpg

Banda Aceh: Bermodalkan RM30 dan ilmu membuat roti canai daripada seorang lelaki Bangladesh ketika bekerja restoran di Damansara Damai, Petaling Jaya, seorang pemuda Aceh kini tersenyum lebar apabila mampu memperoleh pendapatan sekitar RM100,000 sebulan.

Menariknya, kata Tommi Ramli, 37, antara tuah melariskan jualan adalah dia menamakan premisnya Restoran Canai Mamak Kuala Lumpur sehingga melonjakkan populariti dan mampu membuka dua cawangan berbanding ketika memulakan perniagaan gerai kecil tepi jalan.

Ketika ditemui di restoran utamanya di No 51, Jalan Teuku Umar, di sini, pemuda yang masih bujang itu berkata, dia memberanikan diri membuka perniagaan sendiri pada awal 2005 iaitu selepas tsunami membadai Aceh pada Disember 2004.

“Ketika tsunami pada 26 Disember 2004, ratusan ribu nyawa hilang manakala kawasan pantai sepanjang 800 kilometer berdepan Lautan Hindi lenyap.

“Namun kemusnahan itu memberi rahmat kepada kami untuk menjalani hidup tanpa rasa takut dan saya mendapat ilham memulakan perniagaan roti canai.

“Saya mulakan perniagaan pada Mac 2005 dengan modal RM30 dan menebar roti di tepi jalan yang menimbulkan suasana ganjil kepada masyarakat sini. Tiga kali saya menukar nama gerai bermula Canai Aceh, Canai Mamak dan akhir sekali Canai Mamak Kuala Lumpur pada 2006 sehingga kini saya kekalkan. Syukur, ramai singgah makan kerana perasaan ingin tahu roti canai Kuala Lumpur, sekali gus menjadikan ia popular,” katanya.

Tommi berkata, ketika ini dia mempunyai 60 pekerja di dua cawangan yang masing-masing boleh memuatkan sehingga 1,000 pelanggan pada satu masa.

Lepasan Sekolah Teknik Aceh dalam jurusan seni bina bangunan itu juga menerapkan sentuhan tersendiri dalam hiasan dalaman serta luaran restorannya yang turut dilengkapi kemudahan Wifi.

“Mengenai ilmu membuat roti canai, saya belajar dengan seorang pekerja Bangladesh ketika bekerja di sebuah restoran di Damansara Damai. Saya belajar menebar roti pula guna kain basah.

“Pengalaman bekerja di Malaysia antara 2000 hingga 2005 saya gunakan sepenuhnya untuk membangunkan restoran sendiri, termasuk idea pengurusan.

“Saya berhasrat mengembangkan perniagaan Restoran Canai Mamak Kuala Lumpur secara francais sehingga ke seluruh Indonesia,” katanya.
Dia berkata, sebelum ini sukar mencari rezeki disebabkan Aceh sebuah wilayah konflik menyebabkan kegiatan ekonomi setempat sangat lemah.

Menurutnya, dia tidak pernah terbayang Aceh akan menjadi sangat makmur seperti sekarang dan baginya, tsunami turut memberi hikmah kepada cara pemikiran masyarakat untuk memajukan diri dan wilayah bertuah itu.

Harian Metro turut berkesempatan menemu bual seorang lagi peniaga yang kisahnya hampir serupa dengan Tommi iaitu Rahmat Rizal, 31, yang juga pemilik Warung Kopi G and J.

Rahmat berpengalaman berniaga makanan di Jalan Haji Taib, Kuala Lumpur selama lima tahun sebelum pulang ke Banda Aceh untuk mempopularkan teh tarik dan kopi sepedek (gelas kenit).

“Warung kopi di Aceh kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Bagi saya, pemandangan warung dipenuhi pelanggan sehingga lewat pagi adalah petanda rezeki mencurah turun ke bumi Aceh,” katanya.

Sebelum tsunami, Tommi dan Rahmat antara ribuan penduduk Aceh yang terpaksa merantau untuk mencari rezeki di luar wilayah itu berikutan ketegangan di bumi Serambi Makkah membabitkan konflik hampir tiga dekad antara pihak Gerakan Aceh Merdeka (GAM) dan pemerintah Jakarta.

sumber - https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2014/12/18168/tuah-resipi-roti-canai
 
bukan nak cakap tapi jangan ambik hati

pi belajar buat roti canai ka roti telur bagi roti lembut sedap

bagi kuah kari dal sedap best

bagi daging lembut

bagi ayam sedap

lagi terbaik la dari pening kepala buat mlm

orang dengar mlm saja lari

kalau roti canai kuah kita sedap kaw kaw

lebih pada banglo mercedes leh dapat

kat penang

pernah makan tak roti canai transfer road

owner dia beli rumah banglo lebih sejuta siap pakai keta mewah mercedes rasa lebih rm400k

dari seluruh malaysia turun

makan roti canai

jangan ambik hati yer

betul la tu ... ikut kepakaran masing2 .... hee .. rezeki mana2 pon ada ... Dengan izin Allah ...
 
Back
Top
Log in Register