BTC USD 83,335.8 Gold USD 4,179.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siam layan Team Harimau Malaya macam NAKHAROM!

Bro_Izantie

Legendary Member
gem
Messages
17,073
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2009
Messages
17,073
Reaction score
928
Points
161
Biar gambar yang berbicara...Macam ni standard Thailand layan tetamu...memang bangsa macam ni tak boleh bagi muka lain hari!

thailansial.jpg


BERBAHAYA...pemain negara menjalani latihan di padang berlopak dan jaring terkoyak di Bangkok, semalam.​


PADANG macam sawah padi! Itu nada kecewa disuarakan pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal selepas melihat padang latihan yang digunakan Harimau Malaya di Bangkok, semalam.

Penganjur Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) menyediakan padang di Jaran Buraprat untuk skuad kendalian Datuk K Rajagobal menjalani latihan namun ia tidak seperti yang diharapkan.


Keadaan permukaan padang yang berlopak, rumput tebal boleh mengundang kecederaan kepada pemain dan lebih mengecewakan, padang awam itu tanpa tempat persalinan dan bilik air.

Bagi Subahan, beliau tidak menyangka AFF dan juga Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memberi layanan buruk kepada skuad kebangsaan yang dianggap boleh menjejaskan persiapan menghadapi Thailand pada separuh akhir kedua Piala AFF esok.


“Saya amat kecewa dengan padang latihan disediakan. Ketika Thailand datang ke Kuala Lumpur pada aksi pertama separuh akhir, kami beri layanan baik dengan menyediakan anggota polis dan stadium latihan tertutup tapi di sini mereka beri padang sawah kepada kita.


“Tindakan mereka langsung tiada semangat kesukanan, ini hanya merugikan masa latihan skuad kebangsaan di sini,” katanya.

Skuad kebangsaan tiba di Bangkok kelmarin, sehari lebih awal bagi melakukan persiapan rapi selepas seri 1-1 pada pertemuan pertama di Kuala Lumpur, Ahad lalu.


Menurut Subahan, beliau sudah mengemukakan laporan kepada AFF dan FAT mengenai masalah itu.

“AFF sudah dimaklumkan tapi dengan tempoh singkat ini, mereka gagal menyediakan padang lain,” katanya.


Sementara itu, Rajagobal mengaku kecewa keadaan padang membahayakan selain tidak dapat menilai tahap pemain yang cedera.


“Saya takut dengan keadaan padang teruk ini akan mencederakan pemain dan sebab itu mereka hanya memanaskan badan saja.


“Senario ini mengganggu persiapan pasukan tapi kami tidak boleh terlalu memikirkan masalah ini dan saya mahu semua pemain kekal fokus,” katanya.


Peluang terakhir Rajagobal merencana strategi adalah pada sesi latihan rasmi di Stadium Supachalasai, hari ini.


Mengulas kecederaan pemain, beliau berkata, Mohd Shakir Saari dan Wan Zack Haikal Wan Noor masih belum pasti dapat diturunkan.


Sumber
 
serangan psikologi yg melampau...
 
Nampak sangat Thailand kecut dah tue... bagi padang macam sawah padi supaya takleh training elok-elok...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com​
 
kureng asam orang siam...takpe la...kalau kalah nanti boleh salahkan padang...
 
kasi down moral pemain HM je ni...
 
harap harap serangan saikologi mcm nie membuatkan semangat Harimau Malaya bangkit dengan kemenangan.. Insyaallah..
 
image.jpg

Pemain Harimau Malaya terpaksa berlatih dalam serba kekurangan.

image.jpg

Permukaan padang yang teruk ganggu sesi latihan Malaysia.

image.jpg

Tempat duduk pemain tidak berbumbung.
 
nmpak sgt thai penakut
smp tahap mcm ni bg tetamu
 
Back
Top
Log in Register