BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,328.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

(Update) Pemain T-Team bersumpah depan MB malam ini

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Irfan angkat sumpah bercakap benar

JOHOR BAHRU 11 Feb. - Pemain T-Team, Muhammad Irfan Abdul Ghani hari ini mengangkat sumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan segala kenyataan yang dibuatnya adalah benar.

Perakuan bersumpah itu dibuat Muhammad Irfan sambil memegang al-Quran dengan disaksikan sekumpulan wartawan serta jurugambar di sebuah restoran di sini, hari ini.



xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.b55HG_I13w.webp


KUALA TERENGGANU: Seorang pemain dan penolong jurulatih pasukan T-Team malam ini bersumpah dengan al-Quran di hadapan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bagi membuktikan kebenaran insiden kekecohan dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 1 Februari lalu.

Upacara itu dilakukan dalam majlis khas di Hotel Tabung Haji (TH) & Convention Center di sini pada kira-kira 10 malam sempena majlis perjumpaan pegawai dan pemain bola sepak Liga Super, Terengganu dan T-Team.


Majlis itu diadakan berikutan Menteri Besar Terengganu meminta pemain dan pegawai skuad The Titans itu bersumpah al-Quran berhubung kebenaran insiden kekecohan dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain sebaik tamat aksi separuh masa pertama kempen Piala FA antara pasukan itu dengan Johor Darul Takzim (JDT) di stadium itu minggu lalu.

Upacara bersumpah itu didahului penolong jurulatih Azlan Johar dan diikuti pemain tengah Khairan Izuan Razali.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

Bagaimanapun, kelibat pemain pertahanan T-Team, Irfan Abd Ghani yang merupakan bekas pemain JDT yang sebelum ini mengadakan sidang akhbar "mengejut" dengan mendakwa tidak berlaku sebarang insiden dalam terowong tidak kelihatan sepanjang majlis perjumpaan itu.

Ahmad dalam ucapannya berkata majlis mengangkat sumpah itu bagi membuktikan kebenaran insiden tersebut dan meminta para pemain dan pegawai yang menyaksikan kejadian tempoh hari itu supaya tidak berbohong.

Ketika ditemui selepas majlis itu, Menteri Besar mencabar Irfan tampil mengangkat sumpah di hadapannya sekiranya dia di pihak yang benar.

"Saya sanggup bagi tiket kapal terbang ke sini kepada dia untuk tampil bersumpah. Jangan lakukan pembohongan kepada rakyat Terengganu. Angkat sumpah ini bukan permainan semata-mata. Kita mahu buktikan kebenaran kerana ia melibatkan maruah diri, harga diri dan pasukan," katanya.

Ahmad nyata berbangga dengan kedua-dua individu itu yang tampil bersumpah kerana menurutnya ini jelas membuktikan mereka jujur.

Irfan sebelum ini mengeluarkan kenyataan di Johor tanpa pengetahuan majikannya, mendakwa tidak berlaku sebarang insiden dalam terowong ketika menuju ke bilik persalinan dan ini bercanggah dengan pendirian pasukan T-Team yang menyifatkan perkara sebaliknya terjadi.

Perbuatannya itu melanggar terma dan syarat yang tertera dalam kontrak pasukan.

Beliau sudah menghilangkan diri dengan mengemas barangan dari rumah sewanya di Gong Badak, sepertimana yang diberitahu oleh Khairan Izuan yang juga rakan serumahnya dan tidak melaporkan diri bersama pasukan sehingga ke hari ini sejak memohon cuti selama dua hari daripada jurulatih Mohd Azraai Khor Abdullah pada 3 Februari.

- BERNAMA


KUALA TERENGGANU 10 Feb. - Para pemain T-Team dan pengurusan pasukan kelab itu akan bersumpah dengan al-Quran dalam satu majlis di Hotel Tabung Haji di Gong Badak, dekat sini malam ini.

Difahamkan, mereka akan melakukanya di hadapan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi memenuhi permintaan pemimpin negeri itu sebagai membuktikan dakwaan mereka berkaitan insiden `terowong' di Larkin ketika menentang JDT itu adalah benar.




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140210/su_11/Pemain-T-Team-bersumpah-malam-ini#ixzz2sumji7e3
© Utusan Melayu (M) Bhd


xfrontpage.jpg,qhm1.pagespeed.ic.46o6r9zwEi.webp
 
Last edited:
pemain import lak camne
 
Dah macam kes saiful bukhari dah main sumpah2 ni
Dekat hotel pulak tu
 
mb dah bengong etek..
 
ah sudah team sbelah lagi teruk kena hentam pasni... drama baru pulak lagi ler pasni
 
lepas sumpah nak buat apa lak?
 
Back
Top
Log in Register