BTC USD 62,571.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengurus Harimau Malaya 'bohong': Piya

takper HM n Rajagopal
Masih ada Amar Rozidane n The Kepittan
 
Kota Bharu: Kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi hairan dengan dakwaan pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal bahawa dia pernah menolak tawaran mewakili Harimau Malaya sedangkan dirinya tidak pernah menerima panggilan.

Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya menegaskan dia hanya pernah sekali dipanggil oleh jurulatih Harimau Muda A Ong Kim Swee ketika perlawanan persahabatan dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, pada Julai 2011.
“Bagaimana, saya hendak menolak tawaran mewakili negara sedangkan saya tidak pernah dipanggil jurulatih.

“Cuma sekali saja saya dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan ketika perlawanan persahabatan dengan Chelsea bersama rakan sepasukan lain seperti Daudsu Jamaluddin dan S Subramaniam. Selepas aksi itu, saya tidak lagi mendapat tawaran,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sedia sarung jersi kebangsaan

Sebelum ini, Subahan mendakwa Piya pernah dipanggil untuk mewakili negara, namun menolak tawaran berkenaan menyebabkan pemain berusia 30 tahun itu tidak lagi dipanggil jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal.

Menurut Subahan, Piya ada dalam senarai 34 pemain bagi kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar di Doha, 6 Februari lalu, tetapi terpaksa diketepikan untuk memberi laluan kepada Mohd Amri Yahyah yang dipanggil pada saat akhir.

“Tiada pemain yang akan menolak tawaran beraksi untuk skuad negara. Begitu juga saya yang sentiasa bersedia membantu skuad kebangsaan jika diberi peluang,” kata Piya.

pix_gal0

demo main nge klate jah piya...demo main sdk doh tp nyo wat nyaknyo ko ore...keno plop nge subahan kaki auta...
 
kelate ni selalu dianak tiri...dah lama dah...faham sangat2...
 
kelate ni selalu dianak tiri...dah lama dah...faham sangat2...

tu ler pasal,
tadi pun KAFA kena denda lg 60K dng FAM. sempat lg 'ugut' blh didenda main tanpa penonton.
tak blh rayuan pulak tu.
:(scam:(scam
 
bila org politik yg ada kepentingan jaga bola ginilah gamaknya
 
bila dipegang oleh pengurus dan jurulatih kaki putar alam, yg lawaknya ramai yg percaya, wlpun dah nampak depan mata
 
badan induk bolasepak sendiri yg nak menjatuhkan sukan no.1. kafa ada penyokong fanatik setiap kali ada game. klu stadium kosong, mana nak dapat extra income oiii. kafa hebat sebab sokongan padu dari pnyokong.
 
dia ada misscall kira panggil la kot kalau tk menyahut
 
Back
Top
Log in Register