BTC USD 60,861.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pengurus Harimau Malaya 'bohong': Piya

helmisaman

Legendary Member
gem
Messages
11,106
Joined
Jul 15, 2011
Messages
11,106
Reaction score
266
Points
131
Kota Bharu: Kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi hairan dengan dakwaan pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal bahawa dia pernah menolak tawaran mewakili Harimau Malaya sedangkan dirinya tidak pernah menerima panggilan.

Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya menegaskan dia hanya pernah sekali dipanggil oleh jurulatih Harimau Muda A Ong Kim Swee ketika perlawanan persahabatan dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, pada Julai 2011.
“Bagaimana, saya hendak menolak tawaran mewakili negara sedangkan saya tidak pernah dipanggil jurulatih.

“Cuma sekali saja saya dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan ketika perlawanan persahabatan dengan Chelsea bersama rakan sepasukan lain seperti Daudsu Jamaluddin dan S Subramaniam. Selepas aksi itu, saya tidak lagi mendapat tawaran,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sedia sarung jersi kebangsaan

Sebelum ini, Subahan mendakwa Piya pernah dipanggil untuk mewakili negara, namun menolak tawaran berkenaan menyebabkan pemain berusia 30 tahun itu tidak lagi dipanggil jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal.

Menurut Subahan, Piya ada dalam senarai 34 pemain bagi kempen kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar di Doha, 6 Februari lalu, tetapi terpaksa diketepikan untuk memberi laluan kepada Mohd Amri Yahyah yang dipanggil pada saat akhir.

“Tiada pemain yang akan menolak tawaran beraksi untuk skuad negara. Begitu juga saya yang sentiasa bersedia membantu skuad kebangsaan jika diberi peluang,” kata Piya.

pix_gal0
 
inilah bolasepak malaysia.. penuh sandiwara.. kesian
 
Suburhan kumul kaki auta. Apa dia ckp toksah dok percaya aih. APTB!!
 
siakap senohong gelama ikan duri
berckp bohong lama2 mncuri
 
semua nak cover diri masing2..bukan pakat2 nak majukan bola...ada can nk buat duit siket terus sebat..
 
Ni la ciri2 yg melingkupkan bola sepak malaysia..tp xblh nk komen lbh2..
 
ckp nak lepas tembolok sendiri jer, kalo camni, confirm sampai bila2 tak panggil piya...
 
Back
Top
Log in Register