BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SG, Malaysia tegaskan semula usaha 'perkukuh kerjasama' dalam bidang jaminan makanan, daya tenaga

Bob_SG

Fun Poster
Messages
719
Joined
Jun 14, 2025
Messages
719
Reaction score
2
Points
25

SG, Malaysia tegaskan semula usaha 'perkukuh kerjasama' dalam bidang jaminan makanan, daya tenaga​

screenshot_2026-07-15_001616.jpg

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim dan Presiden Tharman Shanmugaratnam mengadakan pertemuan di Kuala Lumpur pada 13 Julai 2026. (Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim)

SINGAPURA: Presiden Tharman Shanmugaratnam dan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menegaskan semula keperluan untuk "mengukuhkan kerjasama" dalam isu-isu berkepentingan bersama, termasuk jaminan makanan dan tenaga, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura pada Selasa (14 Jul).

Encik Tharman, yang kini sedang dalam lawatan negara ke Malaysia, bertemu dengan PM Anwar pada Isnin. Kedua-dua pemimpin turut bertukar pandangan mengenai perkembangan geopolitik, termasuk situasi di Timur Tengah, menurut MFA.

IKLAN

Kedua-dua pemimpin juga menegaskan semula kepentingan menegakkan undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) - perjanjian antarabangsa yang mengawal hak dan tanggungjawab negara dalam penggunaan lautan - serta memastikan kebebasan pelayaran terus terpelihara.

Encik Tharman turut menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Isnin, di mana mereka membincangkan usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang seperti daya tenaga boleh diperbaharui dan pembangunan mampan.

Pada Selasa, Encik Tharman melawat Shah Alam dan mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin, termasuk Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari.

"Semasa pertemuan-pertemuan ini, kedua-dua pihak membincangkan potensi kerjasama dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional, penyesuaian terhadap perubahan iklim dan mitigasi banjir, serta pertumbuhan syarikat pemula," menurut MFA, sambil menambah Encik Tharman turut mengalu-alukan lebih banyak pertukaran antara Singapura dengan Selangor.

Dalam catatannya di Facebook, Pejabat Diraja Selangor menyentuh cabaran banjir yang dihadapi negeri itu dan menyatakan Selangor boleh mempelajari penggunaan teknologi mitigasi banjir, kaedah pembersihan sungai dan pembangunan alam sekitar yang mampan daripada Singapura.

IKLAN

Encik Tharman kemudian menghadiri majlis jamuan malam yang dianjurkan oleh Kuala Lumpur Business Club, di mana beliau berinteraksi dengan para pemimpin dalam sektor ekonomi dan kewangan.

"Dalam ucapannya, Presiden Tharman menyentuh cabaran dunia pascaunipolar (post-unipolar world). Beliau menyentuh tentang keperluan untuk terus mengekalkan hubungan dengan kuasa-kuasa besar, sambil mengukuhkan jambatan kerjasama dengan rantau lain," menurut MFA.

"Beliau juga menekankan keperluan untuk menjalani reformasi bagi sistem berbilang hala, di samping mempercepatkan integrasi ASEAN dan kerjasama dua hala."

Encik Tharman dijadual menghadiri sesi meja bundar bersama para pemimpin perniagaan pada pagi Rabu sebelum pulang dari Malaysia pada sebelah petang.

 
Back
Top
Log in Register