BTC USD 83,606.9 Gold USD 4,182.13
Time now: Jun 1, 12:00 AM

sessi panduan forex di sini utk newbies

Apa itu Long/Short ?

Secara umumnya Long bermaksud Beli (Buy) dan Short bermaksud Jual (Sell).

Jika kita hendak membeli maka kita membeli base currency dan menjual quote currency , semestinya kita mahukan harga base currency itu meningkat dan kita akan menjual balik pada harga yang tinggi . Dalam ayat Trader ia dipanggil ‘going long’ atau mengambil ‘long position’.

Jika kita hendak menjual maka kita menjual base currency dan membeli quote currency , semestinya kita mahukan harga base currency jatuh dan kita akan membeli balik pada harga yang rendah.Ini dipanggil "going short" atau "short position".
 
Bid, Ask dan Spread

Urusniaga dalam forex adalah dalam bentuk bid dan ask. Bid adalah lebih rendah harganya daripada harga ask .

Bid adalah harga dimana dealer / broker menawarkan harga untuk membeli base currency daripada trader . Dengan kata lain bid adalah harga di mana trader akan menjual base currency.

Ask adalah harga dimana dealer / broker menawarkan harga untuk menjual base currency kepada trader. Dengan kata lain ask adalah harga di mana trader akan membeli base currency.

Perbezaan antara bid dan ask dipanggil spread.

Contoh:

GBP/USD = 1.9800 (Exchange rate)
Bid = 1.9798
Ask = 1.9802

Apabila trader ingin menjual GBP/USD maka harga yang ditawarkan oleh broker ialah pada harga bid = 1.9798

Apabila trader ingin membeli GBP/USD maka harga yang ditawarkan oleh broker ialah pada harga ask = 1.9802

Spread = 1.9802 - 1.9798 = 4 pips
 
Last edited:
dan untuk itu, kalau tak selesa main leverage 1:50... jgn kasi margin cecah usd100k... selalulah withdraw....:D

sebenrnya, makin kecik leverage kita guna, semakin 'selamat' akaun dari total lost...:)

Maaf bro, aku kurang setuju sikit dgn statement ini (pendapat peribadi).

Mengikut penggiraan aku (yg aku buat hari²) - bila main leverage besar kita lebih selamat dari margin call tetapi dgn syarat pengawalan kpd lot/vol.
 
Eks.... bukankah Leverage pembunuh utama forex..

setahu aku semakin besar leverage semakin cepat menuju ke MC.

Cthnya; Lev. 1:10 adalah lebih selamat berbanding Lev. 1:500

ataupun mungkin saya silap..

Boleh sedara sureheboh.com perturun penggiraan sedara (yg sedara buat hari2) kat sini.

Boleh kita sesama memahami..

TQ...~X( ~X(
 
pergh.. nak belajar term pun jenuh nie... memorex...
 
Eks.... bukankah Leverage pembunuh utama forex..

setahu aku semakin besar leverage semakin cepat menuju ke MC.

Cthnya; Lev. 1:10 adalah lebih selamat berbanding Lev. 1:500

ataupun mungkin saya silap..

Boleh sedara sureheboh.com perturun penggiraan sedara (yg sedara buat hari2) kat sini.

Boleh kita sesama memahami..

TQ...~X( ~X(

aku setuju desire kate semakin kecik leverage semakin selamat akaun dari total loss , wakau apepun sebenarnye atas pengiraan kite sendiri , sebab beza leverage ialah kemampuan margin sebagai syarat membuka lot yang kita mahu, soal mudah tak mudah kena mc boleh kira manual berapa pips margin kita boleh cover b4 mc, dan jangan lupa % broker cut loss akaun untuk sahkan mc , kena rujuk kat broker mase open akaun mengikut leverage yang berbeza.. lagi tinggi % cut loss lagi cepatla akaun tu kena mc tapi lagi banyak capital yang tinggal lepas kena mc , mungkin ini maksud yang desire mahu sampaikan .. :-?
 
Aku masih tidak setuju.
Semakin besar leverage semakin best sebenarnya.

Hutang@pinjaman@leverage ni mcm guna CC, pandai guna pandai byr.
 
Aku masih tidak setuju.
Semakin besar leverage semakin best sebenarnya.

Hutang@pinjaman@leverage ni mcm guna CC, pandai guna pandai byr.

memang la besar makin best sebab leh bukak makin besar .. desire kate kalau main leverage kecik menghindarkan dari mudah kena total loss .. sebab duit banyak tapi leh buka ckit je maknanye bnyak margin digunakan untuk cover lot kite buke .. leverage besar deras untung dras gak mc
 
Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13409
USD / JPY
157.332
GBP / USD
1.32317
USD / CHF
0.83396
USD / CAD
1.41832
EUR / JPY
178.390
AUD / USD
0.69861
Back
Top
Log in Register