BTC USD 61,879.1 Gold USD 4,406.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Servis Bas Ekspress Shamisha yang teruk

pasti menyesal kalau naik bas nih........bersawang nak smpai......aku dah lama pangkah bas shamisha nih........setgh bas aku dah report polis....menipu....tak smpai destinasi mcm dlm tiket.....bas Plusliner dgn Transnasional aja yg ok......selain tu Eagle Ekspress......Sani aku lom pernah naik.....yg lain tuh hampeh.....

aku rasa Trans pun teruk skang ni byngkan aku terpaksa menunggu 2 jam tuk bas sampai n 1 lg bus ni slalu je rosak..
 
Aku tetap setia dgn Transnasional. On time dan pemandu tak kurang hajar.
 
bas ni owner dia melayu...kat kedah...
sokongla produk melayu....
 
Just nak kongsi pengalaman aku naik Bas Shamisha yg pada mulanya aku rasa ok tapi dua kali lepas memang aku dapat servis yg teruk.

Kali pertama dari KB ke Shah Alam. Sebab cuma dua orang pergi Shah Alam bas berhenti di Klang dulu. Lebih sejam tunggu kat Klang baru hantar penumpang ke Shah Alam. Tak pasal2 aku tertinggal solat maghrib.

Kedua baru jap tadi. Dari Shah Alam ke KB. Di Machang driver bas suruh penumpang yang nak ke KB tukar naik bas Mahligai. Alasannya sebab bas nak ke Tanah Merah. Bukan sikit penumpang yg nak ke KB, ada 7 8 org rasanya.

Kalau emergency aku boleh bertolak-ansur lagi, ni suka2 je buat. Aku tengok page FB Shamisha Holiday http://www.facebook.com/pages/Shamisha-Holiday-Exspres-travel-tours/162247087217676 ada penumpang complain servis teruk, antara jawapan yang diberi oleh pihak Shamisha dari FB tersebut:

"klau korang xske kami xmenaksa anda naik bas syarikat ini.tq"

"klau setrok2 servis kami.time orng rmai berebut jgak naik.sebab ap.terdesak.xde syarikat lain.mulut ckp jea pandai.nk sevis baik.tp time nk byr duit tiket mke mcm ap."

Lepas ni bas ni memang akan jadi pilihan terakhir aku.

klu report kt suruhanjaya pengagkutan awam darat leh kene ni
 
Aku tetap setia dgn Transnasional. On time dan pemandu tak kurang hajar.


bro naik trip mana..
cer try trip KB-Kuantan...

the last choice aku transnasional..
even trip Shah Alam - KB aku naik yg DD(double deck)
yg kepala bas mcm kena potong tuh pun rasa amatlah tak selesa
seat mcm cityliner jaa
 
ne_08.1.jpg


03/07/2012 3:15am


KUALA LUMPUR — Sebelas penumpang cedera, dua daripadanya parah, selepas bas ekspres yang mereka naiki terbalik ketika dalam perjalanan ke Alor Setar, Kedah di Kilometer 457.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdekatan Restoran Jejantas Sungai Buloh di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata bas itu, yang membawa 28 penumpang dari terminal Pudu Sentral di sini, terbabit dalam kemalangan itu ketika hujan lebat kira-kira 3 petang.

Beliau berkata pemandu bas itu mendakwa kemalangan berlaku setelah dia cuba mengelak sebuah lori yang memasuki laluannya secara tiba-tiba.


"Ketika mengelak, pemandu bas ekspres itu gagal mengawal bas menyebabkan kenderaan itu terbabas ke laluan kanan lalu melanggar besi pembahagi di tengah lebuh raya sebelum terbalik di laluan paling kiri,” katanya ketika dihubungi.

Arjunaidi berkata bagaimanapun, beberapa penumpang bas itu menyatakan pemandu berkenaan memandu dengan laju sebelum kemalangan berlaku.

Beliau berkata semua penumpang yang cedera dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan manakala pemandu bas berusia 30 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan, termasuk menjalani ujian air kencing dan darah.


Kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dalam keadaan laju hingga menyebabkan kecederaan. — BERNAMA
 
naik sani...mmg slesa...x silap skung bus sani ade plug dlm bus...
 
shamisha nie janji memang fail selalu lewat, guna bas lain ja skg nie
 
2 minggu lepas ada guna servis Shamisha ni utk rombongan sekolah ke Perlis, driver melayu...kami mintak berhenti solat Maghrib utk buat jamak Isyak terus, tapi dia tak berenti pun...bila tanya nape tak berenti.."laaa...awat tak habaq awal2...."...siot punya drebar...ni kira servis teruk ke tak ni? hehehehe...
 
setakat ni naik mara liner je. alor gajah - kuantan.
 
Back
Top
Log in Register