kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Seremban Sentral Capai Kemajuan 35 Peratus, Dijangka Siap Mac 2027 - Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke membuat lawatan kerja ke kawasan projek dan kemudahan yang telah siap dinaik taraf di Stesen Keretapi Seremban hari ini.
Projek pembinaan stesen baharu kereta api Seremban Sentral yang bakal menjadi hab pengangkutan moden bersepadu di bandar ini mencapai kemajuan 35 peratus setakat ini dan dijangka siap menjelang Mac, 2027.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kerja paling mencabar termasuk pembinaan cerucuk (piling) dan pengalihan utiliti bawah tanah telah disiapkan sekali gus membolehkan kadar pembinaan dipercepatkan.
“Pada peringkat awal, kerja agak perlahan..ini kerana kerja piling itu memakan masa lama dan mereka perlu mendapat lokasi piling yang sangat tepat dan pendawaian, kabel dekat bawah tanah itu perlu dialihkan dan sebagainya, itu sebabnya kerja awalan memakan masa panjang.
“Selepas selesai, kerja pembinaan akan dipercepatkan termasuk pemasangan bumbung, struktur kaca dan kemasan lain..projek ini sangat mencabar, namun setelah lebih dua tahun, ia sudah masuk fasa yang mana piling sudah siap,” katanya kepada pemberita selepas meninjau projek Stesen KTMB Seremban, di sini, hari ini.
Beliau berkata projek bernilai hampir RM100 juta itu akan mengintegrasikan stesen KTMB Seremban yang berusia lebih 100 tahun dengan stesen baharu yang moden sekali gus mewujudkan sebuah hab pengangkutan lebih efisien dan mesra pengguna.
Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata stesen baharu itu direka berkonsepkan bangunan hijau dengan elemen seni bina berinspirasikan Minangkabau serta dilengkapi ruang komersial baharu.
Beliau berkata apabila siap, stesen itu mampu menampung sehingga 30,000 penumpang sehari pada peringkat awal selain mempunyai kapasiti untuk diperluaskan sehingga 120,000 penumpang sehari pada masa depan.
“Reka bentuk stesen ini menyediakan enam platform, kita bina tiga platform terlebih dahulu manakala tiga lagi boleh dibangunkan pada masa depan mengikut pertambahan permintaan penumpang.
"Stesen ini agak besar dan kita menjangkakan ia boleh menampung permintaan untuk mungkin 30 hingga 50 tahun akan datang..jadi apabila stesen ini siap, landasan berkembar siap, kita akan menambah kekerapan untuk komuter, ETS dan sebagainya untuk tarik lebih ramai tinggal di sini,” katanya.