BTC USD 81,759.6 Gold USD 4,093.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sepak Takraw

tak sedap le live smlm...

bosan tgk...
 
Sepak takraw: India makin membara buru kejayaan

SETELAH mencatat pencapaian cemerlang pada Kejohanan Sepak Takraw Dunia, kini India lebih yakin untuk berdepan dengan mana-mana gergasi Asia pada kempen Piala Dunia Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (Istaf) di Malaysia bulan depan.

Persekutuan Sepak Takraw India (STFI) memaklumkan bahawa mereka telah membuat persiapan rapi untuk menghadapi kejohanan itu termasuk menganjurkan sesi latihan khas untuk jurulatih dan para pemain.

"Kami yakin akan dapat mencapai kejayaan lebih besar di Malaysia dan meningkatkan ranking serta melayakkan diri untuk beraksi dalam Super Series.

"Walaupun laluan yang bakal ditempuh pasti penuh mencabar berikutan penyertaan beberapa negara gergasi dalam permainan sepak takraw, seperti Thailand dan Malaysia, tetapi kami telah membuat persiapan untuk menghadapinya sejak 2010 lagi," kata presiden STFI, Dr R.S. Dagar semalam.

Kejohanan kali ini akan belangsung dari 21 hingga 24 Julai di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Sebanyak 24 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita akan menyertai kejohanan itu yang menawarkan hadiah US$50,000 (RM150,000).

Pada Kejohanan Sepak Takraw Dunia ke-24 di Bangkok, Thailand dua tahun lalu, pasukan lelaki India memenangi pingat emas bagi kategori regu berpasangan, perak (regu berpasukan) dan gangsa (regu individu), manakala pasukan wanitanya pula menang tiga pingat gangsa dalam kategori sama.

Seramai 10 pemain lelaki dan wanita India akan berlepas ke Kuala Lumpur dari Kolkata pada 19 Julai setelah menamatkan latihan di Imphal, Manipur, sebuah negeri di timur laut negara tersebut.

Kejohanan Super Series Istaf membuka gelanggangnya September depan di Thailand sebelum beralih ke Malaysia pada Disember, Vietnam (Februari, 2012), Iran (April) dan China (Jun). - Bernama
 
apa lg bro....cuti boleh layan live..
 
Trofi Piala Dunia dipersembahkan hari ini

KUALA LUMPUR - Pingat sudah, logo pun sudah, kini trofi Sepak Takraw Piala Dunia pula akan dipersembahkan oleh Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) untuk disampaikan kepada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) sebagai tuan rumah kejohanan itu, bulan depan.

Setiausaha Agung Istaf, Abdul Halim Kader akan menyerahkan kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim yang menerima bagi pihak kerajaan sebelum disampaikan pula kepada Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail dalam satu majlis di Menara KBS, Putrajaya, hari ini.

Trofi bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita ini bakal menjadi rebutan 25 negara peserta kejohanan sulung anjuran Istaf di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur dari 21 hingga 24 Julai ini di samping ganjaran buat juara masing-masing, AS$8,000 (RM24,000) dan AS$4,000 (RM12,000).

Abdul Halim bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci mengenai trofi berkenaan kerana mahu kesan debaran dan dramatiknya lebih dirasai pada majlis penyampaian itu termasuk oleh wakil media massa yang diundang membuat liputan dan menghadiri sidang media selepas itu.

Namun difahamkan, ia memiliki reka bentuk moden dan melambangkan pengiktirafan tertinggi kepada yang terbaik dalam dunia sepak takraw tanpa melupakan identiti sukan ciptaan Malaysia ini yang memperkenalkannya pada Sukan SEAP 1965 di Kuala Lumpur.

Pemiliknya juga akan mencatat sejarah sepak takraw sebagai juara dunia yang pertama dengan nama negaranya akan diukir di bahagian kakinya di sebelah logo kejohanan.

Istaf dan rakan kongsi pemasarannya, UFA Sports sudah pun memperkenalkan logo Piala Dunia pada mesyuarat jawatankuasa induk kejohanan 20 Jun lalu yang berunsur dinamik, berciri-ciri kejaguhan pemain dan berwarna kuning mengikut bendera Malaysia serta menghimpun simbol lima benua.

Pingat kepada tiga pasukan terbaik setiap kategori Piala Dunia yang mempunyai logo kejohanan pula ditampilkan ketika sesi tinjauan gelanggang di Stadium Titiwangsa dan Stadium Badminton Kuala Lumpur oleh pegawai kanan Istaf, UFA dan PSM pada 24 Mei lalu.

Selain itu kata Abdul Halim, Piala Dunia Istaf turut akan memperkenalkan identiti baru dan tersendiri sepak takraw pada jersi pasukan yang bertanding manakala hamparan gelanggangnya berwarna merah dan bukan lagi hijau seperti badminton ketika ini.

"Kami mahu sukan sepak takraw kali ini dan seterusnya, dikenali dengan identiti yang tersendiri malah bukan lagi dengan pemain yang sering menggunakan jersi bola sepak manakala gelanggangnya tidak akan lagi mirip badminton," katanya.
 
GPMS hantar kontinjen terbesar

KUALA LUMPUR - Setakat ini hanya enam, tetapi jumlah ini mampu berganda kepada 12 regu yang bakal didaftarkan oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sekali gus mencatat rekod penyertaan terbanyak dalam Kejohanan Sepaktakraw KFC-Utusan 2011 Zon Utara.

Saiz besar kontinjen GPMS ini mencerahkan peluang mereka untuk merebut salah satu daripada empat tiket ke peringkat akhir, September ini mahupun RM10,500 ganjaran Zon Utara, apatah lagi mereka mempunyai wakil dalam setiap kategori, Terbuka, IPTA-S/Bawah 19 dan Bawah 15.

Pengurus pasukan, Mohamed Muzaidee Mohamed Ali berkata, setakat ini lima regu GPMS disahkan menyertai Terbuka dan sebuah lagi bagi IPTA-S/B19 di bawah nama Singa GPMS, manakala gandingan selebihnya dibentuk menjelang hari pertandingan, Jumaat dan Sabtu ini.

"Sekalipun kontinjen GPMS mungkin yang terbesar, bukan kejayaan yang terlalu kami sasarkan di Alor Setar. Ia lebih kepada cuba mendekatkan golongan belia khususnya pelajar dengan sukan dan kami melihat, Kejohanan KFC-Utusan ini satu medan terbaik bagi pendedahan mereka.

"Kami juga masuk bertanding sebagai kesinambungan program anjuran GPMS pada 19 Jun lalu, Karnival Sepak Takraw Piala Presiden GPMS di Pulau Pinang di mana kami muncul juara dan membolot hadiah tempat ketiga dan keempat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Jelasnya, regu GPMS menjuarai kejohanan di Kompleks Belia dan Sukan, Batu Uban, Pulau Pinang itu dengan menewaskan lawan yang dianggap terhandal dan sukar dikalahkan di peringkat terbuka negeri ini, USM 2-0 pada perlawanan akhir kejohanan yang disertai 40 regu itu.

Menghadapi Kejohanan KFC-Utusan di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, katanya, GPMS bagaimanapun tetap mempertaruhkan beberapa pemain berpengalaman dan berkaliber, demi menampilkan persembahan bermutu tinggi yang mampu menyaingi nama besar lain sepak takraw Zon Utara.

"GPMS diperkuatkan dengan kehadiran bekas tekong kebangsaan, Mohd. Fauzi Ghazali di samping pemain Pulau Pinang, Ibrahim Yusoff, Mohd. Saufi Mohamad dan Mohd. Hisham Ahmad serta Tarmizi Badalishah yang berpengalaman di peringkat Sukan Malaysia," katanya.

Namun mereka pasti tidak diberi laluan mudah apabila turut bakal beraksi dalam Zon Utara ini ialah pencabar senegeri, USM yang memiliki beberapa bekas tonggak berpengalaman Sukan SEA dan Sukan Asia seperti Taufik Md. Saad, Shahril Abd. Sukor dan Noor Ariffin Pawanteh.

Majlis cabutan undi Kejohanan KFC-Utusan Zon Utara yang berformat kalah mati antara regu ini bakal diadakan pukul 8.30 malam esok di Stadium Sultan Abdul Halim di bawah pengawasan wakil Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM).

Perlawanan Zon Utara akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena 501 pada pukul 10 pagi (separuh akhir) dan 4.30 petang Sabtu ini (perlawanan akhir).
 
21 hingga 24 Julai di Stadium Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

yeahhh...
aku standby dgn camera slow mo aku...
 
Back
Top
Log in Register