Dengan sokongan padu kapasiti penuh stadium Indera Mulia Ipoh
tuan rumah PERAK BISON muncul Juara Liga Primer SepakTakraw 2019
selepas mengalahkan juara edisi lalu Penang 2-0
Piala Juara-Juara: Guardians percaya kudrat pemain tempatan
Naib juara Liga Sepak Takraw (STL) musim ini, ATM Guardians tetap menyandarkan harapan kepada pemain tempatan mengharungi saingan Piala Juara-Juara STL, Disember depan.
Ketua jurulatih ATM Guardians, Aswadi Abdullah, menyifatkan kejayaan muncul naib juara di belakang Perak Bison cukup membanggakan biarpun tanpa menggunakan khidmat awang import.
"Kami tetap percaya kepada kemampuan regu utama yang diketuai tekong kebangsaan, Hairul Hazizi Haidzir sambil dibantu Norfaizzul Abdul Razak, Afifuddin Razali, Tengku Azwari Tengku Ishak dan pelibas, Muhaimin Che Bongsu.
"Kejayaan muncul sebagai naib juara STL musim ini cukup memberi semangat tambahan kepada pemain untuk menampilkan aksi terbaik dalam saingan itu nanti," ujarnya.
Aswadi yang dipilih sebagai jurulatih terbaik STL untuk tahun kedua berturut-turut, sedar saingan lebih sengit dalam saingan Piala Juara-Juara nanti memandangkan kehadiran regu terbaik dari Thailand, Indonesia, China, Indonesia dan Singapura.
"Agak sukar untuk mengulangi pencapaian musim lepas (mara ke final) kerana pasukan lain berlumba mencari pemain import terbaik untuk memantapkan regu.
"Namun, kami mengharapkan pengalaman yang diraih dua pemain utama (Afifuddin dan Hairul Hazizi) dalam Sukan SEA Filipina nanti menjadi taruhan terbaik Guardians mencipta kejutan," katanya.
Untuk rekod, Guardians muncul naib juara Piala Juara-Juara STL selepas tumpas kepada Penang Black Panthers dalam aksi final.
Naib juara Liga Sepak Takraw (STL) musim ini, ATM Guardians tetap menyandarkan harapan kepada pemain tempatan mengharungi saingan Piala Juara-Juara STL, Disember depan.
#kuantan Pengurus pasukannya Ahmad Fitri Ali berkata, pihaknya kini masih lagi yakin dengan kemampuan barisan pemain tempatan untuk membawa cabaran pasukan yang akan beraksi dalam Divisyen Premier
PERSATUAN Sepak Takraw Negeri Pahang (PSNP) tidak berminat untuk mendapatkan khidmat pemain import untuk memperkuatkan skuad Pahang Mammoth pada saingan Liga Sepak Takraw Malaysia (STL) musim ini.
TAKRAW |Kem Takraw Siap Sedia, Tak Sabar Tunggu Saingan
Kem sepak takraw negara masih menantikan kata putus saingan tempatan seperti Liga Sepak Takraw (STL) dan saingan antarabangsa yang diharap dapat diadakan.
AL-FATIHAH | Sahak Meninggal Dunia Ketika Dalam Proses Pemulihan COVID-19
Arena sukan sepak takraw negara hari ini kehilangan seorang pemain legenda Sahak Yasin yang telah menghembuskan nafas terakhirnya tengahari tadi.
Allahyarham Sahak meninggal dunia dirumahnya di Kuala Lumpur ketika dalam proses pemulihan akibat jangkitan COVID-19.
Terkenal dengan libasan cangkuk ketika membarisi skuad sepak takraw negara pada era 70-an, Allahyarham Sahak turut diangkat sebagai pencipta kepada gerakan benteng bagi menyekat rejaman lawan.
‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.
Peminat sepak takraw Malaysia boleh menarik nafas lega apabila penganjuran saingan Liga Sepak Takraw (STL) akan tetap diteruskan bermula 7 Januari ini.
Badan Induk Sepak Takraw Negara (PSM) semalam memutuskan, ia harus diteruskan walaupun terdapat beberapa kekangan dan tekanan yang diberikan berikutan penggantungan di peringkat Sepak Takraw Asia (ASTAF).