BTC USD 83,352.1 Gold USD 4,161.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sepak Takraw

Tutup aurat tak halang Cahaya

su_031-1.jpg

CAHAYA PERMATA (dua dari kanan) tetap tampil dengan aksi hebat meskipun turun ke gelanggang dengan menutup aurat.

TAMPIL dengan pakaian yang menutup aurat tidak menghalang tekong skuad wanita Indo- nesia, Cahaya Permata Fahrani melakukan libasan kencang ketika beraksi pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Perse- kutuan Sepak Takraw Antara- bangsa (Istaf) 2011 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Cahaya Permata, 18, berkata dia tidak merasa kekok walaupun memakai 'hijab' dan seluar panjang ketika beraksi dalam mana-mana kejohanan.

"Sebagai muslimah saya rasa bangga beraksi di gelanggang tanpa mendedahkan aurat," katanya ketika ditemui semalam.

Cahaya Permata yang mula berjinak dengan sukan sepak takraw pada 2006 berkata, pada pandangannya, ia tidak menjadi kesalahan wanita muslim yang bertudung aktif dalam sukan selagi menjaga aurat seperti yang disyariatkan oleh agama Islam.

Atlet Indonesia yang berasal dari Sumatera Selatan itu berkata, dia mula memakai tudung pada 2007 sebagai menunaikan nazarnya terpilih menyertai temasya Sukan Olahraga Nasional Indonesia (PONI) tahun berkenaan.

Cahaya Permata yang belajar di Universiti Sri Wijaya, Kalimantan berkata, impiannya selepas ini adalah untuk beraksi di Sukan SEA Indonesia pada penghujung tahun ini.

Skuad sepak takraw wanita Indonesia terpaksa pulang awal kerana gagal melangkah ke peringkat suku akhir setelah tewas dua kali kepada China pada perlawanan saingan pertama kelmarin dengan mata 1-3 dan 0-3 pada perlawanan saingan kedua semalam.
 
cane la dia libas ..........
 
tekong ke minah tudung tu
 
awek siam lawa2...............tgk time sukan sea aritu..pergh.............
 
Regu Malaysia dapat laluan mudah

MALAYSIA yang mendapat bye dalam cabaran Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) 2011 berdepan laluan mudah apabila bakal bertemu Taiwan di pusingan kedua pagi ini di Stadium Titiwangsa.

Namun, ketua jurulatih kebangsaan, Jamaluddin Hassan sama sekali tidak mahu mendabik dada dan secara diplomasi menghormati keupayaan Taiwan yang berjaya menumpaskan Perancis 3-2 di peringkat kumpulan, semalam.

“Sebenarnya saya sedikit terkilan kerana regu negara tidak dapat beraksi dalam dua perlawanan sebelum ini disebabkan mendapat bye dan ini serba sedikit menyukarkan kami untuk mencari tempo.

“Kami tidak mahu memandang rendah kebolehan Taiwan. Sasaran kami ialah memasuki final dan membawa pulang pingat emas,” katanya semalam.

Sementara itu, jurulatih Taiwan Chien-Choupan berkata, pasukannya akan mencuba melakukan yang terbaik ketika bertemu Malaysia dan menyifatkan perlawanan itu sebagai medan menimba pengalaman.

“Di Taiwan, sepak takraw baru saja dua tahun bergerak aktif. Untuk perlawanan esok (pagi ini), kalah atau menang itu tidak mengapa. Saya juga akan membarisi pemain yang sama ketika bertemu Perancis,” katanya yang turut berbangga dengan pencapaian anak didiknya itu melepasi halangan di peringkat kumpulan.
 
Back
Top
Log in Register