BTC USD 82,312.5 Gold USD 4,167.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sepak Takraw

dulu aku lipat sampai jatuh..pengsan....court licin,lepas hujan..mase wakil sekolah rendah dulu la...1st and last aku main...skrg nak lipat dh takut..hahahahaha
 
dulu tahun 1998, main peringkat negeri kedah sekali ngan Azlan Mubin (ex-player msia - skrg ni pengulas sukan RTM)... tp mmg layak la dia wakil msia, dr. awal2 lagi dah nampak kematangan game dia.. tahniah Lan Mubin.. hehehe...
 
Malaysia mara ke separuh akhir

MALAYSIA mudah mara ke peringkat separuh akhir kategori lelaki setelah mengecewakan Filipina 3-0 pada perlawanan suku akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2011 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam. Pada set pertama trio negara yang dibarisi Norshahruddin Mad Ghani, Noor Azam Abdul Hamid dan Farhan Adam melakukan sedikit kesilapan pada awal perlawa- nan, namun berjaya memperoleh kemenangan 15-11.

Kemenangan set pertama memberi semangat kepada skuad bimbingan Jamaluddin Hassan itu untuk memenangi set kedua 15-4 dalam masa lapan minit. Malaysia melakukan perubahan pada posisi tekong di set ketiga dengan menggantikan Noor Azman dengan Muhammad Syaz- wan Husin dan Mohd. Helmi Ismail di tempat Norshahruddin Mad Ghani sebagai apit kanan. Perubahan tersebut tidak menjejaskan rentak permainan mereka, malah dilihat semakin mantap untuk menang saingan set ketiga itu dengan 15-3 dalam masa tujuh minit.

Trio Filipina dibarisi Oliver Tumang, John John Bobier dan Jason Huerte Jason. Jurulatih Jamaluddin Hassan berkata, anak didiknya masih memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan keadaan dengan keadaan gelanggang selain mengukuhkan kekuatan mental apabila berdepan dengan bilangan penonton yang ramai. Beliau turut mengakui yang skuad negara ada melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku pada set pertama, namun berjanji untuk mengatasinya segera.

"Kita perlu berhati-hati sekira- nya bertemu Singapura pada perlawanan berikutnya (perlawanan separuh akhir) kerana pasukan tersebut kelihatan berbeza dan lebih mantap berbanding sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, daripada pemerhatiannya, skuad Singapura mempunyai kepantasan yang luar biasa walaupun mereka pernah bertemu dengan pasukan tersebut pada perlawanan peringkat kumpulan pada temasya Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.
 
Sepak takraw: Skuad wanita cipta sejarah

SKUAD sepak takraw wanita negara melakar sejarah tersendiri apabila buat julung-julung kalinya berjaya melangkah ke separuh akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2011 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam. Skuad bimbingan Mohd. Fikri Mohd. Nor itu berjaya menewaskan Kemboja 3-0 pada perlawanan suku akhir. Walaupun melakukan banyak kesilapan, kesungguhan barisan trio Malaysia yang dibarisi Noor Fairuz Azizan, Nurrashidah Abdul Rashid dan Siti Nurzubaidah Che Ab Wahab berjaya memenangi set pertama 15-6.

Usaha trio Kemboja yang dibarisi Chea Sreymas, San Sopheap dan Nguon Chanboramey menyekat kemaraan Malaysia tidak menjadi apabila skuad negara terus menguasai set kedua dengan kemenangan 15-8. Skuad negara melengkapkan kemenangan 15-7 pada set ketiga, sekali gus membuka laluan kepada mereka untuk melangkah bergaya ke separuh akhir. Mohd. Fikri ketika ditemui selepas perlawanan itu berkata, beliau rasa gembira dengan kejayaan tersebut kerana skuad bimbinganya telah berjaya mencapai sasaran yang dibuat sebelum ini, namun berharap mampu meraih kejayaan pada peringkat berikutnya.

"Untuk mencapai kemenangan pada pusingan separuh akhir banyak yang perlu dilakukan kerana Vietnam yang akan menjadi lawan selepas ini bukanlah calang-calang pasukan," katanya. Pada perlawanan peringkat separuh akhir hari ini, skuad negara akan bertemu dengan Vietnam dan Thailand pula bertemu China. Sementara itu, skuad lelaki kebangsaan akan bertemu Singapura dan Thailand pula bertemu Myanmar pada perlawanan separuh akhir.
 
MALAYSIA mudah mara ke peringkat separuh akhir kategori lelaki setelah mengecewakan Filipina 3-0 pada perlawanan suku akhir Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2011 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam. Pada set pertama trio negara yang dibarisi Norshahruddin Mad Ghani, Noor Azam Abdul Hamid dan Farhan Adam melakukan sedikit kesilapan pada awal perlawa- nan, namun berjaya memperoleh kemenangan 15-11.

Kemenangan set pertama memberi semangat kepada skuad bimbingan Jamaluddin Hassan itu untuk memenangi set kedua 15-4 dalam masa lapan minit. Malaysia melakukan perubahan pada posisi tekong di set ketiga dengan menggantikan Noor Azman dengan Muhammad Syaz- wan Husin dan Mohd. Helmi Ismail di tempat Norshahruddin Mad Ghani sebagai apit kanan. Perubahan tersebut tidak menjejaskan rentak permainan mereka, malah dilihat semakin mantap untuk menang saingan set ketiga itu dengan 15-3 dalam masa tujuh minit.

Trio Filipina dibarisi Oliver Tumang, John John Bobier dan Jason Huerte Jason. Jurulatih Jamaluddin Hassan berkata, anak didiknya masih memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan keadaan dengan keadaan gelanggang selain mengukuhkan kekuatan mental apabila berdepan dengan bilangan penonton yang ramai. Beliau turut mengakui yang skuad negara ada melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku pada set pertama, namun berjanji untuk mengatasinya segera.

"Kita perlu berhati-hati sekira- nya bertemu Singapura pada perlawanan berikutnya (perlawanan separuh akhir) kerana pasukan tersebut kelihatan berbeza dan lebih mantap berbanding sebelum ini," katanya.

Beliau berkata, daripada pemerhatiannya, skuad Singapura mempunyai kepantasan yang luar biasa walaupun mereka pernah bertemu dengan pasukan tersebut pada perlawanan peringkat kumpulan pada temasya Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China.

nasib jumpa singapore.. kala jumpa myanmar mmg kena hentam skuad kita.. tengok dia belasah korea semalam hebat gak killer dia
 
lauklah malaysia.....takde semangat melawan.....byk sgt mistke...dah le kiraan makin singkat...tekong yg byk bt ace,team tulah berpeluang menang dgn mudah...

p/s tekong malysia entah ape2..kat final mcm tu,lambt lglah nak juara,kecuali thaild tak main....
 
da kalah ke boh?
kalah brp?
 
Back
Top
Log in Register