BTC USD 83,136.6 Gold USD 4,169.07
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sepak Takraw

‘Takraw penyatu dunia’

SUKAN sepak takraw yang menjadi permainan tradisi di kebanyakan negara ASEAN, berpotensi menjadi kuasa penyatuan di kalangan penduduk rantau ini, selain mengangkat sukan warisan itu ke mata dunia.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sepak takraw adalah permainan popular di Thailand, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Brunei.

“Berikutan itu, kita mesti merebut peluang menjadikan sepak takraw sebagai alat penyatuan di kalangan penduduk Asia, sama seperti sukan bola sepak,” katanya ketika merasmikan kejohanan sepak takraw Piala Dunia ISTAF 2011 di ibu negara, malam tadi.

Kejohanan Piala Dunia yang julung kali diadakan itu bermula hari ini hingga Ahad, disertai 36 pasukan termasuk Jepun, Korea Selatan, China serta India.

Muhyiddin berkata, usaha perlu dipertingkatkan untuk mempopularkan sepak takraw ke seluruh dunia tanpa mengorbankan sukan warisan serantau itu.

“Untuk memastikan impian ini terlaksana, semua pihak perlu berusaha gigih termasuk meningkatkan program pembangunan, menarik lebih banyak penajaan dan sokongan media antarabangsa. Saya sendiri ingin melihat semua kaum di negara ini beraksi di gelanggang sepak takraw, sejajar dengan gagasan 1Malaysia,” katanya.
 
korang ada dapat berita tentang kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw ISTAF?
 
Petang ni nak main! Gian nak gulong!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
 
Lelaki

0900 - 1000 Thailand v Philippines
1000 - 1100 Vietnam v Iran
1100 - 1200 Australia v Brunei
1200 - 1300 Singapore v Germany
1300 - 1400 Myanmar v Chinese Taipei
1400 - 1500 Laos v Pakistan
1500 - 1600 Korea v Japan
1600 - 1700 Pakistan v Thailand
1700 - 1800 Cambodia v Korea
1800 - 1900 Brunei v Japan

Wanita

0900 - 1000 Japan v Myanmar
1000 - 1100 Cambodia v Pakistan
1100 - 1200 Vietnam v Philippines
1200 - 1300 Indonesia v China
1400 - 1500 Laos v Pakistan
1500 - 1600 Korea v Japan
1600 - 1700 Pakistan v Thailand

Malaysia sebagai host perlawanan automatik layak ke pusingan Suku Akhir. Bye in the Group Phase. :)
 
Assalamualaikum.buat semua peminat sepaktakraw yg tidak berpeluang ke Stadium Titiwangsa.anda boleh menyaksikn di saluran Rtm.InsyaAllah Rtm akn siarkn Piala Dunia Istaf bermula khamis-Ahad..utk khamis dan jumaat,siaran tertunda..sabtu dan ahad,live bermula 2-6ptg..apa2 info,sy akn update..tq ~
 
Assalamualaikum.buat semua peminat sepaktakraw yg tidak berpeluang ke Stadium Titiwangsa.anda boleh menyaksikn di saluran Rtm.InsyaAllah Rtm akn siarkn Piala Dunia Istaf bermula khamis-Ahad..utk khamis dan jumaat,siaran tertunda..sabtu dan ahad,live bermula 2-6ptg..apa2 info,sy akn update..tq ~

trimas bro.............:)cgrock
 
Malaysia dijanji laluan mudah

KUALA LUMPUR - Malaysia 'dijanjikan' satu lagi laluan mudah pada pusingan kedua Sepak Takraw Piala Dunia Pertama Kuala Lumpur 2011, dengan hanya pasukan kerdil, Taiwan dijangka menjadi lawan Stadium Titiwangsa, esok.

Tanpa perlu melalui peringkat liga berkumpulan atas tiket tuan rumah, anak buah Jamaluddin Hassan ini juga hampir mustahil akan menemui Myanmar yang membuktikan kehebatannya membenam Taiwan 3-0 semalam.

Myanmar hanya memerlukan 18 minit untuk menang 15-7, 15-7, 15-5 malah kian pasti menjuarai Kumpulan E dan mara ke pusingan kedua tetapi kedua-duanya bakal berentap dengan pasukan bukan pilihan, Perancis, hari ini.

'Murid' Malaysia, Iran pula menghidupkan semula peluang ke pusingan kedua biarpun perlawanan sesi pagi Kumpulan B menyaksikan negara Parsi itu ditewaskan Vietnam 1-3 (10-15, 15-8, 15-8, 15-9).

Anak buah bekas jurulatih negara, Haris Abdul Rahman itu bangkit semula dengan mendadak dalam perlawanan kedua sebelah petang untuk mengejutkan China 3-0 (15-4, 15-11, 15-10) dalam tempoh 32 minit.

Iran kini perlu menunggu keputusan perlawanan terakhir Kumpulan B antara China-Vietnam, 2 petang esok untuk memastikan tiket sebagai juara dan naib juara ke pusingan kedua.

"Iran baru berkembang dan menggunakan khidmat pemain muda tetapi mencapai peningkatan dari segi kemampuan pemain selepas saya hanya melatih sejak April lalu," kata Haris.

Pilihan utama dan juara Sukan Asia empat kali, Thailand yang diterajui jurulatih berpengalaman luas, Kamol Tankimhong, dengan mudah menumpaskan Filipina 15-7, 15-4, 15-6 dalam perlawanan Kumpulan A.

"Ada sedikit kelewatan jadual perlawanan kami. Sesi pemanas badan kami menjadi terlalu lama dan pemain mengambil sedikit lagi masa untuk menyesuaikan diri," kata jurulatih negara Gajah Putih sejak akhir 90-an ini.
 
Peluang juara sama rata

Piala Dunia ISTAF guna kiraan baru 15 mata, 3 servis

KESEMUA 24 regu lelaki yang memulakan cabaran Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) 2011 semalam, mempunyai peluang sama rata untuk muncul juara memandangkan kejohanan menggunakan sistem kiraan baru 15 mata.

Ketua jurulatih Thailand, Kamol Tankimhong berkata, pembaharuan ISTAF termasuk memperkenalkan gelanggang berwarna merah membolehkan semua regu turun tanpa perlu risau dengan keupayaan lawan.

“Ini pertama kali, semua regu sedang menyesuaikan diri dengan kiraan mata baru ini, selain format tiga kali servis yang diperkenalkan. Jadi semua ada peluang,” katanya selepas ditemui media selepas perlawanan pertama peringkat kumpulan bertemu Filipina, semalam.

Thailand yang membariskan regu Sukan Asia Guangzhou 2010 mudah menumpaskan Filipina 15-7, 15-4, 15-6 di pusingan pertama dan bertemu Bangladesh di Stadium Titiwangsa, jam 12.00 tengah hari ini.

“Pemain saya masih belum dapat menyesuaikan diri dengan keadaan (semalam) kerana memanaskan badan seawal 9 pagi tetapi perlawanan ditangguh agak lewat daripada jadual asal. Mereka juga masih menyesuaikan diri dengan keadaan stadium yang agak sejuk.

“Pada saya, Malaysia ada kelebihan persekitaran serta mental kerana sebagai tuan rumah sudah tentu mereka mendapat semangat juang yang lebih tinggi berbanding regu lain,” katanya yang yakin Thailand mampu menyertai kelompok 12 pasukan di pusingan kedua.

Regu negara, Mohd Helmi Ismail (kapten), Norshahruddin Mad Ghani, Noor Azman Abdul Hamid, Muhammad Syazwan Husin dan Farhan Adam yang mendapat bye akan memulakan saingan, esok.
 
ISTAF WORLD SEPAKTAKRAW CHAMPIONSHIP

istaf1.jpg


istaf5.jpg
 
Back
Top
Log in Register