24 Mac. Isu perlantikan Menteri Besar sudah semakin menggila. Persengketaan dalaman UMNO semakin lama semakin parah. Semuanya gila kuasa dan masing-masing nak jaga kroni dan periuk nasi memasing.
Kenapa ini semua berlaku?
Inilah Bala daripada Allah yang sedang menghukum UMNO yang selama ini angkuh dan sombong.
Mari kita imbas kembali...
KES SATU : KESOMBONGAN DAN KEANGKKUHAN PAKLAH
Paklah dengan sombongnya berkata mampu menawan Kelantan, menabur wang dan janji, serta sering kali turun ke Kelantan membantu Bekas Bakal Menteri Besar Kelantan, iaitu Awang Adik. Beliau juga menghina negeri dan rakyat Kelantan dengan mengatakan tiada sebarang kemajuan, negeri termiskin, menyerang Kelantan dengan media dan sebagainya. Sehinggakan Kelantan dilihat berada dalam keadaan yang paling kritikal pada PRU12 yang lalu.
BALA ALLAH : Akhirnya Allah membalas kesombongan dan keangkuhan Paklah dengan kemenangan besar Parti Islam itu di Kelantan. Dan yang paling teruk sekali ialah, negeri Paklah sendiri, Pulau Pinang juga jatuh ke tangan pembangkang. tidak cukup lagi dengan itu, Paklah juga kehilangan 3 buah negeri; Kedah, Perak dan negeri yang paling maju di Malaysia, iaitu Selangor yang kebanyakan rakyatnya terdiri daripada golongan intelek dan sentiasa menerima kemajuan baru.
KES DUA : PAKLAH MENIPU RAKYAT MALAYSIA DENGAN SLOGAN BN
Paklah sekali lagi menipu rakyat Malaysia dengan meletakkan slogan BN iaitu
AMAN, SELAMAT dan MAKMUR..Sedangkan negara masih lagi merasai kehilangan adik Nurin Jazlin dan kes ini nampaknya tidak akan dapat diselesaikan buat selama-lamanya. Paklah telah membuat satu slogan yang silap untuk mengambil hati rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia masih lagi dihimpit oleh rasa ketakutan jenayah yang semakin meningkat. Kes rogol, kes bunuh, kes hilang budak kebanyakannya masih tidak dapat diselesaikan.
Bala Allah : Negara dikejutkan lagi dengan kehilangan adik Asmawi, sekaligus memberi tamparan yang hebat kepada slogan BN yang AMAN, SELAMAT dan MAKMUR itu?
apa yang AMAN? apa yang SELAMAT? apa yang MAKMUR? jangan cuba tipu rakyat Malaysia dengan slogan yang sia-sia itu.
KES 3 : KECELUPARAN KHAIRY DAN RANCANGAN JAHATNYA
Khairy, nama yang semakin popular, bahkan lebih popular daripada ketua pemudanya, iaitu Hishamudin. Beliau digambarkan seorang genius muda yang mampu mengubah Malaysia. Akan tetapi Khairy telah tersilap memilih jalan hidupnya. Keceluparan Khairy dalam setiap kempennya sehinggakan menyamakan Dacing BN dengan Dacing Allah ketika berkempen di Negeri Serambi Makkah, Kelantan. Khairy tidak sedar bahawa kebanyakan orang Kelantan ni mempunyai asas agama Islam yang kuat, dan semestinya apabila mendengar kenyataan Khairy yang celupar itu, rakyat Kelantan akan marah apabila Dacing Allah disamakan dengan Dacing BN.
BALA ALLAH: Khairy yang sebelum pilihanraya sering masuk TV, hari ini sering mengelak daripada media kerana malu. Malu kerana menang cara kotor, iaitu menggunakan undi POS apabila Khairy tewas 800± undi kepada lawannya, Chegu Bad di Parlimen Rembau. Semua orang tahu Paklah menelefon SPR supaya menghantarkan undi pos untuk memenangkan Khairy. Beliau dikatakan melarikan diri ke Singapura dan sampai hari masih lagi tidak-tidak insaf lagik.
KES 4 : KEMENANGAN BN DI TERENGGANU YANG TIDAK BERKAT
Terengganu, menyaksikan taktik kotor BN untuk memenangi negeri ini. Pengkhiatan wang rakyat dan pembaziran melampau memberi kesan-kesan yang melampau ke atas rakyat Terengganu pada hari ini.
1)
Pembaziran Masjid "Dirar" Kristal - Masjid ini dibina oleh kafir yang bernama Patrick Lim Badawi, sedangkan masih ramai lagi kontraktor Melayu Islam di Terengganu. Lokasinya yang sangat "menjelekkan" mata rakyat, di Pulau Wan Man yang menghala kepada Jambatan Bandar Kuala Terengganu.
2)
Perobohan Rumah Allah - UMNO dan Idris Jusoh telah merobohkan sebuah masjid kat sini yang dikatakan kuat pembangkang. Alasan yang diberikan ialah untuk membina kemajuan dan pembangunan kepada rakyat setempat tersebut. Astaghfirullahalazim...Rumah Allah yang mulia kamu robohkan, rumah Allah yang dirar kamu dirikan...
3)
Pembaziran Monsun Cup RM300 juta - mana pergi wang rakyat? apa rakyat dapat daripada monsup? siapa yang dapat RM300 juta tu? Idris? Patrick? kroni-kroninya? sedangkan di sekitar Bandar Kuala Terengganu tu masih lagi terdapat pemandangan setinggan..
4)
Kemasukan Pengundi Hantu - jelas Pengundi Hantu menjadi faktor kemenangan BN. Kemasukan Bas-Bas ke Terengganu melebihi angka yang luar biasa. UMNO mendakwa mereka yang balik itu adalah orang Terengganu yang balik mengundi, sedangkan apabila diperiksa, loghat yang dipertuturkan adalah bukan loghat Terengganu, malah terdapat loghat dari Sabah & Sarawak? ape citer?
BALA ALLAH : Perpecahan Dalam UMNO Terengganu, boleh baca paper-paper utama hari ini. Inilah hasil kemenangan yang tidak berkat.
KES 5 : CUBAAN TAKTIK KOTOR OLEH SPR
Setelah PRU12 berlalu, kita melihat kredibiliti SPR dikatakan telah meningkat, telus lagi adil. Jangan tertipu kawan-kawan, sebenarnya SPR telah dibalas oleh Allah kerana taktik kotornya tidak berjaya. Mari kita tengok apa Pengerusi SPR, Rashid ni buat..
Isu Stamp - sebenarnya, Rashid cuba membuat satu prosedur yang sukar untuk parti pembangkang. Rashid ingatkan dengan mengisukan peraturan Stamp dapat menyingkirkan parti pembangkang pada hari penamaan calon.
BALA ALLAH : Namun Allah tetap membantu parti pembangkang. semua calon Parti Pembangkang berjaya menuruti prosedur stamping ini. dan calon BN ramai yang tidak sempat untuk stamp, dan menyebabkan Rashid terpaksa membatalkan Stamping tersebut pada hari sebelum Hari Penamaan Calon. Dah la surat pembatalan itu dikeluarkan pada hari Sabtu. kalau ikut perlembagaan, surat mestilah berkuatkuasa pada hari Ahad, sebab Sabtu tu cuti, mana boleh diiktiraf. tapi akhirnya Rashid dan UMNO telah dikantoikan oleh Allah, dan rancangannya jahatnya sudah mula terbongkar.
dan lain-lain lagi kalau nak senaraikan memang banyak. kita bagi peluang kepada warga CG lain untuk lauk tambah.
sila-sila