BTC USD 83,012.7 Gold USD 4,134.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Senarai Bala Allah ke atas UMNO / BN

Eloklah rakyat dah sedar dan pakat tolak BN...Kalau bersubahat, nanti kita semua (rakyat) dikurniakan bala oleh Allah....:D
 
melayu makin berpecah nie..
harap2 PKR n PAS dptlah menyatukan rakyat malaysia..
 
salah....

ada pmbtulan d cni...

mereka merancang,tuhan yg mnentukan...

Firman Allah swt yang bermaksud :
Dan ingat bagaimana perancangan orang – orang kafir untuk memenjara , membunuh dan menghalau engkau ( keluar dari daerahmu ) , mereka merancang sedang Allah jua merancang dan Allah adalah sebaik – baik perancang .
(Surah al Anfaal : Ayat 30)
 

KES 6: ISLAM HADHARI


Setahu saya, ALLAH hanya berfirman seperti berikut: “ Sesungguhnya Agama disisi Allah adalah Islam.” [Ali-Imran:19]
Bukannya ALLAH berfirman:
“ Sesungguhnya Agama disisi Allah adalah Islam Hadhari.”

Di sini jelaslah penipuan yang dilakukan oleh UMNO dan BN. Selain itu, 10 prinsip Islam Hadhari yang digagaskan adalah retorika semata-mata. Prinsip-prinsip tersebut adalah; Keimanan dan Ketaqwaan kepada Allah, Bekerajaan Adil dan Beramanah, Rakyat Berjiwa Merdeka, Penguasaan Ilmu Pengetahuan, Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif, Kehidupan Berkualiti, Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita, Keutuhan Budaya dan Moral, Pemeliharaan Alam Semulajadi dan akhir sekali ialah Kekuatan Pertahanan.

Persoalannya ‘Islam Hadhari’ atau ‘Islam’ yang diwahyukan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang ingin kita semua praktik kan dlm kehidupan seharian?

Dr Yusuff al-Qaradhawi telah menyebut dalam buku beliau Fiqh Kenegaraan: “ Perkara pertama yang mesti dijelaskan di sini ialah kita sebagai umat Islam tidak dapat menerima penamaan seperti ini, sebab ia merupakan salah satu usaha para musuh Islam untuk memecahbelahkan Islam ke dalam beberapa bahagian. Dengan demikian, mereka harap Islam tidak lagi satu dan utuh seperti agama yang diturunkan Allah dan dianuti oleh umat Islam, tetapi ia menjadi berbagai-bagai jenis Islam seperti yang mereka sebutkan dalam istilah mereka.” Jadi ‘Islam Hadhari’ juga merupakan jenamaan baru terhadap Islam. Jika UMNO dan BN betul-betul nak bawa Islam tidak perlulah digagaskan Islam Hadhari, cukuplah dengan menggunakan nama Islam dan melaksanakan segala perintah dan larangan yang telah ditetapkan oleh Islam secara jelas dan terang dalam al-Quran dan as-Sunnah. Mengapa perlu adakan Islam Hadhari?

BALA ALLAH:

Kedudukan Malaysia dalam Indeks rasuah terus menjunam! Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Transparency International Corruption Perception Index (CPI) kedudukan Malaysia terus menjunam dari tangga ke-37 pada tahun 2003, ke-39 pada tahun 2004 dan 2005, dan ke-44 pada tahun 2006. Diramalkan Malaysia akan terus jatuh dengan pendedahan pelbagai rasuah terkini. Di manakah prinsip keimanan dan ketaqwaan kepada Allah yang ditekankan dalam Islam Hadhari? Di manakah prinsip bekerajaan adil dan beramanah? Kadar jenayah dan keselamatan rakyat kian terancam. Samseng-samseng dan gangster-gangster wujud di setiap pelusuk negara. 40 bulan yang lalu PM dan pasukan polis berjanji untuk mengurangkan kadar jenayah 5% setahun sejak tahun 2004, tetapi meningkat 12% setahun.

Pengakuan bekas KPN (Jan 1974-Jan 1994), Tan Sri Hanif Omar (Kolum, Sunday Star) atas tajuk “ Jenayah dan Kualiti Hidup.” menyebut bahawa: “ Saya sendiri dan keluarga sudah tidak lagi berasa selamat berjalan-jalan di jalan raya dan tempat awam di Malaysia hari ini.” Rakyat juga mendesak supaya kerajaan dan pasukan polis menubuhkan ‘Task Force’ untuk menyelesaikan 604 kes bunuh, 2435 kes rogol, 68 kes rompakan bersenjata dan sebagainya. Mampukah pihak berkuasa kita melakukannya dengan kadar jenayah makin menjadi-jadi dan meningkat pada setiap hari, lebih malang lagi ada juga pihak berkuasa yang terlibat dalam melakukan jenayah. Jadi kepada siapa rakyat ingin memberi kepercayaan? Kajian telah dibuat dari tahun 2003 hingga tahun 2006, kes jenayah telah melonjak naik sebanyak 45.1% dari 156,315 kes kepada 226,836 kes, manakala bagi kes rogol juga melonjak sebanyak 65.8% dari purata 4 orang wanita menjadi mangsa setiap hari kepada 6.7 orang setiap hari. Masalah sosial dikalangan muda-mudi juga semakin meruncing dan membimbangkan. Jadi ke mana prinsip rakyat berjiwa merdeka dan kehidupan berkualiti Islam Hadhari di terapkan?
 
pada aku,bukan parti yang bersalah tp pelaksananya yang dah lari pada perjuangan sbnrnya...
 
KES 7 : PENDERHAKAAN TERHADAP SULTAN

Masih ingatkah di Perak, apabila Lim Kit Siang menyuruh Adun-Adun Perak supaya memulaukan majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak? Apa lagi, heboh satu Malaysia, semua TV, surat khabar, radio, blogs (pro-UMNO) semuanya mengecam Lim Kit Siang dan Adun DAP menderhaka kepada Sultan Perak. Siap ada forums lagi di sebuah television mengecam dan mengutuk tindakan Lim Kit Siang yang dianggap mencabar Sultan dan Bangsa Melayu. Pemuda UMNO Perak pula melaungkan "perang" kepada DAP kerana isu ini.

Memang satu Malaysia kecoh dan melabelkan "Penderhaka" kepada Lim Kit Siang dan Adun DAP Perak. Adakah kerana mereka ini bukan bangsa Melayu maka sebegitu rupa mereka dilabelkan?

Tetapi, Alhamdulillah, berkat kesabaran akhirnya tertubuh jua Kerajaan Campuran BA di Perak dan hingga ke hari ini perjalanannya sangat 'smooth' dan tidak menimbulkan apa-apa isu hangat.

BALA ALLAH : Pepatah Melayu berkata: "Bagaikan meludah ke langit jatuh ke muka sendiri" ataupun "seperti menjilat ludah sendiri" ataupun "paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih"...akhirnya Allah membalas mulut jahat UMNO dengan menjadikan mereka sendiri sebagai Penderhaka Sultan. Tidak perlu disuruh, (seperti Lim Kit Siang) mereka sepakat menderhaka kepada Sultan Terengganu dengan memulaukan Majlis Angkat Sumpah MB Terengganu. Tidak cukup dengan itu, Allah menambah lagi bala-Nya dengan memecahbelahkan UMNO dari dalam. Perpecahan dalaman antara UMNO sehinggakan UMNO terpaksa memecat "MB Terengganu" keluar daripada parti mereka. Allah mencampakkan rasa "iri hati", "gila kuasa", "dengki khianat" ke dalam hati-hati mereka.

Kini, jika UMNO adalah Penderhaka Sultan, maka 'MB Terengganu' adalah Penderhaka Parti. Semua dah jadi penderhaka..dan inilah balasan Allah. Takbir!!
 
hasil post mortem beend, situasi dalam gambo ni dipercayai salah satu sebab raja perlis x brapa ngam ngan pak lah..

"beta ada sebelah pun kamu boleh lagi tidur.. hormat la majlis!"

ni mase raja perlis jd agong.:D
 

Attachments

  • 50.3 KB Views: 56
Back
Top
Log in Register