afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,228
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,228
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Umno tak perlukan perikatan baharu, kekal bersama BN, kata Mohamad
Umno tidak mahu terikat atau mengikat mana-mana pihak, kata Timbalan Presiden Mohamad Hasan.
Bagaimanapun, pendirian ini tidak bermakna Umno menutup pintu kepada kerjasama politik dengan pihak lain, sebaliknya, sebarang kerjasama perlu bersifat tidak mengikat kebebasan Umno menentukan hala tuju politik sendiri.
“Umno akan kekal dengan BN, kini dulu dan selamanya.
“Segala kerjasama mestilah luwes. Persefahaman dan kerjasama yang longgar, bukan perjanjian yang mengikat,” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.
Mohamad berkata Umno juga tidak mahu mengikat mana-mana pihak. “Kita tidak suka diikat, juga mengikat. Umno mahukan kebebasan untuk bertindak sesuai dengan perhitungan politiknya.”
Beliau berkata Umno juga tidak mahu kelangsungan sokongan Melayu kepadanya bergantung pada naungan atau bantuan rakan politik.
Mohamad berkata Umno menghargai bantuan pihak yang pernah bekerjasama dengannya, tetapi mempersoalkan sampai bila Umno harus bergantung kepada ‘budi baik’ rakan politik.
Katanya, Umno perlu menggunakan pengalamannya untuk membina semula sokongan yang kukuh dalam kalangan orang Melayu, dan kembali menjadi pihak yang mampu memberikan perlindungan serta naungan, bukan mengharapkan ihsan pihak lain.