BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tindakan Umno tak sama apa dilaung, kata penganalisis

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Tindakan Umno tak sama apa dilaung, kata penganalisis​

afb5823c-2_mohamad_hasan_umno_pelancaran_youth_wing_pemuda_umno_sayap_moganraj_fmt_14012026-co...jpg

Umno berulang kali menegaskan menyokong Anwar Ibrahim, namun penganalisis melihat tindakan parti itu tidak sepertimana diperkatakan.

James Chin dari Universiti Tasmania, berkata Umno mula mengenakan tekanan ke atas Anwar, selepas kemenangan menyakinkan parti itu pada PRN Johor, selain kemenangan bersama Perikatan Nasional (PN) pada Negeri Sembilan.

Mengambil kira PRN Melaka dijangka berlangsung tidak lama lagi dengan kemenangan Barisan Nasional (BN) sudah dijangka, Chin berkata, pimpinan Umno itu mahu memanfaatkan momentum sedemikian untuk diterjemahkan pada PRU.

“Mereka mengenakan tekanan kerana tidak mahu kehilangan momentum. Adakah Anwar akan tunduk? Saya rasa masih awal untuk bercakap mengenainya. Anwar juga sedang mengatur perikatan baharu tanpa Umno.

“Saya menjangkakan (hubungan PH dan BN) akan semakin buruk sambil Umno akan berdolak-dalik.

“Mereka akan kata sookong Anwar, tetapi sebaliknya semua tindakan mereka cuba melemahkan Anwar,” kata Chin kepada FMT.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara melihat desakan BN mengadakan PRU16 lebih awal sebagai tindak balas terhadap cabaran semasa, dengan pemimpinnya berdepan kemungkinan tindakan undang-undang terkait siasatan Tabung Haji dan mungkin juga Felda.

“Tekanan kini dirasai kedua belah pihak,” katanya sambil menambah BN juga mahu mengekalkan momentum kemenangan pilihan rayanya.

Azmi mengingatkan perkara tersebut mampu menimbulkan ketidakstabilan lebih besar dalam kerajaan persekutuan pimpinan PH, selain menegaskan BN masih ada pengaruh besar ke atas parti politik lain yang membentuk pentadbiran Madani.

“Walaupun hanya ada 30 kerusi, saya fikir tindakan BN akan memberi kesan rantaian kepada parti politik lain.”

Semalam, Presiden Umno Zahid Hamidi berkata lebih baik mengadakan PRU16 lebih awal berbanding menunggu pembubaran Parlimen secara automatik pada hujung 2027, namun BN bersiap sedia sekiranya perdana menteri memilih menghabiskan penggal lima tahunnya.

Ia dipercayai susulan keputusan PRN Johor dan Negeri Sembilan membawa keretakan hubungan BN dan PH.

Sebelum itu, Zahid berulang kali menyatakan BN akan menyokong Anwar sebagai perdana menteri sehingga PRU16.

Sukar BN tarik sokongan, lebih baik desak pilihan raya mengejut

Chin berpandangan BN tidak akan menarik balik sokongannya terhadap Anwar walaupun beliau enggan tunduk kepada tekanan mengadakan PRU16 lebih awal.

Beliau berkata, Umno tidak perlu menjatuhkan kerajaan sedia ada kerana parti itu mampu menunggu PRU16, di mana pakatan bersama PN berkemungkinan besar membolehkan gabungan keduanya menyapu bersih sebahagian besar, jika tidak semua, kerusi majoriti Melayu.

“Umno mempunyai segala dorongan untuk mahukan PRU16 lebih awal kerana rasa terlalu kebal lebih-lebih lagi dengan sokongan PAS,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register