BTC USD 22,731.0 Gold USD 1,884.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[Semua update di sini] - Keputusan terkini PRN Sarawak 2011

clorox_bersih

Legendary Member
gem
Messages
18,906
Joined
Jul 2, 2008
Messages
18,906
Reaction score
43
Points
120
Keputusan terkini :BN kekal majoriti 2/3 tapi hilang 8 kerusi

Keputusan keseluruhannya, BN memenangi 55 kerusi, DAP (12), PKR (3) dan Bebas (1). Keputusan itu menunjukkan BN kehilangan lapan kerusi, berbanding 63 kerusi yang dimenanginya pada 2006.

DAP menambah enam kerusi kepada 12 kerusi, manakala PKR juga menambah satu kerusi menjadi tiga. DAP dan PKR juga menyapu bersih semua lima kerusi di Kuching. Jumlah pemilih keluar mengundi ialah 70 peratus.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN mendapat undi terbanyak dengan 372,379 undi, diikuti DAP (134,847), Snap (15,663), PKR (117,100), PAS (9,719), PCM (2,895) dan Bebas (20,064).

Manakala seramai 71 calon telah hilang wang deposit.


11.17pm: Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menulis dalam tweet bahawa undi popular BN Sarawak telah merosot teruk dari 62.93 peratus kepada 55.24 peratus. Beliau juga mengucap tahniah kepada rakyat Sarawak.

11.10pm: Di stadium tertutup Miri, anggota polis cuba menarik Elizabeth Wong dari situ, dan pembantunya yang cuba menolong, diseret masuk ke dalam kereta polis.
eaa7231e691658660642bd5a4f738d8c.jpg


10.35pm: Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sarawak di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Kuching.

10.34pm: Calon DAP yang memenangi kerusi Dudong, Yap Hoi Liong, yang menang tipis 317 undi, berkata kemenangannya adalah hasil usahanya membanteras percubaan membeli undi di beberapa kawasan kediaman Dayak.

"Jika tidak kerana sebab ini, saya sudah kalah," katanya kepada Malaysiakini.

Yap kata, pasukannya telah memantau beberapa kawasan yang mempunyai 2,000 hingga 3,000 pengundi.

"Sebab lain ialah jumlah pengundi yang keluar mengundi, yang meningkat kepada 74.17 peratus," katanya. Menurut beliau, ramai juga pengundi yang balik untuk membuang undi hari ini.,

10.30pm: Lee Kim Shing dari SUPP dan penyokongnya terpaksa beredar dari stadium tertutup Miri kerana berlaku protes di luar bangunan tersebut.

Lima puluh anggota FRU berada di luar luar stadium untuk mengawal hadirin.

Di dalam stadium, Tian Chua, calon PKR Michael Teo, dan ahli PKR yang bertengkar dengan pegawai pilihan raya hampir 50 minit.

“Adakah anda mendapat arahan dari SUPP?” soal mereka.

9.46pm: BN secara rasmi memperoleh majoriti dua pertiga 48 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak pada pukul 9.45 malam. Bagamananpun ia dianggap prestasi terburuk apabila BN hilang lapan lagi kerusi.
 

Attachments

Last edited by a moderator:
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register