BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Wanita PBB Perlu Siap Siaga, Perkukuh Jentera Hadapi PRN Sarawak - Sharifah Hasidah

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,160
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,160
Reaction score
346
Points
141

Wanita PBB Perlu Siap Siaga, Perkukuh Jentera Hadapi PRN Sarawak - Sharifah Hasidah​

93d0a6859f3bd01ead64de0b310afc985f2ba4ddcb955

Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali

Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu memperkukuh dan memantapkan jentera di peringkat akar umbi sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Timbalan Ketua Pergerakan Wanita PBB Sarawak Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata persediaan awal penting bagi memastikan setiap jentera memahami peranan, peraturan pilihan raya serta profil pengundi di kawasan masing-masing.

“Menang kalah parti dan calon kita bergantung kepada jentera parti. Kita sudah boleh mula bergerak dan bersiap siaga. Ini masanya kita buat kerja kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Penangguhan Program Sarawak Kita Empun (SKE) 3.0 Pergerakan Wanita PBB Zon Tengah di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak berkata setiap cawangan perlu mengetahui jumlah dan demografi pengundi serta meneliti daftar pemilih terkini bagi memastikan gerak kerja pilihan raya lebih tersusun.

Sharifah Hasidah berkata beliau turut menyarankan bengkel atau sesi ulang kaji berkaitan gerak kerja dan peraturan pilihan raya diadakan bagi memastikan jentera memahami perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang tempoh kempen.

Katanya, Pergerakan Wanita PBB memainkan peranan penting memperkukuh parti di peringkat akar umbi menerusi pendekatan turun padang dan hubungan langsung dengan pengundi sejak penubuhannya pada 1973.

Dalam pada itu, beliau berkata program seperti SKE bertujuan memperkasakan jentera wanita melalui penyampaian maklumat mengenai perjuangan parti serta dasar dan inisiatif Kerajaan Sarawak di bawah pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

 
Back
Top
Log in Register