BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Sarawak tanding 82 DUN jika kerusi baru belum dimuktamad, kata Abang Jo

afwan83

Active+ Member
Messages
3,223
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,223
Reaction score
12
Points
25

PRN Sarawak tanding 82 DUN jika kerusi baru belum dimuktamad, kata Abang Jo​

4c1924d6-abang-johari-tun-openg-bernama-270825-1.jpg

Premier Sarawak Abang Johari Openg, berkata kerajaan negeri hormat bidang kuasa SPR dan perakui proses persempadanan semula mesti mematuhi semua prosedur berkanun dan undang-undang. (Gambar Bernama)

Sarawak mesti mengadakan pilihan raya negeri selewat-lewatnya April 2027 dengan Abang Johari, berkata wujud kemungkinan besar 17 kerusi tersebut tidak dapat dipertandingkan jika garis masa prosedur SPR tidak dipenuhi sebelum pembubaran DUN.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu, berkata kerajaan negeri menghormati bidang kuasa SPR dan memperakui proses persempadanan semula mesti mematuhi semua prosedur berkanun dan undang-undang.

“Keseluruhan proses ini mengambil masa kira-kira enam hingga tujuh bulan daripada peringkat awal,” katanya.

“Kita akan mengikut garis masa SPR kerana pilihan raya kita adalah proses demokrasi yang mesti beroperasi dalam kerangka undang-undang ditetapkan,” katanya dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (Ukas).

Pada Isnin, pemimpin GPS Abdul Karim Rahman Hamzah mengkritik apa disifatkannya sebagai kurang kesegeraaan untuk mendapatkan pengesahan Parlimen terhadap cadangan menambah 17 kerusi baharu DUN.

Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu itu, berkata cadangan berkenaan hanya memerlukan pengesahan Parlimen kerana ia melibatkan kawasan PRN, dan tidak memerlukan sebarang perubahan kerusi Parlimen.

Beliau berkata, Parlimen telah bersidang tiga kali sejak DUN Sarawak meluluskan usul tersebut sebulat suara pada Julai lalu, namun tiada pengesahan diperoleh.

Kenyataan Karim dibuat selepas Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, berkata cadangan tersebut tidak mungkin dibentangkan di Dewan Rakyat tahun ini.

Fadillah berkata, perkara itu perlu melalui beberapa proses dan prosedur di bawah SPR, termasuk urusan pameran awam bagi membolehkan bantahan atau maklum balas dikemukakan.
 
Back
Top
Log in Register