BTC USD 76,281.6 Gold USD 4,280.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Johor: PAS tanding 11 kerusi, Bersatu tanding 16

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,702
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,702
Reaction score
97
Points
80

PRN Johor: PAS tanding 11 kerusi, Bersatu tanding 16​

78af7112addb4f23a1dc58f32ca941cf.jpg


PAS akan bertanding di 11 kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung pada 11 Julai nanti.

Pesuruhjaya PAS Johor Mahfodz Mohamed memaklumkan demikian ketika berucap pada majlis pengumumaan calon PAS Johor, di Bakri, sebentar tadi.

Difahamkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Ahmad Samsuri Mokhtar akan mengumumkan senarai penuh calon-calon PAS pada majlis sama malam ini.

Mahfodz berkata seorang bekas exco Johor yang baru menyertai PAS juga dicadangkan sebagai salah seorang calon PAS.

Sementara itu, selain PAS, parti komponen PN lain juga dijadualkan mengumumkan calon masing-masing secara berasingan pada malam ini.

Dalam perkembangan itu, Bersatu pula mengumumkan 16 calon yang akan mewakili PN pada PRN Johor.

Presidennya Muhyiddin Yassin mengumumkan senarai 16 kerusi itu dalam satu majlis yang berlangsung di Pagoh.

Belum jelas jika PAS dan Bersatu akan bertembung di kerusi yang ditandingi dua parti teras PN itu.

[Laporan penuh menyusul]

 
Back
Top
Log in Register