BTC USD 86,003.0 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Johor: PAS alih jentera dari kerusi ditandingi Bersatu

afwan83

Active+ Member
Messages
3,296
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,296
Reaction score
12
Points
25

PRN Johor: PAS alih jentera dari kerusi ditandingi Bersatu​

5e07d719-ahmad-fadhli-shaari-ketua-penerangan-pas-1.jpg

Kenyataan Ahmad Fadhli Shaari itu menyusul pendirian disuarakan Hadi Awang bahawa parti itu tidak akan menggunakan jentera pilihan rayanya untuk membantu kempen calon Bersatu.

Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata arahan itu melibatkan jentera PAS kawasan dan DUN yang sebelum ini berada di kerusi ditandingi Bersatu.

“Jentera PAS Kawasan dan DUN ditandingi Bersatu PRN Johor diarah bertugas di DUN ditandingi PAS dan parti komponen PN yang lain,” katanya di Facebook.

Semalam, Presiden PAS Hadi Awang bahawa parti itu tidak akan menggunakan jentera pilihan rayanya untuk membantu kempen calon Bersatu pada PRN Johor.

Hadi sebelum ini berkata ‘perceraian’ PAS dan Bersatu, termasuk jentera kempen bergerak berasingan, bukan strategi politik bagi memperkukuh PN menjelang pilihan raya.

Menurut Hadi, PAS sudah membatalkan kerjasama politik dengan Bersatu, namun Bersatu belum dipecat daripada PN.

PAS akan bertanding 11 kerusi manakala Bersatu di 16 DUN, kedua-duanya bertanding atas tiket PN.

Parti komponen PN yang bertanding adalah MIPP di lima kerusi dan Pejuang mencuba nasib di satu DUN.
 
Back
Top
Log in Register