BTC USD 76,377.0 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PRN Johor: PH Waspada Persaingan Di 23 Kerusi Tidak Ditandingi PN - Liew

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

PRN Johor: PH Waspada Persaingan Di 23 Kerusi Tidak Ditandingi PN - Liew​

d406664a5e4d51d80d2479e8c8001eec6a424682cfcfb

Pengarah Strategik DAP Liew Chin Tong bercakap pada sidang media di Bilik Gerakan PH DUN Perling di sini hari ini. Pakatan Harapan (PH) mengambil pendekatan berwaspada dalam menghadapi persaingan di 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak ditandingi Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Pakatan Harapan (PH) mengambil pendekatan berwaspada dalam menghadapi persaingan di 23 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang tidak ditandingi Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengarah Strategik DAP Liew Chin Tong berkata antara aspek yang diberikan perhatian ialah kecenderungan pengundi PN untuk memindahkan undi mereka kepada calon parti lain, yang berpotensi mempengaruhi keputusan di kerusi berkenaan.

Timbalan Menteri Kewangan itu berkata sekiranya perkara tersebut berlaku, ia akan memberi cabaran kepada PH terutamanya calon DAP untuk menang di DUN ditandingi.

“Adakah undi penyokong PN itu boleh dipindakan...ini kita perlu beri perhatian, kerana setiap pilihan raya itu membawa ancaman ataupun kemungkinan yang kita tak sangka.

“Yang penting kami akan berwaspada, berkempen sungguh-sungguh serta menawarkan idea-idea baharu supaya rakyat boleh menyokong kami,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.





Mengulas strategi keseluruhan PH bagi menghadapi PRN Johor, Liew yang juga penyandang kerusi DUN Perling berkata gabungan itu, mempertaruhkan barisan calon muda dan berwibawa yang difikirkan paling terbaik untuk setiap kawasan DUN.

 
Back
Top
Log in Register