afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,229
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,229
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Pemuda PAS lulus usul semua kerusi menang kekal ditandingi calon parti
Dewan Pemuda PAS Pusat meluluskan enam usul untuk dibawa ke Muktamar PAS Pusat, termasuk supaya semua kerusi Parlimen dan DUN dimenangi parti itu kekal ditandingi calon mereka pada pilihan raya akan datang.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Khairul Nadzir Helmi Azhar, berkata usul berkenaan dibentangkan perwakilan Pemuda PAS Padang Terap dan diterima sebulat suara tanpa bahas.
Katanya, usul itu antara enam yang diluluskan sayap berkenaan pada muktamar kali ini untuk dibawa ke Muktamar PAS Pusat.
“Usul dari Padang Terap yang diterima tanpa bahas itu menetapkan semua kerusi Parlimen dan DUN di seluruh Malaysia yang telah dimenangi PAS dikekalkan sebagai kerusi PAS dan terus ditandingi calon PAS pada pilihan raya akan datang.
“Ia bagi memelihara amanah serta keyakinan pengundi yang memilih PAS sebagai wakil mereka, selain menjadi dasar dan prinsip utama PAS dalam sebarang rundingan pembahagian kerusi bersama parti gabungan,” katanya kepada media selepas sesi pembentangan usul pada malam tadi yang mendapat sokongan sebulat suara lebih 800 perwakilan yang hadir.
Khairul berkata, lima lagi usul turut diluluskan, termasuk tiga yang diterima dan dibahaskan serta dua usul berbentuk cadangan.
Tambahnya, usul yang diluluskan turut mendesak kerajaan memperkenalkan kerangka kawal selia e-dagang yang lebih tegas bagi melindungi dan memperkasa daya saing usahawan tempatan daripada persaingan tidak adil.
Ia termasuk lambakan produk luar dan tiruan, amalan penetapan ‘harga pemangsa’, beban fi platform serta kelemahan perlindungan terhadap produk dan jenama tempatan.
Usul berkenaan dicadangkan perwakilan daripada Dewan Pemuda PAS.
Sementara itu, Khairul yang juga pengerusi Jawatankuasa Usul Muktamar Pemuda PAS ke-67 menjelaskan sesi meluluskan usul terpaksa diadakan lebih awal pada muktamar malam tadi, sebelum majlis perasmian hari ini berikutan kekangan masa.
“Ini bagi memberi ruang kepada beberapa pengisian utama dalam ucapan utama ketua pemuda untuk diketengahkan pada majlis perasmian nanti,” katanya.
