BTC USD 76,316.9 Gold USD 4,300.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PAS tak mahu lagi serah kerusi boleh menang kepada parti lain

afwan83

Active+ Member
Messages
3,223
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,223
Reaction score
12
Points
25

PAS tak mahu lagi serah kerusi boleh menang kepada parti lain​

2cd2062f-53ac-46a3-8020-550eb1dff9dc-Muhammad-Sanusi-MD-Nor-Muktamar-Tahunan-PAS-fmt-5926.jpg

Pengarah Pilihan Raya Sanusi Nor tidak mahu PAS melepaskan kerusi yang boleh dimenangi kepada parti lain.

Pengarah Pilihan Raya Sanusi Nor mengumumkan pihaknya akan mengenal pasti kawasan-kawasan yang berpotensi dimenangi oleh PAS.

“Kita akan tentukan kerusi mana yang patut, yang boleh dimenangi oleh PAS. Kita jangan lepas dah kerusi itu kepada siapa-siapa pun,” katanya dalam ucapan penggulungan sempena muktamar PAS ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan.

Sanusi berkata PAS tidak sepatutnya berada dalam keadaaan yang mana ahlinya membantu parti lain sehingga akhirnya pihak itu yang meletakkan calon.

Katanya, PAS sudah terlalu lama berdepan keadaan di mana kekuatan dan sokongan yang dimiliki tidak diterjemahkan sepenuhnya kepada penguasaan politik.

“Orang kita pergi dekat dia, kita seronok. Lepas itu parti dia besar, parti kita kecil. Dia jadi calon, kita jadi jentera. Mampus lagu tu! Cakap berterus-terang. Jangan sembunyi-sembunyi,” katanya.

Beliau berkata PAS perlu berhenti berasa rendah diri ketika berunding dengan parti lain, mengingatkan bahawa PAS mempunyai sejarah politik yang panjang dengan kekuatan yang besar.

“PAS ni dah jadi parti gajah dah. Tiba-tiba lalu kucing bawa anak dua tiga ekor, dia (PAS) takut,” katanya, tanpa menamakan mana-mana parti.

“Jangan duduk ikut kucing tu. Dia (parti lain) pun baru nak hidup saja. Dia baru tubuh parti dua hari, lepas itu mai duduk ajak kita. Lepas itu kita turut dia. Tak betul tu,” katanya.

Semalam, Presiden Hadi Awang dalam ucapan dasarnya mengumumkan PAS mahu mempertahankan semua kerusi DUN dan Parlimen dimenanginya pada PRU15, khususnya Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis yang disifatkan ‘negeri pangkalan’.

PAS juga menyasarkan Pahang, Perak, dan Selangor sebagai negeri yang akan menyumbang kepada kemenangan parti itu pada pilihan raya akan datang.

Dalam pada itu, Sanusi berkata PAS perlu meningkatkan keupayaan untuk bekerjasama dengan jentera parti lain.

Mengambil contoh PRN baru-baru ini, Beliau berkata PAS ‘tak boleh masuk langsung’ di Johor, manakala ‘boleh masuk sikit-sikit’ pada di Negeri Sembilan.

“Di Melaka insya-Allah kita akan belajarlah bekerja dalam pilihan raya bersama dengan jentera parti lain,” katanya.

Berkenaan situasi di Johor, Sanusi secara berterus-terang menegur situasi PAS di negeri itu kerana tidak menambah ahli walaupun ingin bertanding.

“Daripada beberapa kali pilihan raya di Johor, orang Johor duduk lagu itu juga, ustaz. Tak berkembang!” katanya.

“Saya ingat orang Johor (ahli) dah bertambah. Kerja duduk banyak itu juga. Jentera tak bertambah. Jangan duduk banyak itu juga tapi nak kerusi. Nak tanding 15-11 pun. Tak payah pergilah.”

Sanusi menyeru PAS supaya memperhebatkan usaha menarik ahli baharu dan memperbanyakkan cawangan di Johor, melalui ‘kerja politik’ secara berterusan.

“Bukan suruh nikah. Tambah cawangan PAS. Buka cawangan banyak-banyak. Kita bukan NGO, kita parti politik. Kerja kita nak masuk pilihan raya. Kita nak orang undi kita. Kalau nak buat kerja edar beras sahaja, pergi masuk tabligh,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register