afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Jangan usik kerusi Seberang Jaya, Pemuda PAS beritahu Gerakan
Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh Aiman Shamsul Bahrin berkata Seberang Jaya merupakan kerusi majoriti Melayu yang kali terakhir dimenangi Bersatu, faktor yang perlu diberi pertimbangan serius bagi memastikan kemenangan PN. (Gambar Facebook)
Ketua Pemuda PAS Permatang Pauh, Aiman Shamsul Bahrin berkata, Seberang Jaya merupakan kerusi majoriti Melayu yang kali terakhir dimenangi Bersatu.
Katanya, faktor tersebut perlu diberi pertimbangan serius bagi memastikan kemenangan Perikatan Nasional (PN).
Beliau menambah, hasrat bahagian Gerakan untuk bertanding di Seberang Jaya bertentangan dengan semangat kerjasama antara parti komponen PN.
“Lebih wajar Gerakan memperkukuhkan gerak kerja di kawasan mempunyai komposisi pengundi bukan Melayu yang lebih besar serta membina pengaruh dan akar umbi di kawasan tersebut.
“Jangan sampai kerusi yang telah dimenangi oleh rakan komponen sendiri pula dijadikan sasaran,” katanya dalam kenyataan.
Aiman turut berkata, usul bahagian Gerakan itu boleh menimbulkan persepsi bahawa wujud usaha mencetuskan persaingan dan perpecahan dalaman dalam PN.
“Dalam keadaan rakyat mahukan sebuah gabungan pembangkang yang kuat, parti komponen sepatutnya memperkukuhkan kerjasama, bukannya membuka ruang kepada pertembungan sesama sendiri.”
Beliau berkata PN perlu mengambil iktibar daripada keputusan meletakkan Presiden Gerakan Dominic Lau di kerusi majoriti Melayu Bayan Lepas pada PRN lalu, yang menyaksikan timbalan pengerusi PN itu tewas kepada calon Amanah Azrul Mahathir Aziz.
“Konflik sesama sendiri di kawasan yang berpotensi untuk menang hanya akan memberi keuntungan kepada Pakatan Harapan,” katanya.
Seberang Jaya merupakan salah satu daripada tiga kerusi DUN di bawah kawasan Parlimen Permatang Pauh, yang kini diwakili Ahli Parlimen PAS Fawwaz Jan.
Penyandang kerusi DUN Seberang Jaya ketika ini ialah Izhar Shah Arif Shah daripada Bersatu, namun keretakan hubungan antara partinya dengan PAS berkemungkinan mencetuskan perebutan kerusi Bersatu.