BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Abang Akmal antara 15 calon tanding PRN Melaka

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Abang Akmal antara 15 calon tanding PRN Melaka​

5ca527d1-nik-nazmi-nik-ahmad-ketua-bersama-bersama-6.jpg

Pemimpin Bersama Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata parti itu sebagai satu ‘jenama baharu’ mempunyai lebih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk memperkenalkan diri kepada pengundi.

Pilihan yang mengejutkan ialah Dr Solehin Saleh, abang kepada ketua Pemuda Umno yang juga Adun Merlimau, Dr Akmal Saleh. Solehin akan bertanding atas tiket Bersama di Bemban.

Nik Nazmi berkata Bersama, sebagai satu ‘jenama baharu’, mempunyai lebih banyak kerja yang perlu dilakukan untuk memperkenalkan dirinya kepada pengundi.

“Kita umum calon lebih awal supaya mereka dapat memperkenalkan diri kepada pengundi dengan lebih pantas. Anda pasti terkejut dengan impak yang boleh dicapai apabila menemui pengundi di lapangan lebih awal,” katanya pada himpunan malam tadi.

PRN Melaka seterusnya dijadual selewat-lewatnya pada akhir Februari 2027, namun Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh dilaporkan, berkata ia mungkin diadakan seawal September.

Penampilan julung kali Bersama adalah pada PRN Johor 11 Julai lalu, di mana semua 15 calonnya tewas dan hilang deposit.

Berikut calon Bersama menjelang PRN Melaka:

N01 Kuala Linggi – Ruzsyahriman JenalN06 Rembia – Aman Akil Abdul TalibN07 Gadek – B LaveenN08 Machap Jaya – B Prasanth KumarN11 Sungai Udang – Ridzuan Abdul RahmanN13 Paya Rumput – Abdul Rashid Abu BakarN14 Kelebang – Yong Jie YuN15 Pengkalan Batu – Goh Han KoonN16 Ayer Keroh – Muhaimin Lau AbdullahN17 Bukit Katil – Aliza Che AmranN19 Kesidang – Bryan KekN20 Kota Laksamana – Ethan LimN23 Telok Mas – Hazwan MustafaN24 Bemban – Dr Solehin SalehN26 Serkam – Saffie Yasan

Sementara itu, pemimpin Bersama Rafizi Ramli berkata 15 kerusi ditandingi sudah cukup membentuk kerajaan negeri jika menang semuanya.

“Di Melaka, untuk membentuk kerajaan majoritinya ialah 15. Jadi, kalau korang semua undi kita menang 15, insyaAllah ada ketua menteri Kancil dekat Melaka,” katanya.

Rafizi berkata, Bersama sudah mula menyediakan manifestonya untuk Melaka dan akan memperkenalkannya pada acara kempen pertama pada malam hari penamaan calon.

“Kami mahu mengelak daripada menjadi seperti parti utama lain, di mana hari penamaan calon tiba dan mereka menunggu seminggu lagi untuk melancarkan manifesto kerana masuk bertanding tanpa menyiapkannya terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata, Bersama akan merangka manifestonya bersama calon bagi memastikan ia menawarkan ‘yang terbaik’.
 
Back
Top
Log in Register