BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semua orang kena tipu

cikgusimple

Permanently Banned - Multiple ID
Messages
2,747
Joined
Sep 17, 2010
Messages
2,747
Reaction score
552
Points
71
Semua Kena Tipu | Wang Kertas VS Emas


Semua orang Islam wajib beriman dengan kemunculan Hari Kiamat. Ia terkandung di dalam rukan Iman. Jika ada mana-mana Muslim yang tidak mempercayainya, maka imannya pastilah tidak lengkap. Percaya pada Hari Kiamat adalah rukun Iman ke-5.

Dalam menuju ke Hari Kiamat, kita diberi tanda-tanda kecil dan besar hari bagi tujuan persediaan.

Biasa dengar kemunculan Dajjal? Nabi Isa A.S?

Saya suka bertanyakan yang mana akan muncul dahulu. Kerana kedua-dua susuk di atas akan turun ke bumi.

Jika diamati, Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa A.S. di Israel. Jadi Dajjal itulah yang akan turun dahulu.

Tetapi apakah kaitannya semua itu dengan wang kertas dan juga emas?

Wang kertas dan emas adalah matawang. Hari ini kita guna wang kertas. Dahulu guna emas.

Setiap kerajaan memerlukan matawang untuk berkuasa. Tak kiralah, samada kerajaan Dajjal atau pun Nabi Isa A.S.

Zaman Dahulu
Zaman dahulu, semua negara menggunakan emas. Ramainya manusia menggunakan emas adalah sama seperti mana ramainya manusia menggunakan wang kertas pada hari ini.

Emas dipilih kerana ia mempunyai nilai semulajadi di dalamnya. Emas itu memang semua orang suka di seluruh dunia. Cuba lihat sukan Olimpik, apakah yang dikejar oleh para atlit? Pingat apa?

Mengapa mereka tidak dikalungkan dengan kalungan wang kertas? Berapa lama sudah sukan Olimpik diadakan?

Tidak cukup dengan itu, lihat sultan-sultan Melayu hari ini, apakah yang mereka pakai?

Emas tidak akan jatuh nilainya. Kerana emas tetap emas. Ia memiliki nilai emasnya yang tersendiri yang tidak ada pada kertas. Seperti wang kertas, ia dicipta untuk menjadi wang yang ditentukan nilainya oleh manusia.

Allah S.W.T sebagai jurutera pencipta manusia tentulah tahu apa yang terbaik untuk ciptaannya. Hari ini, kita tolak emas sebagai wang. Kita terima wang kertas.

Wang kertas jika dikaji asal-usulnya, ia hanyalah surat hutang yang mewakili jumlah emas.

Sejak zaman dahulu sememangnya kerajaan-kerajaan di dunia semua menggunakan emas sebagai wang. Para penjajah negara kita pun menggunakan emas sebagai matawang. Siapakah yang pernah menjajah negara kita?

Belanda, British (United Kingdom), Portugis, Jepun dan Siam (Thailand). Tak kiralah negara mana pun yang menjajah kita dahulu. Mereka semua menggunakan matawang emas.

Tapi mengapa mereka semua bertukar pada wang kertas? Jawapannya ialah kerana kerajaan mereka mengalami masalah kewangan. Mana tidaknya, wang emas itu habis digunakan bagi tujuan berperang. Kepulauan Melayu bergolak dengan penjajahan demi penjajahan. Sehingga tulisan Jawi kita jua dijajah menjadi tulisan Rumi (Roman) seperti yang huruf-huruf yang anda sedang baca sekarang ini. Sehingga juga ada warga veteran yang masih hafal lagu negara Jepun.

Apakah banyak wang terlibat dalam peperangan. Oh! Sudah tentu.

Siapa tukang bina kapal?
Siapa tukang kimpal?
Siapa tukang jahit layar kapal?
Siapa jurumudi kapal?
Siapa buruh kasar kapal?
Siapa jururawat di kapal?
Siapa pengawal di kapal?
Siapa tukang senjata di kapal?
Siapa tukang masak di kapal?
Siapa dan siapa ...

Jadi wang kerajaan sesebuah negara itu habis dek peperangan. Wang ketika itu ialah emas dan perak. Ia tidak boleh diulang-cetak. Ia sangat unik.

Hari ini, kerajaan Amerika Syarikat turut mengalami benda yang sama. Mereka kerugian kerana peperangan. Peperangan cara sekarang lebih banyak melibatkan wang. Bom-bom berkuasa hebat, teknologi canggih dan lain-lain.

Taktik Penjajah
Jadi semasa para penjajah kehabisan wang emas dan perak. Jadi penjajah ini mula menggunakan kertas sebagai ganti kepada emas. Rakyat jelata disuruh bekerja atau pun berkhidmat. Tetapi rakyat jelata tadi tidak diberikan emas.

Perkataan tersebut jika diterjemahkan, ia bermaksud 'janji-janji untuk bayar si penanggung beban atas tuntutan'.

Katakan anda orang Melayu yang menjual goreng pisang ketika itu, anda dapat kertas ini. Anda kemudiannya boleh menukarkannya kepada wang. Wang ketika itu ialah emas. Jadi kertas ini bersandarkan kepada emas.

Hari ini? Tidak lagi. Wang kertas kita, tidak lagi disandarkan pada emas. Buktinya? Kita akan lihat nilai wang kertas ini semakin menjunam. Ia akan mengalami inflasi dan spekulasi. Manusia boleh mainkan nilai wang kertas itu. Ia tidak sama halnya dengan emas. Kerana emas mempunyai nilai tetap di dalamnya terkandung berat, karat, saiz dan lain-lain.

Berbalik pada cerita penjajah tadi. Apakah kertas tadi boleh diterima oleh rakyat jelata? Apakah mereka tidak marah? Mereka marah dan tak suka orang berhutang dan memberikan selain daripada emas kepada mereka. Maka dari situ British pun mencantikkan kertas mereka

Dengan kertas ini rakyat jelata boleh mendapatkan emas mereka. Rakyat jelata menjadi tenang apabila terpampang gambar pemimpin British di kertas itu. Kononnya penjajah serius menjaga kebajikan rakyat jelata. Tetapi pada hakikatnya ini semua hanyalah untuk meredakan kemarahan rakyat jelata atas penipuan demi penipuan.

Maka seterusnya penjajah pun saling berperang. Kerajaan Jepun pun mahu kaya. Mereka kata Asia Tenggara ini mereka yang punya.

Masih ingat British lawan Jepun di Tanah Melayu? Apabila Jepun menguasai Tanah Melayu, mereka juga turut mengikut jejak langkah British. Dengan hasrat ingin untung sama seperti British untung. Maka Jepun pun mencetak kertas

Mengikut kiraan ulama' Sheikh Imran Hosein pada ceramah 2007 beliau, katanya setelah kejatuhan wang dalam bentuk kertas tadi, Dajjal pun akan muncul.

Kedatangan Dajjal boleh disaksikan oleh budak-budak yang sedang bersekolah hari ini. Jika kiraan ini tepat, maka Dajjal yang dikatakan lahir dari keluarga Yahudi, berambut kerinting akan memerintah dunia dari negara haram Israel dalam sedikit masa lagi.

Tambah Sheikh Imran Hosein, Dajjal akan menggunakan wang elektronik bagi menggantikan wang dalam bentuk kertas. Satu lagi penipuan secara elektronik bakal mewarnai dunia. Bukan?

Kata Sheikh Imran Hosein, apa yang umat Islam perlu lakukan ialah melaksanakan apa yang ada di dalam Al-Quran dan hadis.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua para pembaca, agar kita kembali kepada dinar (emas) dan dirham (perak) serta menghayati sistem ekonomi Islam yang popular dengan pengharaman riba'.

Kita tidak seharusnya mengaku kalah dengan kedatangan Dajjal. Kerana terdapat juga proses menyambut kedatangan Nabi Isa A.S dalam menewaskan Dajjal di Israel.

rujuk artikel penuh-sumber asal :http://hanief.blogspot.com/2010/03/semua-kena-tipu-wang-kertas-vs-emas.html
 
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa anggota gabungan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) supaya menggunakan Dinar Emas untuk menghalang Amerika Syarikat dan Yahudi terus menguasai ekonomi dunia.

Dalam ucapannya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi, Nik ImageAziz mempersoalkan jika Kesatuan Eropah boleh menggunakan Euro sebagai matawang sendiri, mengapa tidak negara OIC.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS menegaskan, penggunaan dinar boleh menjadi teras kepada penyatuan negara umat Islam dari sudut ekonomi untuk bangkit dari dibuli penjajahan kuasa besar dunia.

Nik Aziz turut mengesyorkan kerajaan Malaysia, supaya mengambil langkah positif, meneruskan cadangan dan landasan yang dimulakan oleh bekas Perdana ImageMenteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.

"Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata," tegasnya. Kerajaan Negeri Kelantan menurutnya mengorak langkah pada tahun lalu untuk memperkenalkan dinar emas kepada rakyatnya.

Beliau turut berbangga kerana pelancaran dinar emas mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Kelantan dan pelancong yang berkunjung ke negeri Serambi Mekah itu.

Nik Aziz berkata demikian dalam Majlis Makan Malam sempena 'Persidangan Antarabangsa Mengenai Ekonomi Gold Dinar' yang dianjurkan di PWTC pada 24 dan 25 Julai ini yang turut disiarkan secara langsung menerusi www.kelantan.tv.

Selain Dr Mahathir sebagai pemidato utama, persidangan dua hari itu mengemukakan beberapa tokoh ekonomi Islam antarabangsa antaranya, Profesor Madya Dr Ahamed Kameel Mydin Meera, Profesor Masudul Alam Choudhury, Sheikh Imran N. Hosein, Umar Ibrahim Vadillo, dan lain-lain.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Naib-naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, Mohamad Sabu dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Abdul Fatah Mahmood.

Teks penuh ucapan Tuan Guru Nik Aziz seperti berikut:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia, kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, longgokan harta benda yang banyak berpikul-pikul, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda, lagi terlatih, dan binatang-binatang serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu adalah kesenangan hidup di dunia(yang bersifat sementara). dan (ingatlah), pada sisi Allah adalah tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga yang kekal abadi).

(Surah Ali Imran, ayat 14)

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafa'kan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah subhanahu wa taala, kerana hanya dengan limpah izin dan inayah-Nya sahaja, kita dapat menjayakan majlis makan malam, sempena "Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa" yang sangat penting lagi amat bersejarah ini.

Dato'-dato', Datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekelian,

Pada tanggal 27 Syaaban 1427 hijriah, bersamaan 20 September 2006 yang lalu, Kerajaan Negeri Kelantan telah mudahkan kepada rakyat Kelantan amnya, dengan penjualan kepingan-kepingan dinar yang diperbuat daripada emas tulen 22 karat, bersamaan seberat 4.25 gram.

Pelancaran emas dinar Kelantan tersebut, bukanlah bermaksud Kerajaan Negeri Kelantan mahu menggantikan penggunaan ringgit Malaysia dengan dinar!

Kerajaan negeri mahupun Kerajaan Pusat sekalipun, tidak mampu, malah tidak ada kuasa untuk berbuat demikian. Bahkan, kerana wujudnya perjanjian di peringkat antarabangsa, yang memutuskan bahawa emas dan perak tidak lagi boleh dijadikan mata wang dalam ekonomi semasa.

Tindakan mewadahkan dinar yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan, sama sekali tidak bertentangan dengan peraturan dan amalan bank negara, kerana pada tahun 2003 yang lalu, Bank Negara sendiri pernah memperkenalkan wadah dinar kepada rakyat.

Sehingga hari ini, tuan-tuan dan puan-puan masih boleh membeli dinar, yang ditempah dan dijual oleh The Royal Mint dengan tiada apa-apa masalah.

Sememangnya budaya ekonomi Islam adalah berteraskan dinar dan dirham. Dalam al-Quranul karim, perkataan dinar dan dirham ada termaktub dalam Surah Ali Imran ayat 75 dan juga dalam surah Yusof ayat 20.

Maksudnya:

Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya.

(Surah Ali Imran : 75)

Maksudnya:

Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja...

Kedua-dua ayat al-Quran ini menceritakan, bahawa penggunaan wang dinar dan dirham, telah pun berlangsung sejak ribuan tahun, sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w lagi.

Selain daripada ayat al-Quran, terdapat banyak hadis-hadis yang menceritakan, tentang penggunaan dinar dan dirham sebagai matawang, sehingga ke zaman Rasulullah s.a.w, sebagaimana sabda baginda : maksudnya:

"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. Dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu.

Dalil-dalil daripada al-Quran dan hadis di atas membuktikan bahawa, asas sistem matawang yang digunakan di sepanjang sejarah ketamadunan manusia, sejak zaman nabi-nabi yang terdahulu, sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad s.a.w, adalah dalam bentuk mata wang dinar dan dirham.

Bahkan sistem inilah, yang telah diamalkan di sepanjang pemerintahan Khulafa' ar-Rasyidin, sehingga berakhirnya zaman pemerintahan kerajaan atau Khilafah Uthmaniyyah pada tahun 1924 Masihi.(Untuk ditukar dengan sistem sekular Ataturk dan telah menimbulkan seribu satu masalah kepada al-insan).

Sejarah juga telah membuktikan bahawa negeri Kelantan berada di bawah jajahan takluk Kerajaan Siam suatu ketika dahulu, pihak Kerajaan Kelantan sentiasa membayar ufti kepada kerajaan Siam pada setiap tahun, dengan menghantarkan sebilangan kepingan-kepingan wang emas, yang digubah dalam bentuk bunga emas.

Ini membuktikan bahawa, penggunaan wang dinar emas bukan hanya digunakan umat Islam di Timur Tengah sahaja, tetapi telah digunakan secara meluas sehingga ke Adia Tenggara, termasuk Negeri Kelantan sejak ratusan tahun yang lalu.

Para Hadirin sekalian,

Saranan supaya kembali kepada penggunaan wang dinar emas, sebagai teras ekonomi pada zaman globalisasi ini, bukanlah dimonopoli oleh penganut agama Islam sahaja.

Bahkan ramai juag ahli-ahali ekonomi dari kalangan bukan, yang inginkan wang komoditi, kahsnya dalam bentuk kepingan emas dan perak kerana kestabilan dan jaminan kebebasan yang dikandungnya.

Mereka berpendapat, alasan utama mengapa sistem wang komoditi seperti dinar emas, tidak dibenarkan oleh pihak-pihak tertentu, bukanlah disebabkan kekurangan kemahiran teknikal tetapi kerana wang komoditi mampu menggantikan sistem monetari konvensional.

Oleh kerana penggantian tersebut boleh menjadi ancaman besar, khasnya kepada kepentingan ekonomi Amerika dan Yahudi sedunia menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan itu gemar membuat alasan bahawa kononnya jika emas dan dinar dijadikan sebagai matawang ia akan mudah tercicir, atau poket akan cepat tembus, kerana berat membawa wang dari emas.

Dato'-dato', datin-datin, tuan-tuan, dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Emas telah menjadi piawai bagi mata wang dunia, selama beribu-ribu tahun, sehinggalah ia diganti kepada wang kertas dollar hanya pada awal tahun 1970-an. Wang dollar tidak lagi disandarkan kepada emas, tetapi nilainya turun naik mengikut gelora permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing.

Justeru, kita perlu melihat usaha pengembalian dinar dan dirham ini, sebagai usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan lebih telus.

Bukannya satu agenda untuk meraih populariti. Bahkan sebagai satu tanggungjawab untuk mengembalikan semuala kefahaman umat Islam khasnya, berhubung peradaban dan sejarah penggunaan dinar dan dirham, serta bertujuan untuk memberi kesedaran dan keyakinan, terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada sistem matawang, terutamanya dengan mempelopori penggunaan dinar sebagai simpanan, mas kahwin, membayar zakat, pemberian hadiah, dan sedekah untuk bekal akhirat sebagai harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu, sebagai upah kepada perkhidmatan atau sumabangan yang tertentu dan sebagainya.

Saya telah difahamkan bahawa sehingga ke tarikh ini, sejumlah lebih RM600 ratus ribu nilaian wang emas dinar Kelantan, telah dibeli oleh masyarakat umum. dan yang sangat menariknya, pelancong-pelancong dan pelawat-pelawat dari luar Kelantan juga, berebut-rebut untuk memiliki dinar emas keluaran kerajaan Kelantan.

Sama ada sebagai cenderamata, mahupun untuk lain-lain kegunaan mengikut keperluan masing-masing. Ini semua membuktikan bahawa, usaha ke arah mengembalikan semula penggunaan mata wang dinar, mempunyai masa depan yang amat cerah, dan akan mendapat sokongan daripada pelbagai masyarakat di seluruh dunia, tanpa mengira agama, bangsa, bahasa dan budaya. Para hadirin sekalian,

Saya selaku Ketua Kerajaan Negeri Kelantan, akan terus memberi sokongan yang sepenuhnya, walaupun dalam bidang yang terhad kepada perjuangan "Gold Dinar Economy" kerana ia merupakan satu perjuangan suci, yang dapat menyatukan dan mendaulatkan kembali umat Islam serta negara-negara kecil sedunia, daripada terus dijajah dan dibuli oleh kuasa besar ekonomi dunia.

Saya juga mengesyorkan supaya kerajaan Malaysia mengambil supaya kerajaan Malaysia mengambil langkah positif, dengan meneruskan cadangan dan landasan yang telah dimulakan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC.

Perkara ini bukan merupakan isu ekonomi semata-mata.

Ia sebaliknya mengandungi kemaslahatan umum yang bersifat sejagat, yang perlu diperjuangkan secara konsisten oleh kita semua. Jika negara-negara Kesatuan Eropah boleh menggunakan matawang mereka sendiri, dengan nama mata wang Euro, mengapa tidak kita negara-negara OIC menggunakan mata wang dinar?

Saya serahkan kepada pakar-pakar ekonomi kita, untuk terus berjuang memberi kefahaman kepada masyarakat Islam, terutamanya pimpinan dan golongan cendikiawan.

Di kesempatan ini, saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur persidangan ini, dan juga semua pembentang kertas kerja, sama ada dari luar negara mahupun dari dalam negara, yang sama-sama telah bersatu tenaga dan idea, dalam menjayakan "Persidangan Ekonomi Dinar Emas peringkat Antarabangsa," yang sangat penting lagi sangat bersejarah ini. - mks.
 
sy cuba bg artikel yg sng nk fhmkan sikit..ada byk..ni slh satu :

Penipuan terhebat Wang Kertas

on November 29th, 2011

Asal wang kertas dijadikan untuk memudahkan pertukaran bilamana terdapat barangan yang bernilai kecil yang sukar dipecahkan melalui nilaian dirham/daniq dan wang kertas disandarkan pada rezab emas yang ada, pada masa ini wang kertas masih bersifat numismatik dan hukum riba, zakat, muamalat terpakai sepertimana emas dan perak. Ini kerana wang kertas tersebut boleh ditukarkan dengan emas pada masa itu.

Setelah lambakan wang kertas berlaku maka era penipuan wang kertas terjadi apabila ianya tidak lagi disandarkan lagi pada rezab emas tetapi kepada ekonomi negara itu sendiri yang mana hukum yang terdapat keatasnya yang diqiaskan pada emas dan perak sewajarnya tidak terpakai lagi.

Selepas era inilah penipuan wang kertas semakin berleluasa dan tidak layak digelar wang sebaliknya sebagai hutang nilai kertas yang tertera pada cetakannya (akujanji pemerintah). Demi mengaut keuntungan pihak yahudi/penjajah memaksa semua negara jajahannya menggunakan wang kertas dan mereka mengambil semua emas dan perak kerana mereka tahu emas dan perak lagi berharga dari kertas tetapi negara jajahan mengikut sahaja kerana wang kertas mudah dibahagikan berbanding emas dan perak, negara jajahan telah diasuh dan dididik menggunakan wang kertas dalam setiap urusan dan lupakan pasal nilai emas dan perak.

Bila rezab emas tinggal sedikit pihak penjajah akan beredar dalam istilah kemerdekaan tetapi meninggalkan dan memaksa negara jajahan menggunapakai sistem wang kertasnya. Oleh kerana sebahagian besar emas dan perak telah dikaut dan sistem kewangannya digunakan maka pihak penjajah masih boleh meneruskan penjajahannya walaupun tanpa menduduki negara tersebut. Bila semua pemerintah Islam telah lupa pada emas dan perak dan DnD sebagai wang, maka ada pihak menqiaskan wang kertas kepada emas dan perak dalam keadaan dharurat kerana sumber DnD tidak mencukupi.

Tetapi adakah ia mengambilkira FRB (penipuan terbesar) yang berlaku dalam cetakan dan penghasilan wang kertas sebelum menggenakan hukum penggunaannya?

Dalam Islam transaksi jual beli harus memenuhi 3 syarat (1) sukarela – antaroddin minkum, (2) setara – mithlan bi mithlin, (3) kecairan – yaddan bi yaddin. Secara logiknya wang kertas tidak memenuhi syarat tersebut nilainya dipaksa oleh pemerintah atas nilai cetakannya, nilainya tidak setara bagi setiap negara, kecairan tidak diperakui bagi negara yang berlainan.

Logiknya ia tidak wajar digelar wang tetapi hanyalah kertas hutang yang diperakui oleh pemerintah negara tersebut. Penyewelengan penggunaan dinar dan dirham di negara arab dilakukan semasa pemerintahan Liga Arab (Saudi Arabia) yang bersekutu dengan Amerika dalam menjatuhkan kerajaan Utsmaniah. Raja Sa’ud bin Abdul Aziz telah mendirikan bank sentral yang bernama: Saudi Arabian Monetary Agency (SAMA) dan menerbitkan wang kertas riyal pada tahun 1961.

Ini kerana Raja terpesona menerbitkan wang kertas kerana lebih menguntungkan daripada mencetak koin-koin riyal perak (dirham) dan dinar. Isu yang pertama wang kertas yang berleluasa pada asalnya wujud atas dasar penipuan dan penyelewangan untuk menafikan peranan keseimbangan DnD, mencipta ilusi kekayaan diluar batasan, menganiaya orang/negara lain, memudahkan penjajahan hanya melalui peperangan dan sekatan ekonomi.

Namun kerana mereka memegang kuasa jajahan dan kemudahan penciptaan wang kertas, maka wang kertas tersebar luas walaupun berpaksikan penipuan dan penyelewengan. Wajarkah kita katakan transaksi penipuan, penyelewengan dan kewujudan wang kertas ini telah haram penggunaannya? Isu yang kedua setelah isu yang pertama telah kuat bertapak, atas dasar dharurat, penyelewengan wang kertas terus dilakukan oleh pemerintah dan hukum keatasnya dikenakan seperti mana emas dan perak oleh pemerintah Islam/Raja/penjajah yang menyeleweng ini dan wajib diikuti oleh semua rakyat/negara/pemerintah yang dijajah/diperintah secara rela paksa.

Bilamana rela paksa ini berterusan, lama kelamaan maka semua orang terbiasa walaupun membelakangkan hukum Islam yang terawal. Wajarkah kita gunakannya sebagaimana akujanji pemerintah dalam keterpaksaan? Wajarkah penyelewengan yang kedua ini kita letakkan hukum yang tertentu bilamana isu pokok kepada permasalahan yang pertama tidak diambil kira atau diselesaikan terlebih dahulu? Adakah wajar kita kembali kepada DnD untuk menyelesaikan isu kedua-dua diatas dalam kaedah penyelesaian? Adakah dengan menggunakan wang kertas pada hari ini kita terlepas dari hukum isu yang pertama dan perlukah kita menyokongnya? Adakah wang kertas masih bersifat numismatik dan wajar diqiaskan dengan hukum emas dan perak? Wajarkah kita mengurangkan semaksima mungkin penggunaan wang kertas?

Apakah usaha kita untuk keluar dari sistem penipuan dan penyelewengan ini? Wajarkah kita mengharuskan sesuatu yang telah haram untuk meringankan penggunaannya? Ini dah ada 2 hukum dalam 1 transaksi, adakah boleh diqiaskan dengan 2 transaksi dalam 1 akad? Haram kekal haram, riba kekal riba, jualbeli kekal jualbeli.Namun perlu berhati2 kerana semua itu boleh berlaku dalam 1 transaksi muamalat. Perkara yang mudah jangan dirumitkan, jika sesat pulang ke pangkal jalan… Keringanan hanya membuatkan kita terus lalai dan hilang usaha kita untuk terus berjuang memartabatkan Islam…

Kredit to :En Nazly Tahir
sumber :http://cari.gold/artikel/penipuan-terhebat-wang-kertas.html
 
Wall of texts.
Xlarat nk baca.

maybe bila post dlm ni..npk mcm meleret..tu pun byk yg sy cut..

sy cadangkan..saudara/i blh baca di sumber asal yg sy bg..siap ada gmbr..jd lbh menarik sikit..
 
baca jelah...saper suh masuk..:eek:

TT: good info..

bermanfaat kpd yg ingin mmbuka hati mngetahui kebenaran..mcm tuan..

tp yg tertutup hati..dan langsung tk nk tau..akan terus tertipu :(
 
sebenarnya, tuan punya post/artikel yang di copy paste nih ada dah saya baca di thread2 yang menjual emas. :) apepun, ok kot astrok ni.
 
kite semua pun hampir tahu yang wang kertas @ fiat ni sebearnya takde nilai.

tapi, dinar driham pun kite beli dengan wang kertas ni, harga dirham dinar kite katakan turun naik pun kerana wang kertas ni,

jadi kite kene kerja keras dalam sebarkan idealisme ini dan yang penting kite perlukan kuasa untuk jadikan mende ni lebih realistik.

just my 10 sen

 
bila wang kertas dah tak relevan untuk digunakan lagi (seperti yang ramai orang perkatakan).. waktu tu akan kembali pada emas dan perak / dinar dirham ..

- kalau dah sampai waktu tu, bagaimanakah cara untuk memiliki emas lagi?

- kalau tukarkan harta atau hasil ternakan/tanaman dengan emas, atau dibayar gaji/upah dengan emas satu ketika nanti, bererti emas sepatutnya tidak sama nilai dengan sesuatu kadar matawang macam yang sekarang ni? sebagai contoh 1gram = RM 180 bersamaan 52usd sebagai contoh.

- kalau 1gram = RM 180 bersamaan 52usd, akan datang kalau matawang USD jatuh, bagaimana perubahan yang berlaku pada 1gram = 52 usd tadi? apakah anggaran nilai yang berlaku pada waktu itu jika ditukarkan 1gram kepada USD? atau RM atau apa2 matawang lain sekalipun?

kesimpulannya emas tak boleh disamakan dengan nilai sesebuah matawang seperti yang berlaku sekarang.. emas sepatutnya jadi seperti sebagai contoh :-

- 10 dinar = seekor kambing
- 20 dinar = upah sebulan bekerja
- 200 dinar = nilai sebuah rumah

persoalannya, mengapa mesti 'emas'? apakah benar emas akan relevan untuk jangka masa panjang nanti? melihat kepada kejatuhan ekonomi dan diramalkan 2012 akan mencatatkan sejarah terburuk, syarikat2 besar tidak akan mampu meneruskan perniagaan kerana ekonomi sudah tidak stabil, supply melebihi demand, kehendak tidak akan mampu lagi dipenuhi oleh pengguna kerana kadar inflasi semakin meningkat, harga barang tidak akan mampu dikawal lagi, kos saraan hidup yang semakin tinggi dan membebankan akan menjadi punca kitaran ekonomi menjadi tidak stabil lagi dan ekonomi akan bertambah runcing dan dalam waktu kegawatan/darurat, waimal sehingga kekurangan bekalan makanan, ternakan mahupun tanaman, adakah emas masih relevan?

bukan ingin berhujah, tetapi emas yang sedang diperniagakan dan diperdagangkan lebih bermotifkan keuntungan dan kepentingan sesetengah pihak semata2 kerana emas tidak seharusnya berkeadaan seperti sekarang tetapi bagi aku ianya seharusnya berlaku seperti keadaan di atas kerana itulah cara yang dilakukan pada zaman terdahulu ketika wang kertas belum digunakan, dan yang seharusnya kita tekankan/fokuskan adalah supaya pemahaman tentang emas itu sampai pada tahap yang seharusnya bukan sekadar menjemput orang ramai sekadar menyimpan emas semata2 dan yakin dengan kesan yang akan berlaku terhadap emas pada masa akan datang.

kalau aku salah tolong huraikan semula sebagai langkah pencerahan mengenai emas untuk jangka masa akan datang kerana perubahan sistem ekonomi dan impak terhadap negara2 besar (kejatuhan dan pergolakan / peperangan) yang sedang berlaku pada masa kini, bukan seperti keadaan 5-10 tahun sebelum ini.
 
Back
Top
Log in Register