BTC USD 60,934.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Semua orang kena tipu

bila wang kertas dah tak relevan untuk digunakan lagi (seperti yang ramai orang perkatakan).. waktu tu akan kembali pada emas dan perak / dinar dirham ..

- kalau dah sampai waktu tu, bagaimanakah cara untuk memiliki emas lagi?

- kalau tukarkan harta atau hasil ternakan/tanaman dengan emas, atau dibayar gaji/upah dengan emas satu ketika nanti, bererti emas sepatutnya tidak sama nilai dengan sesuatu kadar matawang macam yang sekarang ni? sebagai contoh 1gram = RM 180 bersamaan 52usd sebagai contoh.

- kalau 1gram = RM 180 bersamaan 52usd, akan datang kalau matawang USD jatuh, bagaimana perubahan yang berlaku pada 1gram = 52 usd tadi? apakah anggaran nilai yang berlaku pada waktu itu jika ditukarkan 1gram kepada USD? atau RM atau apa2 matawang lain sekalipun?

kesimpulannya emas tak boleh disamakan dengan nilai sesebuah matawang seperti yang berlaku sekarang.. emas sepatutnya jadi seperti sebagai contoh :-

- 10 dinar = seekor kambing
- 20 dinar = upah sebulan bekerja
- 200 dinar = nilai sebuah rumah

persoalannya, mengapa mesti 'emas'? apakah benar emas akan relevan untuk jangka masa panjang nanti? melihat kepada kejatuhan ekonomi dan diramalkan 2012 akan mencatatkan sejarah terburuk, syarikat2 besar tidak akan mampu meneruskan perniagaan kerana ekonomi sudah tidak stabil, supply melebihi demand, kehendak tidak akan mampu lagi dipenuhi oleh pengguna kerana kadar inflasi semakin meningkat, harga barang tidak akan mampu dikawal lagi, kos saraan hidup yang semakin tinggi dan membebankan akan menjadi punca kitaran ekonomi menjadi tidak stabil lagi dan ekonomi akan bertambah runcing dan dalam waktu kegawatan/darurat, waimal sehingga kekurangan bekalan makanan, ternakan mahupun tanaman, adakah emas masih relevan?

bukan ingin berhujah, tetapi emas yang sedang diperniagakan dan diperdagangkan lebih bermotifkan keuntungan dan kepentingan sesetengah pihak semata2 kerana emas tidak seharusnya berkeadaan seperti sekarang tetapi bagi aku ianya seharusnya berlaku seperti keadaan di atas kerana itulah cara yang dilakukan pada zaman terdahulu ketika wang kertas belum digunakan, dan yang seharusnya kita tekankan/fokuskan adalah supaya pemahaman tentang emas itu sampai pada tahap yang seharusnya bukan sekadar menjemput orang ramai sekadar menyimpan emas semata2 dan yakin dengan kesan yang akan berlaku terhadap emas pada masa akan datang.

kalau aku salah tolong huraikan semula sebagai langkah pencerahan mengenai emas untuk jangka masa akan datang kerana perubahan sistem ekonomi dan impak terhadap negara2 besar (kejatuhan dan pergolakan / peperangan) yang sedang berlaku pada masa kini, bukan seperti keadaan 5-10 tahun sebelum ini.

betul, ni lah konsep sebenar peyimpanan emas.

10 dinar = 1 ekor kambing tu cam pelik sangat jer... biasanye 1 ekor kambing = 1 dinar :)


 
oh..hhehe

jadi bagaimana kite nak tentukan nilai emas yang sebenar?


dalam keadaan begini, nilai emas tu masih boleh ditentukan oleh pemilik emas/dinar itu, contoh kalau awak ada ternakan kambing, awak boleh jual pada saya atas kadar tertentu, tak semestinya orang lain jual kambing 1 dinar, awak kene ikut orang lain, awak boleh jual dengan nilai 10 dirham + 5 ekor ayam sebagai contoh. sebab nilaian dia tu boleh diubah2 mengikut kesesuaian kehendak awak sebagai penjual kambing tadi.. dan tak mustahil ada yang akan menjual kambing dengan nilai 2 dinar tapi kalau ikut logik, susah la dia nak dapat pembeli sebab ada yang masih terima 10 dirham + 5 ekor ayam. dan ayam tu mungkin hanya dibeli dengan 10 dirham untuk seekor. ini hanya pengiraan bayangan, pengiraan sebenar kita akan lihat dengan jelas bila dah tiba waktunya. cara2 untuk mendapatkan emas? seperti yang saya dah terangkan dalam post sebelum ni.. dimana emas boleh ditukarkan dengan hasil tanaman, ternakan, bayaran upah/gaji.. so kitaran dia akan tetap berlaku dengan stabil.. panjang kalau nak diceritakan secara detail..

mengikut kajian para manusia, emas yang ada dalam bumi terhasil dari bintang, dia panggil 'stardust' (aku tak sure macam mana proses penghasilan secara semulajadi semua nya kuasa Allah dan mungkin 'stardust' itu hanya asbab). so kalau ikut logik akal, emas takkan habis sampai lah bintang takde lagi di dunia dalam erti kata lain, kiamat wallahua'lam. kalau PERAK saya tak pasti bagaimana hasil semulajadi perak tu akan dikekalkan seperti apa yang berlaku kepada emas.

jadi, sesuailah dijadikan emas sebagai nilai matawang nnt kerana bekalannya boleh kita kata unlimited tetapi perlu berusaha secara keras untuk mendapatkannya..
 
persoalannya adakah akan berlaku seperti bayangan yang kita lihat?

memang menarik kalau membayangkannya tapi dalam keadaan secara global nya adakah kesinambungan ekonomi mampu bergerak seiring? bila negara2 besar mengejar kemajuan dan teknologi, bagaimana untuk menjadikan emas itu seiring dan sejalan? kalau masuk bab ekonomi global, memang kena bentang keras kerja yang tebal dan terperinci kalau subject 'future instruments' dibentangkan..

yang penting keseimbangannya dan kerelevanannya dengan keadaan pada waktu itu..
 
dalam keadaan begini, nilai emas tu masih boleh ditentukan oleh pemilik emas/dinar itu, contoh kalau awak ada ternakan kambing, awak boleh jual pada saya atas kadar tertentu, tak semestinya orang lain jual kambing 1 dinar, awak kene ikut orang lain, awak boleh jual dengan nilai 10 dirham + 5 ekor ayam sebagai contoh. sebab nilaian dia tu boleh diubah2 mengikut kesesuaian kehendak awak sebagai penjual kambing tadi.. dan tak mustahil ada yang akan menjual kambing dengan nilai 2 dinar tapi kalau ikut logik, susah la dia nak dapat pembeli sebab ada yang masih terima 10 dirham + 5 ekor ayam. dan ayam tu mungkin hanya dibeli dengan 10 dirham untuk seekor. ini hanya pengiraan bayangan, pengiraan sebenar kita akan lihat dengan jelas bila dah tiba waktunya. cara2 untuk mendapatkan emas? seperti yang saya dah terangkan dalam post sebelum ni.. dimana emas boleh ditukarkan dengan hasil tanaman, ternakan, bayaran upah/gaji.. so kitaran dia akan tetap berlaku dengan stabil.. panjang kalau nak diceritakan secara detail..

mengikut kajian para manusia, emas yang ada dalam bumi terhasil dari bintang, dia panggil 'stardust' (aku tak sure macam mana proses penghasilan secara semulajadi semua nya kuasa Allah dan mungkin 'stardust' itu hanya asbab). so kalau ikut logik akal, emas takkan habis sampai lah bintang takde lagi di dunia dalam erti kata lain, kiamat wallahua'lam. kalau PERAK saya tak pasti bagaimana hasil semulajadi perak tu akan dikekalkan seperti apa yang berlaku kepada emas.

jadi, sesuailah dijadikan emas sebagai nilai matawang nnt kerana bekalannya boleh kita kata unlimited tetapi perlu berusaha secara keras untuk mendapatkannya..

jadi harga emas boleh ditentukan ditentukan sendiri. Yup, memang akan sentiasa berharga kerana Allah S.W.T telah jadikan itu sebagai fitrah manusia

 
persoalannya adakah akan berlaku seperti bayangan yang kita lihat?

memang menarik kalau membayangkannya tapi dalam keadaan secara global nya adakah kesinambungan ekonomi mampu bergerak seiring? bila negara2 besar mengejar kemajuan dan teknologi, bagaimana untuk menjadikan emas itu seiring dan sejalan? kalau masuk bab ekonomi global, memang kena bentang keras kerja yang tebal kalau subject 'future instruments' dibentangkan..

yup, kalo dunia global inginkan semula emas dijadakan matawang asas mesti perlukan kajian yang mendalam terutamanya sejarah pernggunaan emas.

 
jadi harga emas boleh ditentukan ditentukan sendiri. Yup, memang akan sentiasa berharga kerana Allah S.W.T telah jadikan itu sebagai fitrah manusia


dia sebenarnya bukan emas je.. kalau awak ada pisang 10 tandan, saya tukar dengan ayam 5 ekor, atau kalau saya orang kaya ada banyak dinar saya beri ayam 3 ekor dan 5 dirham.. keadaan dia akan berubah mengikut keseimbangan penawaran dan permintaan dan mendatangkan keuntungan yang adil pada dua2 pihak.. tapi sekiranya keadaan penawaran dan permintaan secara global? ..

we will see soon.. if gold and silver really happens like most people were saying.. and wish i could believe every facts remains true ..
 

yup, kalo dunia global inginkan semula emas dijadakan matawang asas mesti perlukan kajian yang mendalam terutamanya sejarah pernggunaan emas.


setuju .. porfolio management dia mesti ~X(
 
habis juga aku baca. thanks tt..
 
Back
Top
Log in Register