BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SEMUA MLM scam / haram???????

tu kene buka thread tajuk lain la sedari...ni kat thread yg spesefik untuk MLM yg dikatakan haram? so dah tentu hanya tertumpu kearah itu...kalau tak nanti org lain ckp off topik...xgitu?:D

ok la. nnti sy cuba buat satu thread untuk itu.

sy cuma terpanggil membuat kenyataan tu sebab wujudnya golongan2 yg sgt obses tuk menghukum halal haram sesuatu perkara sedangkan mereka sendri xhabis2 menabur fitnah. itu sahaja. seharusnya perkara tersebut difahami dan didalami sebelum hukum dijatuhkan.

kalau benar masing2 cukup sempurna, cukup beriman, cukup tinggi ilmu agama, mengapa tidak menjaga segala perlakuan dan tingkah laku sewajarnya menurut Islam?

ilmu agama sy tidak tinggi, akhlak sy tidak sempurna, tp sy tidak sanggup membuat fitnah seperti anda yg lebih tinggi ilmu agama dr saya.

bila diajak bermuzakarah, tiada yg mahu tampil. semua nya mahu membuat spekulasi. kita boleh bermuzakarah. anda dtgkan bukti anda n kami dtg kan bukti kami. bukan kah senang begitu? adakah anda begitu sibuk smpai tiada masa untuk menyelamatkan diri anda dr membuat fitnah yg bukan2? bukan kah anda semua mahu menegakkan yg benar, mahu menyelamatkan umat Islam, mahu menyokong keadilan? sy rs jika anda betul2 ikhlas dgn perjuangan anda, masa/tenaga/duit bukan satu masalah untuk anda dtg bermuzakarah dgn kami, bukan? jika anda betul2 ikhlas lah. atau sy tidak tahu, jika sebaliknya?

fikir2kan lah. sy tidak memaksa. sy rs da berkali2 jemputan muzakarah diajukan. tetapi tiada siapa yg berani tampil.
 
biarkan je...x guna bertekak ng org yg x berminat...yg pntg kita tau apa yg buat...depa x minat xpela..

keep up the good work,ok:D

thanks. memang rs buang masa je sbnya bertekak dgn depa ni. pong pang pndai. ajak jumpa xmau. kalau dey all still dlm dunia sndri, sy ignore jela lepas ni. cuma terpanggil dgn bro encikz punya view yg best n mantap. tu yg nak posting skali :D
 
ok la. nnti sy cuba buat satu thread untuk itu.

sy cuma terpanggil membuat kenyataan tu sebab wujudnya golongan2 yg sgt obses tuk menghukum halal haram sesuatu perkara sedangkan mereka sendri xhabis2 menabur fitnah. itu sahaja. seharusnya perkara tersebut difahami dan didalami sebelum hukum dijatuhkan.

kalau benar masing2 cukup sempurna, cukup beriman, cukup tinggi ilmu agama, mengapa tidak menjaga segala perlakuan dan tingkah laku sewajarnya menurut Islam?

ilmu agama sy tidak tinggi, akhlak sy tidak sempurna, tp sy tidak sanggup membuat fitnah seperti anda yg lebih tinggi ilmu agama dr saya.

bila diajak bermuzakarah, tiada yg mahu tampil. semua nya mahu membuat spekulasi. kita boleh bermuzakarah. anda dtgkan bukti anda n kami dtg kan bukti kami. bukan kah senang begitu? adakah anda begitu sibuk smpai tiada masa untuk menyelamatkan diri anda dr membuat fitnah yg bukan2? bukan kah anda semua mahu menegakkan yg benar, mahu menyelamatkan umat Islam, mahu menyokong keadilan? sy rs jika anda betul2 ikhlas dgn perjuangan anda, masa/tenaga/duit bukan satu masalah untuk anda dtg bermuzakarah dgn kami, bukan? jika anda betul2 ikhlas lah. atau sy tidak tahu, jika sebaliknya?

fikir2kan lah. sy tidak memaksa. sy rs da berkali2 jemputan muzakarah diajukan. tetapi tiada siapa yg berani tampil.

Kepada umat Islam, saya ingin menyampaikan apa yang telah terlebih dahulu disampaikan oleh seorang "Islamic Scholar" yang pastinya lebih arif daripada kebanyakan kita dalam bidang sebegini. Berikut adalah terjemahan "statement" daripada Shaykh 'Abdul-'Azeez Ibn 'Abdullaah Aal ash-Shaykh, Mufti Besar negara Arab Saudi:

Terjemahan:

Sejenis perniagaan yang berdasarkan skim piramid - atau yang selalu dipanggil sebagai "multi-level marketing" - adalah HARAM. Objektif sebenar sistem perniagaan tersebut adalah untuk mendapatkan komisen yang diperolehi dengan menaja ahli baru ke dalam sesebuah syarikat, dan bukannya untuk mendapat keuntungan daripada penjualan produk itu sendiri. Ada masanya komisen itu mencecah puluhan ribu riyal, sedangkan jualan produk kemungkinan hanya beberapa ratus riyal sahaja. Sesiapa sahaja yang waras jika diberi peluang seperti skim ini akan secara logiknya akan cenderung kepada pencarian komisen tersebut.

Itu sebabnya syarikat yang seperti ini, bila melakukan promosi syarikat, sangat cenderung kepada menjanjikan komisen yang sangat besar yang akan mereka berikan kepada ahli yang akan menyertai skim mereka. Mereka menarik pelanggan dengan janji keuntungan yang berlipat-ganda dengan modal asal yang kecil, yang mana ia selalunya dipanggil sebagai "harga produk". Walau bagaimana pun, produk tersebut hanyalah topeng untuk mendapatkan komisen dan keuntungan daripada komisen tersebut.

Jika ini adalah ciri asas perniagaan tersebut, dalam Islam, hukumnya adalah haram. Sebab jatuh keharamannya adalah:
1. Ia melibatkan 2 jenis riba':
a. Riba' al-Fadl, riba yang terhasil daripada pertukaran satu-ke-satu (like for like) dalam keadaan yang tak sama (unequal).
b. Riba' an-Nasiah, riba' yang dibayar sebagai pengganti hutang.

Ahli akan membayar jumlah wang yang kecil pada masa ini, untuk mendapatkan jumlah yang lebih besar di masa akan datang sebagai penggantinya. Ini pada dasarnya adalah pertukaran satu jumlah wang dengan satu jumlah wang lain yang lebih besar, dalam masa tertentu. Ini adalah riba', seperti yang termaktub dalam kitab dan dipersetujui oleh semua ulama'.

Produk jualan syarikat hanyalah preteks (topeng) untuk melakukan pertukaran yang sebenarnya berlaku. Produk ini tidak dimaksudkan kepada dan daripada ianya sendiri, dan dengan demikian tidak menjejaskan apa-apa dalam masalah dalam hukum keharaman ini.

2. Ianya melibatkan perniagaan yang gharar (transactional uncertainty).
Sifat gharar ini terhasil daripada keadaan di mana, ahli tersebut tidak mengetahui sama ada dia akan dapat atau tidak, jumlah tajaan yang dia perlukan untuk mendapatkan komisen itu. Skim piramid sebegini, tidak kira berapa lama ianya boleh bertahan, akhirnya akan berakhir juga. Ahli yang menyertai skim tidak tahu di mana level yang dia akan masuk, sama ada di peringkat atas yang mana keuntungan adalah besar atau di peringkat bawah yang mana dia akan rugi.

Pada hakikatnya, majoriti ahli akan mengalami kerugian dan hanya sedikit sahaja yang akan untung. Jadi, kemungkinan kerugian dalam skim sebegini adalah lebih ketara, dan inilah yang dimaksudkan sebagai gharar. Dalam kes sebegini, terdapat ketakpastian dalam dua kemungkinan, di mana kemungkinan yang lebih pasti adalah yang lebih buruk (iaitu kadar yang kerugian melebihi kadar yang untung).

Nabi Muhammad S.A.W. menegah terhadap perniagaan gharar, yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah yang berkata: "Rasulullah S.A.W. menegah perniagaan yang melibatkan membaling batu (judi) dan perniagaan yang melibatkan ketaktentuan (gharar)." (Sahih Muslim).

3. Ianya melibatkan pengambilan wang orang lain secara muslihat.
Pada hakikatnya, yang untung hanyalah syarikat dan mereka-mereka yang menghasut orang lain untuk menyertai skim, dengan cara muslihat, supaya ahli menyerahkan wang kepada syarikat tersebut.

Firman Allah (maksudnya): "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan harta di kalangan kamu dengan cara penipuan." (Surah an-Nisa': 29).

4. Ia melibatkan penipuan dan pecah-amanah.
Syarikat menipu orang-ramai dengan menampirkan produk sebagai perniagaan sedangkan penjualan produk bukanlah tujuan utama perniagaan. Ia juga melakukan penipuan dengan menjanjikan komisen yang besar kepada prospek, bila mana komisen yang besar seperti itu tidak akan dapat dicapai oleh kebanyakan ahli. Ini adalah penipuan yang sah haram.

Nabi S.A.W. bersabda: "Seorang yang menipu kita bukanlah dari kalangan kita." (Sahih Muslim).

Aturan perniagaan sebegini tidak boleh dianggap sebagai penjanjian perantaraan (brokerage agreement). Seorang broker menerima komisen untuk jualan produk yang hakiki, sementara tiada produk sebenarnya di jual di sini. Pada dasarnya, ahli dalam sesuatu perniagaan "multi-level marketing" sebenarnya membayar untuk mendapat hak penjualan produk tersebut.

Juga, dalam kontrak broker, tujuan asal di sebalik perjanjian adalah untuk menjual produk, sedangkan dalam MLM, tujuannya pula adalah untuk menjual keahlian dan bukan produk itu sendiri. Itulah sebabnya seorang ahli MLM bersungguh-sungguh mencari ahli, yang akan seterusnya mencari ahli lagi, dan seterusnya mencari lagi tanpa henti (ad infinitum). Dalam perjanjian broker, sebaliknya, broker tersebut akan mencari pasaran kepada pembeli yang benar-benar mahu membelinya.

Komisen ini juga, tidak boleh dianggap sebagai hadiah atau bonus. Walaupun jika kita klasifikasikan komisen ini sebagai hadiah, Islam akan meletakkannya sebagai hadiah yang haram (rasuah). Tidak semua hadiah dibenarkan dalam syariah. Sebagai contoh, hadiah daripada yang berhutang kepada yang memberi hutang adalah sejenis riba'.

Itulah sebabnya 'Abd Allah B. Salam, sahabat Rasulullah, berkata kepada Abu Bardah: "Engkau berada di negara di mana pengunaan riba' itu meluas. Jadi, jika seseorang itu berhutang dengan kamu dan memberi kamu hadiah, seperti seberkas rumput, sebeban barli, atau selonggok makanan - maka itu adalah riba'."

Sesuatu hadiah mengambil sebab di sebalik kenapa ianya diberi. Atas sebab ini, apabila seorang pengutip zakat datang kepada Nabi (S.A.W.) dan berkata: "Ini adalah untuk mu dan inilah apa yang diberikan kepada ku sebagai hadiah." Nabi (S.A.W) membalas terhadap ini dengan bersabda: "Jikalau kamu sedang duduk di rumah dengan ibu dan bapa mu, adakah dia akan datang kepada mu untuk memberikan kamu hadiah itu?" (Sahih Bukhari dan Sahih Muslim).

Komisen yang diberi oleh syarikat dalam sesuatu skim piramid hanya di beri di atas sebab keahlian. Jadi, tidak kira apa nama yang kita pilih untuknya, ianya tidak akan mempengaruhi apa ia sebenarnya dan apakah hukum yang dijatuhkan.


Daripada:
Jawatankuasa Tetap Untuk Kajian Dan Fatwa Arab Saudi.
Pengerusi: Shaykh 'Abdul-'Azeez Ibn 'Abdullaah Aal ash-Shaykh.
apa komen sedari?
 
tygjhghj.jpg

apa pendpat pendukung2 MLM
 
dalam sistem piramid, sesiapa sahaja yg berada dia atas akan mendapat hasil dr org di bawah walaupun dia tiada usaha untuk mendapatkan pendapatan tersebut. tidak perlu pairing, tidak perlu manage downline untuk mendapatkan pendapatan tu. setiap yg join, walaupun bukan individu tersebut yg sponsor, beliau masih akan mendapat duit dr org bawah. so di sini jelas lah haram kerana melibatkan ketidak adilan di mana org yg mendapat income tersebut tidak mempunyai kaitan dengan org2 yg join di bawah. dan beliau sebenarnya tidak berhak untuk mendapat duit tersebut.

dan disebabkan itu, di dalam kebanyakkan MLM yg genuine mempunyai beberapa syarat supaya tidak jatuh dalam kategori skim piramid/ money game. terdapat beberapa syarat yg harus dipenuhi. dalam situasi ini sy berikan contoh si A dan si B. katakan si A telah join awal. then si B join 2 level bawah si A. si B kerja lebih keras dr si A yg dah join awal td. then he was promoted as director- atas usahanya- xkesah from sales- or managing downlines. n si A ni masih belum menjadi director, walaupun dia join awal. so si A ni td, pendapatan nya di hadkan, dia tidak boleh menerima pendapatan lebih drpd yg ditetapkan, unless dia berusaha jugak untuk capai tahap2 tertentu di dalam syarikat. kalau dalam skim piramid, setiap upline akan mendapat pendapatan dr downline tanpa mengira had. di dalam MLM yg genuine, pembayaran bonus/ komisen diberi berdasarkan kecekapan pengurusan seseorang leader di dalam team2 nye.

sy bg contoh. katakan branch manager kedai printing menjaga cawangan di lokasi yg lain. owner syarikat tersebut menawarkan stiap keuntungan dari sales, owner ini akan dapat 30% dr sales tersebut. branch manager akan dapat 15% dan sekiranya pekerja2 di cawangan baru tersebut dapat job secara freelance, dia akan diberi harga agen di mana mgkin harga jualan printing product tu dikurangkan dr keuntungan yg owner ni dapat, mgkin owner akan dapat 25%, branch manager 15% dan pekerja td 5% (ini contoh secara rambang). so di dalam real genuine MLM ini ialah konsep yg diguna pakai- iaitu profit sharing bersama company- di atas penghargaan untuk sales yang masuk. each of MLM distributor ialah owner company, di mana dia perlu mencapai certain2 target every month, dan akan mendapat keuntungan dr jualan org di bawah nya- dengan syarat- distributor itu sndri harus menyelia org bawahan nya supaya sales berjalan setiap bulan- dan ini tiada beza dgn other conventional bisnes yg lain.
 
Tapi realitinya dan teknikalnya, memang top layer akan sapu semua, itu pemerhatian saya, sebab top layer yg control situation, knowledge as well as the tricks
 
Banyak MLM sekarang ni more kepada mencari orang rather than menjual barangan. So top layer akan membuat function tertentu dan mengajak downline membawa ahli baru, dan mengajak donline yg baru supaya membawa lebih ramai ahli baru...
 
haaa...nmpknya en shahreelamri kita dh bg jawapan yg tepat;) MLM yg bertopengkan produk yg sebenarnya tak wujud adalah haram...MLM yg menggandakan harga produk berlipat ganda dN jauh lebih tinggi dr harga market luar semata-mata kerna nk membayar ahli adalah haram. Jd sedar lh bahwa yg haram adalah MLM yg disebutkan d atas...bukannya semua MLM;) lg satu,bila berckp tntg bisnes,mcm mana pun akan wujud manusia yg mengexplotasikan sesuatu bisnes itu utk kepentngan sndri...ini juga adalah haram..sbg contoh,bengkel keta repair keta kata brg ori,padahal guna brg tiruan..kita byr utk brg ori...contoh lg,driver taxi makab harga lebih dr tourist2 yg dtg Malaysia..dr spatutnye rm20 jd rm50 dsbgainya...contoh lg,ejen pembantu rumah mintk byr smpai rm7k utk seorg pembantu rumah,dgn syarat selepas 3 bulan xleh claim balik duit...so,lps 3 bulan,ejen ni suruh indon2 ni lari dr rumah majikan...majikan xleh claim,ejen senang2 dpt duit..****toh lg,jual keta 2nd hand ckp keta ni elok lg,acc free,tiptop condition..padahal keta potong,keta banjir dsbgainye...begitu jga dgn MLM,ade yg mintk join smpai beribu ringgit,padahal MLM yg sbnarnye x setinggi tu pun nk join...bila org join smpai beribu ringgit,dgn si pembeli x gunakn pun produk tu,lebih kpd nk naik pangkat cepat2...pun salah! bukan salah sistem,tp manusia yg salah gunakan akal pemberian tuhan...ingatlh tuan puan,hukum Allah ni sgt2 perlu dkaji sblm ditetapkan halal haram...ini melibatkan dosa tuan puan sndri...mcm sy ckp sblm ni,jom lh bermuzakarah utk sama2 tentukan...lebih baik bgitu;)
 
myMetro Soal Jawab Agama Anda Musykil Dr Mashitah Jawab
Hukum sertai perniagaan MLM


ASSALAMUALAIKUM. Saya pernah menyertai program Multi Level Marketing (MLM) sejak Oktober tahun lalu. Tetapi baru-baru ini saya dimaklumkan program itu ditutup sehingga merugikan ramai orang terutamanya yang baru menyertainya.

Saya mendapat keuntungan kira-kira RM30 hingga RM60 melalui kemasukan ahli baru dan sehingga kini saya memperoleh kira-kira RM6,000.
Namun, apa yang memusykilkan saya, adakah saya seolah-olah makan hasil usaha orang lain tanpa berbuat apa-apa sebaliknya hanya tunggu dan lihat.

Adakah wang yang diperoleh tanpa sebarang usaha dianggap haram? Sehingga kini saya tidak pernah menggunakan wang berkenaan kerana khuatir ia dikira haram.


Jika benar wang itu haram, bagaimana harus saya pulangkan wang itu semula? Adakah saya boleh menggunakannya jika ia tidak dikategorikan sebagai haram?



KASSIM


Semoga Allah memberkati hidup saudara yang mahu mencari rezeki yang halal. Perniagaan berasaskan MLM dan sebagainya adalah harus dengan syarat ia tidak mengandungi unsur-unsur judi, penipuan, unsur penindasan, riba dan terdapat akad jual beli.

Panel Kajian Syariah Jakim mendapati bahawa konsep, struktur dan undang-undang Perniagaan MLM yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam yang diputuskan dalam Muzakarah Fatwa Ulama pada Februari 2004.

Islam menetapkan bahawa setiap urusan jual beli mestilah bersih daripada unsur- unsur perbuatan penipuan, merampas, khianat, riba, judi, rasuah, mencuri dan putar belit. Perniagaan dianggap halal sekiranya tiada unsur-unsur yang dinyatakan di atas.

Keuntungan yang diperoleh adalah daripada hasil usaha yang setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.

Jika hati saudara sendiri berasa tidak tenteram, maka sedekahkan wang itu atau gunakan ke arah kebajikan. Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda: “Kebaikan ialah apa yang menenangkan hatimu dan keburukan ialah apa yang menimbulkan keresahan di hatimu”.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Kongsi Artikel | * Facebook * MySpace * Google * Twitter


Dipetik dr Harian Metro...Mcm mana? masih dgn pendirian tuan puan mengatakan SEMUA MLM adalah haram? Ingat,jgn lh sesuka hati kita menjatuhkan halal atau haramnya sesuatu itu melainkan ianya betul2 jelas...Salam..
 
Back
Top
Log in Register