BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SEMUA MLM scam / haram???????

Perkara ni kalau nak sembang di sini mmg sampai bila tak habis sbb ada yg terlalu cerdik sampai dari satu sumber online saja dah boleh buat ijtihad dan declare terus haram tanpa kaji bentuk operasi setiap satu bisnes yang dijalankan. Asalkan ada bentuk mlm terus dah boleh buat hukum. Kadang2 ada jugak tengok soalan yang dikemukakan amat general tapi bila jatuh hukum terus jadi spesifik kepada sesuatu bentuk perniagaan yang dibuat. Ambik contoh program training dari Indonesia tu yg dijatuhkan hukum haram oleh Mufti WP tapi masih ada khilaf di kalangan Majlis Agama Islam negeri lain. Pandai2 lah menjaga diri dan keluarga serta saudara islam yang lain, jangan sampai ujud sifat riak dalam menjatuh hukum hakam ni. Begitu juga saya pernah baca satu soalan tentang hukum program tarikh lahir, sedara yang bagi jawapan pun terus jawab haram tanpa mengkaji iskandung program tersebut (Sori, saya pun tak pernah pi pun program tu)tapi buatlah kajian sebenar, tiba2 terus jatuh hukum haram. Boleh memesongkan fakta dan mengelirukan sesama kita. Yang terang2 haram tak ramai pulak nak perjuangkan!!!
 
bagi aku MLM tak haram
tapi orang nak ajak aku ari tu
buat kerja haram... aku kena tipu
memang haram... haram jadah..
kui2 padan muka aku
 
betul tu bro...kalau beli toto dan magnum tu haram tapi ramai jugak yang dok beraur berjam-jam nak beli no
 
biasa lh..kdg2 seseorg tu perjuangkan sesuatu tu bersebab(dendam,dengki,jeles,dsbgainye...)...jd dgn sng mereka ni berselindung dgn atas nama islamic...wallahualam..cumanyer,klau btul2 nk menolong bangsa dan agama kita,tunjukkn contoh yg baik dulu...mcm mane org nk percaya dgn fakta2 yg dikeluarkan oleh seseorg yg bahasanya sndri melambangkan peribadinya...

p/s: forum carigold ni sdg dsiasat oleh pihak berkuasa bg memastikan kandungannya tidak melibatkan menjatuhkan martabat org lain....maka,lebih baik kita berbincng dgn tertib Dan bukan dgn mencaci dan mengutuk org lain...harap maklum..
 
bagi aku MLM tak haram
tapi orang nak ajak aku ari tu
buat kerja haram... aku kena tipu
memang haram... haram jadah..
kui2 padan muka aku

Dugaan tu...klau boleh,kaji sebetul2 nya latar blkng company,produk,dan sistem plan pemasarannya....jgn layan dgn ahli2 MLM yg suka memaksa2...akad pembelian dlm paksaan pun dikira x sah,maka haram lh jdnyer nnti....hati2;)
 
ok lah rumusan dia saper2 yg dah join MLM tu jgn ler ajak org dah....yang betul nyer jual lah produk2 MLM korang yang power2 tu kat hospital2....nanti pesakit2 kat sana tu tak yah makan ubat2an dah....

ada saper yg setuju ker?
 
bile ade penipuan haram lh jd ye kut...
 
hehehe...mmg klau ada penipuan,haram lh jdnyer...bukan dlm MLM jek,dlm semua biz pun sama;)
Dan bila tiada penipuan,jgn pula nk haramkan yea? ;)
 
Perkara ni kalau nak sembang di sini mmg sampai bila tak habis sbb ada yg terlalu cerdik sampai dari satu sumber online saja dah boleh buat ijtihad dan declare terus haram tanpa kaji bentuk operasi setiap satu bisnes yang dijalankan. Asalkan ada bentuk mlm terus dah boleh buat hukum. Kadang2 ada jugak tengok soalan yang dikemukakan amat general tapi bila jatuh hukum terus jadi spesifik kepada sesuatu bentuk perniagaan yang dibuat. Ambik contoh program training dari Indonesia tu yg dijatuhkan hukum haram oleh Mufti WP tapi masih ada khilaf di kalangan Majlis Agama Islam negeri lain. Pandai2 lah menjaga diri dan keluarga serta saudara islam yang lain, jangan sampai ujud sifat riak dalam menjatuh hukum hakam ni. Begitu juga saya pernah baca satu soalan tentang hukum program tarikh lahir, sedara yang bagi jawapan pun terus jawab haram tanpa mengkaji iskandung program tersebut (Sori, saya pun tak pernah pi pun program tu)tapi buatlah kajian sebenar, tiba2 terus jatuh hukum haram. Boleh memesongkan fakta dan mengelirukan sesama kita. Yang terang2 haram tak ramai pulak nak perjuangkan!!!

agree with u. sbb tu mlas nak argue with all thse people. we ll go with those who wanna go n leave behind those who cant accept. after all syarikat xrugi apa2 with just few rejections :)paid

mcm si aidid suka2 menjatuhkan hukum/memfitnah org. da jatuh hukum haram. tp xde sapa nak pertikaikan :-?. begitulah manusia
 
tak perlu kita nk pertikaikan lg...kita semua dh nmpk dgn jelas,btul ataupun tidak apa yg diperkatakan...xpe,skrg mmg dh wujud pihak yg akan siasat blog2 yg berunsur fitnah,mengutuk dan sbgainye...

Oleh NURUL AIN HUSSAIN, mStar Online

Tindakan hanya akan diambil ke atas penulis blog sekiranya ada aduan dibuat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi tidak dapat berbuat apa-apa*jika tiada*laporan*dibuat terhadap penyebaran artikel berunsur fitnah yang mengancam kestabilan negara.

Demikian komen Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meminta penulis blog dinegara ini berhenti membuat spekulasi dan menyebarkan khabar angin baru-baru ini.

Jelasnya, SKMM tidak akan menyekat kebebasan mana-mana penulis blog untuk menyuarakan pendapat mereka selagi tidak menimbulkan fitnah yang mengugat kestabilan negara.

“SKMM hanya akan bertindak bila ada laporan dibuat terhadap blogger yang menyiarkan artikel berunsur fitnah, lucah*dan perkara yang menyalahi undang-undang di negara ini,” kata Shaziman ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Katanya lagi,*mustahil untuk SKMM memantau jumlah laman web yang banyak di negara ini.

“Terdapat kira-kira 63,000 laman web yang didaftarkan di bawah dot.my dan*mustahil* kami dapat memantau kesemua laman web tersebut,” katanya yang ahli Parlimen Tampin.

“Namun SKMM ada peruntukan dan undang-undang yang boleh dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah dalam perkara ini.

Jelasnya, jika seseorang itu didapati bersalah kerana menyiar dan menyebarkan artikel yang menyalahi undang-undang boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 211.(2) AKM 98.

Di bawah seksyen tersebut, seseorang yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara tidak lebih daripada setahun atau kedua-duanya sekali.

“Saya harap mereka (penulis blog) bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis. Mereka juga perlu memastikan sumber dan kesahihan maklumat yang diperoleh sebelum memaparkannya di laman web,”kata Shaziman.

Beliau menasihatkan pelayar internet di negara ini supaya bijak menilai kesahihan maklumat yang diterima dan tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang berunsur spekulasi dan fitnah.

“Orang ramai perlu bijak menilai kesahihan maklumat yang dibaca dan jangan percaya bulat-bulat sebelum memastikan kesahihannya,” katanya yang juga ahli Parlimen* Tampin.

“Jika ada keraguan yang timbul dalam artikel yang dibaca, saya sarankan mereka melaporkan kepada SKMM. Kami akan mengambil tindakan yang selanjutnya,” kata Shaziman.

Hari ini sebuah akhbar menyiarakan komen beberapa ahli politik berkenaan saranan Perdana Menteri itu.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn, Pengerusi Akademi Belia, Datuk Saifuddin Abdullah dan penulis blog Sang Kelembai, Zaharin Mohd Yasin meminta kerajaan mengambil tindakan tegas untuk mengelak fitnah tersebut dariapda berterusan.

Isnin lalu Pedana Menteri Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu penulis blog menghentikan perbuatan membuat spekulasi dan menyebarkan khabar angin kerana perkara itu merupakan antara faktor yang membawa kepada ketidakstabilan politik negara.

"Saya minta penulis blog hentikan semua ini kerana mereka juga bertanggungjawab bagi apa yang berlaku. Jalan terbaik yang mereka dapat lakukan ialah hentikan semua ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan beberapa perbincangan dua hala sempena Sidang Kemuncak Ke-6 Ketua-ketua Kerajaan D-8.

Perdana Menteri berkata beliau sedar ada rakyat yang sudah muak dengan permainan politik yang sedang berlaku dalam negara dan berjanji akan memberikan perhatian untuk memenuhi keperluan rakyat.

"Fitnah sudah kian bermaharajalela. Salah atau benar sudah tidak diambil kisah," kata Abdullah.

disunting dr mstar online 2008...
p/s: disini diingatkan bahawa tlg lh jga tutur kata dan kandungan blog tuan puan...nnti kerana secebis nukilan berunsur fitnah,berat padahnya...company2 based dr US juga akan membantu utk membanteras dan menjaga nama baik company...(phm2 je la company US,asal ade salah je,saman juta2....)
 
Back
Top
Log in Register