dalam sistem piramid, sesiapa sahaja yg berada dia atas akan mendapat hasil dr org di bawah walaupun dia tiada usaha untuk mendapatkan pendapatan tersebut. tidak perlu pairing, tidak perlu manage downline untuk mendapatkan pendapatan tu. setiap yg join, walaupun bukan individu tersebut yg sponsor, beliau masih akan mendapat duit dr org bawah. so di sini jelas lah haram kerana melibatkan ketidak adilan di mana org yg mendapat income tersebut tidak mempunyai kaitan dengan org2 yg join di bawah. dan beliau sebenarnya tidak berhak untuk mendapat duit tersebut.
dan disebabkan itu, di dalam kebanyakkan MLM yg genuine mempunyai beberapa syarat supaya tidak jatuh dalam kategori skim piramid/ money game. terdapat beberapa syarat yg harus dipenuhi. dalam situasi ini sy berikan contoh si A dan si B. katakan si A telah join awal. then si B join 2 level bawah si A. si B kerja lebih keras dr si A yg dah join awal td. then he was promoted as director- atas usahanya- xkesah from sales- or managing downlines. n si A ni masih belum menjadi director, walaupun dia join awal. so si A ni td, pendapatan nya di hadkan, dia tidak boleh menerima pendapatan lebih drpd yg ditetapkan, unless dia berusaha jugak untuk capai tahap2 tertentu di dalam syarikat. kalau dalam skim piramid, setiap upline akan mendapat pendapatan dr downline tanpa mengira had. di dalam MLM yg genuine, pembayaran bonus/ komisen diberi berdasarkan kecekapan pengurusan seseorang leader di dalam team2 nye.
sy bg contoh. katakan branch manager kedai printing menjaga cawangan di lokasi yg lain. owner syarikat tersebut menawarkan stiap keuntungan dari sales, owner ini akan dapat 30% dr sales tersebut. branch manager akan dapat 15% dan sekiranya pekerja2 di cawangan baru tersebut dapat job secara freelance, dia akan diberi harga agen di mana mgkin harga jualan printing product tu dikurangkan dr keuntungan yg owner ni dapat, mgkin owner akan dapat 25%, branch manager 15% dan pekerja td 5% (ini contoh secara rambang). so di dalam real genuine MLM ini ialah konsep yg diguna pakai- iaitu profit sharing bersama company- di atas penghargaan untuk sales yang masuk. each of MLM distributor ialah owner company, di mana dia perlu mencapai certain2 target every month, dan akan mendapat keuntungan dr jualan org di bawah nya- dengan syarat- distributor itu sndri harus menyelia org bawahan nya supaya sales berjalan setiap bulan- dan ini tiada beza dgn other conventional bisnes yg lain.
Drpd Aididleaks terkini:
Plan pemasaran MLM berbeza daripada skim piramid hanya pasa satu fakta ce’nonet aje - komisen didapati bila jualan produk telah berjaya dilakukan. Kalau komisen dibayar dengan hanya pencarian downline, secara definasi itu adalah skim piramid. Skim piramid adalah menyalahi undang-undang di mana sahaja di dunia ni sebab sistem perniagaan sebegini pasti akan "collapse" bila mana tiada ahli baru dapat dicari, dan sudah pasti juga banyak peserta akan kerugian duit buta-buta gitu. Benda sebegini pernah banyak kali berlaku, khasnya kat Malaysia ni, dan khasnya dikalangan orang Melayu - orang Melayu tu ada magnet kepada skim piramid sejak zaman-berzaman. Walau bagaimana pun, sistem MLM itu sendiri tetap akan mengalami masalah "market saturation" yang sama seperti skim piramid tu jugak... who're you trying to kid anyway man? Sistem MLM tu jugak akan menghadapi masalah "collapse" bila dah tiba masanya, bila takde ahli baru join perniagaan MLM tu. Yang kerajaan Malaysia terus benarkan sistem perniagaan sebegini berleluasa sekarang memang aku tak terkejut sangat pun. Takde nya Malaysia tu nak mengikut Arab Saudi yang mengharamkan segala bentuk MLM, selepas muftinya keluar statement tentang pengharamannya. Apa yang penting sangat pun cakap mufti kat Malaysia ni? That's what you get in any country in the world - kalau sistem politik negara itu adalah berasaskan duit duit duit... free-market meh! Sapa cekap berniaga boleh jadi kaya-raya, sapa cekap kelentong pun boleh kaya-raya jugak. Ada ke patut syarikat cha ya nun alip, kepala bapak ketapi skim piramid berproduk terhebat di Malaysia dapat sokongan daripada menteri kabinet dan ada keluar paper - dapat anugerah "syarikat direct-selling beretika" ke apebenda ntah... gila baboon btol kita kat Malaysia neh!
Entry pasal eXfuze:
Ramai yang berpendapat riba' itu adalah bunga dalam pinjaman wang kat bank tu semua ha, tapi sebenarnya ia adalah istilah yang merangkumi isu yang lebih luas daripada itu. Riba dari segi bahasa Arab bermaksud “lebihan”. Qadi Abu Bakr ibn al-Arabi, di dalam Tafsir “Ahkamul Qur’an” mendefinasikan riba' sebagai: setiap lebihan antara nilai barang yang diberi dan nilai yang diterima. Lebihan ini merujuk kepada dua perkara :
1. Setiap lebihan, manfaat hasil dari penambahan yang tidak ketentuan dalam timbangan dan ukuran.
2. Setiap lebihan, manfaat dari ketidaktentuan yang datang dari penangguhan.
Dua aspek ini membawa ulamak kita mengkategorikan riba' kepada dua jenis:
1. Riba' al-Fadl (lebihan dalam penambahan).
2. Riba' al-Nasiah (lebihan melalui penangguhan).
Di mana, Riba' al-Fadl merujuk kepada kuantiti/bilangan dan riba' al-Nasiah merujuk kepada masa, iaitu penangguhan.
Jadi, plan pemasaran eXfuze di atas menjanjikan seseorang reseller dengan keuntungan 40% retail-sale, tetapi itu bukanlah riba'. Kalau harga beliannya RM136.50 dan dijual pada pelanggan dengan harga RM 192.50, dan ada orang Melayu yang ***** dan sengal senang percaya cerita testimoni yang hebat bak kamen rider macam cakap hani85 cakap tu semua... sah transaksi tu, jangan pulak korang keliru. "Aku jual sebotol air jus buah Noni dll. ni kat ko dengan harga RM192.50". Ko jawab, "aku beli beb, meh sini aku tonggak botolnya". Sah? Sah!
Jadi kat mana riba'nya? Dengan janji bahawa ada habuan komisen daripada pencarian downline - riba' no. 1. Dengan janji bila downline ko dapat downline dia sendiri, tapi ko jugak dapat habuan, riba' no. 2. Dengan janji eXfuze bila ko dapat kembangkan kaki kiri dan kanan dan dapat habuan lagi 10%, riba' no. 3. Ada Chairman's bonus, di mana dapat habuan RM87.50 untuk kerja kuli-batak downline yang ko tak pernah jumpa langsung, riba' no 4. Lepas tu, "director check match".... aiyaya! Nak riba' lagik?