BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SEMUA MLM scam / haram???????

Semoga Allah memberkati hidup saudara yang mahu mencari rezeki yang halal. Perniagaan berasaskan MLM dan sebagainya adalah harus dengan syarat ia tidak mengandungi unsur-unsur judi, penipuan, unsur penindasan, riba dan terdapat akad jual beli.

Panel Kajian Syariah Jakim mendapati bahawa konsep, struktur dan undang-undang Perniagaan MLM yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam yang diputuskan dalam Muzakarah Fatwa Ulama pada Februari 2004.

Islam menetapkan bahawa setiap urusan jual beli mestilah bersih daripada unsur- unsur perbuatan penipuan, merampas, khianat, riba, judi, rasuah, mencuri dan putar belit. Perniagaan dianggap halal sekiranya tiada unsur-unsur yang dinyatakan di atas.

Keuntungan yang diperoleh adalah daripada hasil usaha yang setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.

Jika hati saudara sendiri berasa tidak tenteram, maka sedekahkan wang itu atau gunakan ke arah kebajikan. Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda: “Kebaikan ialah apa yang menenangkan hatimu dan keburukan ialah apa yang menimbulkan keresahan di hatimu”.

Kongsi artikel ini menerusi media sosial

Kongsi Artikel | * Facebook * MySpace * Google * Twitter


Dipetik dr Harian Metro...Mcm mana? masih dgn pendirian tuan puan mengatakan SEMUA MLM adalah haram? Ingat,jgn lh sesuka hati kita menjatuhkan halal atau haramnya sesuatu itu melainkan ianya betul2 jelas...Salam..

salam bro...pasti ke yg BOLD tu xder dlm MLM ??....
 
MLM ibu kepada segala kemusnahan pertalian saudara dan rakan-rakan..jauhilah MLM untuk kekal bahagia...
 
dalam sistem piramid, sesiapa sahaja yg berada dia atas akan mendapat hasil dr org di bawah walaupun dia tiada usaha untuk mendapatkan pendapatan tersebut. tidak perlu pairing, tidak perlu manage downline untuk mendapatkan pendapatan tu. setiap yg join, walaupun bukan individu tersebut yg sponsor, beliau masih akan mendapat duit dr org bawah. so di sini jelas lah haram kerana melibatkan ketidak adilan di mana org yg mendapat income tersebut tidak mempunyai kaitan dengan org2 yg join di bawah. dan beliau sebenarnya tidak berhak untuk mendapat duit tersebut.

dan disebabkan itu, di dalam kebanyakkan MLM yg genuine mempunyai beberapa syarat supaya tidak jatuh dalam kategori skim piramid/ money game. terdapat beberapa syarat yg harus dipenuhi. dalam situasi ini sy berikan contoh si A dan si B. katakan si A telah join awal. then si B join 2 level bawah si A. si B kerja lebih keras dr si A yg dah join awal td. then he was promoted as director- atas usahanya- xkesah from sales- or managing downlines. n si A ni masih belum menjadi director, walaupun dia join awal. so si A ni td, pendapatan nya di hadkan, dia tidak boleh menerima pendapatan lebih drpd yg ditetapkan, unless dia berusaha jugak untuk capai tahap2 tertentu di dalam syarikat. kalau dalam skim piramid, setiap upline akan mendapat pendapatan dr downline tanpa mengira had. di dalam MLM yg genuine, pembayaran bonus/ komisen diberi berdasarkan kecekapan pengurusan seseorang leader di dalam team2 nye.

sy bg contoh. katakan branch manager kedai printing menjaga cawangan di lokasi yg lain. owner syarikat tersebut menawarkan stiap keuntungan dari sales, owner ini akan dapat 30% dr sales tersebut. branch manager akan dapat 15% dan sekiranya pekerja2 di cawangan baru tersebut dapat job secara freelance, dia akan diberi harga agen di mana mgkin harga jualan printing product tu dikurangkan dr keuntungan yg owner ni dapat, mgkin owner akan dapat 25%, branch manager 15% dan pekerja td 5% (ini contoh secara rambang). so di dalam real genuine MLM ini ialah konsep yg diguna pakai- iaitu profit sharing bersama company- di atas penghargaan untuk sales yang masuk. each of MLM distributor ialah owner company, di mana dia perlu mencapai certain2 target every month, dan akan mendapat keuntungan dr jualan org di bawah nya- dengan syarat- distributor itu sndri harus menyelia org bawahan nya supaya sales berjalan setiap bulan- dan ini tiada beza dgn other conventional bisnes yg lain.

Drpd Aididleaks terkini:

Plan pemasaran MLM berbeza daripada skim piramid hanya pasa satu fakta ce’nonet aje - komisen didapati bila jualan produk telah berjaya dilakukan. Kalau komisen dibayar dengan hanya pencarian downline, secara definasi itu adalah skim piramid. Skim piramid adalah menyalahi undang-undang di mana sahaja di dunia ni sebab sistem perniagaan sebegini pasti akan "collapse" bila mana tiada ahli baru dapat dicari, dan sudah pasti juga banyak peserta akan kerugian duit buta-buta gitu. Benda sebegini pernah banyak kali berlaku, khasnya kat Malaysia ni, dan khasnya dikalangan orang Melayu - orang Melayu tu ada magnet kepada skim piramid sejak zaman-berzaman. Walau bagaimana pun, sistem MLM itu sendiri tetap akan mengalami masalah "market saturation" yang sama seperti skim piramid tu jugak... who're you trying to kid anyway man? Sistem MLM tu jugak akan menghadapi masalah "collapse" bila dah tiba masanya, bila takde ahli baru join perniagaan MLM tu. Yang kerajaan Malaysia terus benarkan sistem perniagaan sebegini berleluasa sekarang memang aku tak terkejut sangat pun. Takde nya Malaysia tu nak mengikut Arab Saudi yang mengharamkan segala bentuk MLM, selepas muftinya keluar statement tentang pengharamannya. Apa yang penting sangat pun cakap mufti kat Malaysia ni? That's what you get in any country in the world - kalau sistem politik negara itu adalah berasaskan duit duit duit... free-market meh! Sapa cekap berniaga boleh jadi kaya-raya, sapa cekap kelentong pun boleh kaya-raya jugak. Ada ke patut syarikat cha ya nun alip, kepala bapak ketapi skim piramid berproduk terhebat di Malaysia dapat sokongan daripada menteri kabinet dan ada keluar paper - dapat anugerah "syarikat direct-selling beretika" ke apebenda ntah... gila baboon btol kita kat Malaysia neh!

Entry pasal eXfuze:

Ramai yang berpendapat riba' itu adalah bunga dalam pinjaman wang kat bank tu semua ha, tapi sebenarnya ia adalah istilah yang merangkumi isu yang lebih luas daripada itu. Riba dari segi bahasa Arab bermaksud “lebihan”. Qadi Abu Bakr ibn al-Arabi, di dalam Tafsir “Ahkamul Qur’an” mendefinasikan riba' sebagai: setiap lebihan antara nilai barang yang diberi dan nilai yang diterima. Lebihan ini merujuk kepada dua perkara :
1. Setiap lebihan, manfaat hasil dari penambahan yang tidak ketentuan dalam timbangan dan ukuran.
2. Setiap lebihan, manfaat dari ketidaktentuan yang datang dari penangguhan.
Dua aspek ini membawa ulamak kita mengkategorikan riba' kepada dua jenis:
1. Riba' al-Fadl (lebihan dalam penambahan).
2. Riba' al-Nasiah (lebihan melalui penangguhan).
Di mana, Riba' al-Fadl merujuk kepada kuantiti/bilangan dan riba' al-Nasiah merujuk kepada masa, iaitu penangguhan.

Jadi, plan pemasaran eXfuze di atas menjanjikan seseorang reseller dengan keuntungan 40% retail-sale, tetapi itu bukanlah riba'. Kalau harga beliannya RM136.50 dan dijual pada pelanggan dengan harga RM 192.50, dan ada orang Melayu yang ***** dan sengal senang percaya cerita testimoni yang hebat bak kamen rider macam cakap hani85 cakap tu semua... sah transaksi tu, jangan pulak korang keliru. "Aku jual sebotol air jus buah Noni dll. ni kat ko dengan harga RM192.50". Ko jawab, "aku beli beb, meh sini aku tonggak botolnya". Sah? Sah!

Jadi kat mana riba'nya? Dengan janji bahawa ada habuan komisen daripada pencarian downline - riba' no. 1. Dengan janji bila downline ko dapat downline dia sendiri, tapi ko jugak dapat habuan, riba' no. 2. Dengan janji eXfuze bila ko dapat kembangkan kaki kiri dan kanan dan dapat habuan lagi 10%, riba' no. 3. Ada Chairman's bonus, di mana dapat habuan RM87.50 untuk kerja kuli-batak downline yang ko tak pernah jumpa langsung, riba' no 4. Lepas tu, "director check match".... aiyaya! Nak riba' lagik?
 
tanpa dia sedar, dia dah menjejaskan kaum dia sendiri.
ramai pengusaha affliate , mlm termasuk ScoreA yang ada panel syariah sendiri, stop buat sbb aidid ni cakap HARAM.

:((


si aidid ni tak takut kene saman ke?
 
debat perkara ni sampai kiamat pun belum tentu selesai. apa yang pasti, perniagaan ada pelbagai jenis dan cara juga bentuk. selagi namanya manusia selagi itulah idea berkembang. maka bercambahlah jenis idea perniagaan. [dan juga ahli perniagaan yang korup].

kalau tak salah aku idea pertama untuk MLM adalah untuk syarikat bayar komisyen kepada ahli yang tolong perkenalkan produk pada kenalannya. komisyen dibayar dengan cara pemberian diskaun pada pembelian produk seterusnya. tapi idea tu dah evolve dan bertukar kepada pemberian wang ringgit.

pada masa sekarang ini, banyak syarikat MLM tawarkan idea diskaun dengan opsyen untuk tukar diskaun produk kepada wang ringgit kepada pelanggannya. nak kata itu skim cepat kaya atau piramid adalah tidak tepat. bagi aku MLM macam ini adalah MLM yang tidak menyalahi undang-undang atau konsep perniagaan yang dibenarkan syarak.

mungkin, yang perlu diberi perhatian adalah perniagaan atas nama MLM yang menjanjikan pulangan atas kemasukan ahli lain yang ini dinamakan head hunting. Dalam MLM jenis ini, produk langsung tiada (kalau ada pun sekadar hiasan sahaja). Pulangan hanya diberikan atas berapa ramai ahli yang join. kalau ramai join bulan itu, maka banyaklah duit bulan itu. dan selalunya pulangan jenis ini adalah sekali sahaja.

Pulangan dalam MLM yang sebenar adalah bergantung kepada berapa banyak produk yang dijual. Ini yang dinamakan self purchasing atau network purchasing. selagi kita membeli selagi itu lah kita akan dapat pulangan. MLM jenis ini tidak mementingkan berapa ramai ahli/downline/partner yang kita ada tetapi lebih kepada purchasing power. [compare dengan MLM Skim piramid yang mementingkan kemasukan ramai ahli].

Jadi pada pendapat aku, tak semua MLM/perniagaan itu adalah scam. terpulang kepada jalan/bentuk modus operandinya. Menyatakan bahawa semua MLM itu scam adalah macam menyatakan bahawa semua penjual ikan jual ikan busuk. padahal yang menjual ikan busuk itu adalah 2-3 kerat je.

salam2.

p.s

memetik posting odie "Islam menetapkan bahawa setiap urusan jual beli mestilah bersih daripada unsur- unsur perbuatan penipuan, merampas, khianat, riba, judi, rasuah, mencuri dan putar belit. Perniagaan dianggap halal sekiranya tiada unsur-unsur yang dinyatakan di atas"

Aku rasa perkara macam inilah yang semua perniagaan termasuk MLM dan konvensional bisnes perlu elakan.
 
Last edited:
rase aidid tu.. cm salah sorang dari mereka yg keciwa je!

mungkin ditipu, atau belum ada rezeki..

maka, setelah di hasut dek sy**tan durjana, maka timbul lah blog yg tidak berasas..utk memuas kan hati diri sndiri dan juga hati si durjana utk memecah belahkn umat dan saudara seagama...

:(


ish ish ish..
 
main taram je blogger nih cakap mlm sume haram..he2..

mlm nih banyak kategori..jadi dia kena kaji balik tu n tengok yg mana haram dan yg mana halal..
 
ade MLM yg menipu dgn menceritakan kehebatan produk gelang tgn contohnya...adakah ia boleh diterima akal? gelang utk kesihatan? atau produk SMS yg langsung tidak memberi faedah kpd penggunanya? SMS secara pukal itu semata mata utk selindung sbgai produk...tepuk dada tanya iman...TAPI,produk kesihatan yg sudah terbukti nutrisi nya,spt bgusnya buah delima pd manusia,atau bnyknya kandungan anti oksida dlm acai,atau tingginya kndungan vitamin buah buahan..ini semua sudah terbukti scara saintifik dlm dan luar negara...knapa suppliment pil2 boleh dijual sehingga ratusan ringgit tetapi suppliment extract liquid bila dijual ratusan ringgit dikira mahal? sedangkan penggunaan suppliment extract liquid ni jauh lebih sedikit,sekaligus membuatkan harganya murah! dimana timbulnya isu harga terlalu mahal?? yes,isu ini timbul dr cetusan hati mereka yg dikaburi sifat dengki dan dendam...maaf tp perkara ini sgt2 kritikal..Salam..
 
Back
Top
Log in Register