BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SEMUA MLM scam / haram???????

xpe,mmg lumrah manusia akan fobia terhadap sesuatu bila mana apa yg dilakukan tidak menjadi...sy sndri fobia dgn naik motor...pnah dlu masa 1st time try naik motor,trus accident tlanggar tangga kayu umah atuk:p disbbkan tu,smpai skrg sy x naik motor! paksa2 pun tobat sy xkan naik motor:p

jd utk kes tuan,sy nasihatkan jgn lh join mane2 MLM melainkan tuan dh bersedia;)
 
Bro ShahreelAmri,

Berdiri lah diatas kaki sendiri...kenapa kalau ko buat posting, ko sandarkan pada aidid...ko ni marketing agent dia ke? Susah nak berbincang macam ni...kalau ko pun tak tahu ape2, tak payah susahkan diri berdebat dalam forum ni...suh si Aidid sudah la masuk sini...

Kan aku dah cerita diperingkat awal. Dalam hal nak distribute produk, ada dua sistem asas:-
1) Conventional/traditional distribution system
2) Direct distribution system
Perbezaan dan persamaan antara (1) dan (2) itu banyak.
Aku cabar Aidid untuk mengupas dua sistem ini dan kemudian dari situ kita sama2 menjawab tuduhan-tuduhan terhadap MLM.

Kan senang aku sandarkan kat Aidid tu, sebab dia dah siap buat research hebat kat blog dia, yg aku pasti ko takut nak baca - so that's why response ko tu semua macam suspect aje. Blur blur gitu... Macam ko tak pernah tgk dan baca apa yg dia present kat sana. Apa yg ko tanya tu aku ada fahami dari presentation dia kat blog. Pehal pun, pegi la contact dia... diskus sepuas hati. Dan apa yg ko tanya tu, aku rasa Aidid tu dah kupas sana-sini sikit2 kat blognya.
Anyway, macam la soalan ko kat atas tu boleh dikupas senang2 - topik ijazah ekonomi satu-dua semester tu bang. Ko ada ijazah ekonomi ke? Sheeet! Ask a moronic question... kalau ada ijazah ekonomi ko tak kan la ko join mana2 MLM pulak. Org yg tak tahu prinsip ekonomi aje yg join MLM - just parasite.
 
Last edited:
elowww

tak perlu kita nk pertikaikan lg...kita semua dh nmpk dgn jelas,btul ataupun tidak apa yg diperkatakan...xpe,skrg mmg dh wujud pihak yg akan siasat blog2 yg berunsur fitnah,mengutuk dan sbgainye...

Oleh NURUL AIN HUSSAIN, mStar Online

Tindakan hanya akan diambil ke atas penulis blog sekiranya ada aduan dibuat.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di bawah Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi tidak dapat berbuat apa-apa*jika tiada*laporan*dibuat terhadap penyebaran artikel berunsur fitnah yang mengancam kestabilan negara.

Demikian komen Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meminta penulis blog dinegara ini berhenti membuat spekulasi dan menyebarkan khabar angin baru-baru ini.

Jelasnya, SKMM tidak akan menyekat kebebasan mana-mana penulis blog untuk menyuarakan pendapat mereka selagi tidak menimbulkan fitnah yang mengugat kestabilan negara.

“SKMM hanya akan bertindak bila ada laporan dibuat terhadap blogger yang menyiarkan artikel berunsur fitnah, lucah*dan perkara yang menyalahi undang-undang di negara ini,” kata Shaziman ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Katanya lagi,*mustahil untuk SKMM memantau jumlah laman web yang banyak di negara ini.

“Terdapat kira-kira 63,000 laman web yang didaftarkan di bawah dot.my dan*mustahil* kami dapat memantau kesemua laman web tersebut,” katanya yang ahli Parlimen Tampin.

“Namun SKMM ada peruntukan dan undang-undang yang boleh dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah dalam perkara ini.

Jelasnya, jika seseorang itu didapati bersalah kerana menyiar dan menyebarkan artikel yang menyalahi undang-undang boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 211.(2) AKM 98.

Di bawah seksyen tersebut, seseorang yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara tidak lebih daripada setahun atau kedua-duanya sekali.

“Saya harap mereka (penulis blog) bertanggungjawab terhadap apa yang ditulis. Mereka juga perlu memastikan sumber dan kesahihan maklumat yang diperoleh sebelum memaparkannya di laman web,”kata Shaziman.

Beliau menasihatkan pelayar internet di negara ini supaya bijak menilai kesahihan maklumat yang diterima dan tidak mudah terpengaruh dengan maklumat yang berunsur spekulasi dan fitnah.

“Orang ramai perlu bijak menilai kesahihan maklumat yang dibaca dan jangan percaya bulat-bulat sebelum memastikan kesahihannya,” katanya yang juga ahli Parlimen* Tampin.

“Jika ada keraguan yang timbul dalam artikel yang dibaca, saya sarankan mereka melaporkan kepada SKMM. Kami akan mengambil tindakan yang selanjutnya,” kata Shaziman.

Hari ini sebuah akhbar menyiarakan komen beberapa ahli politik berkenaan saranan Perdana Menteri itu.

Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn, Pengerusi Akademi Belia, Datuk Saifuddin Abdullah dan penulis blog Sang Kelembai, Zaharin Mohd Yasin meminta kerajaan mengambil tindakan tegas untuk mengelak fitnah tersebut dariapda berterusan.

Isnin lalu Pedana Menteri Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu penulis blog menghentikan perbuatan membuat spekulasi dan menyebarkan khabar angin kerana perkara itu merupakan antara faktor yang membawa kepada ketidakstabilan politik negara.

"Saya minta penulis blog hentikan semua ini kerana mereka juga bertanggungjawab bagi apa yang berlaku. Jalan terbaik yang mereka dapat lakukan ialah hentikan semua ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan beberapa perbincangan dua hala sempena Sidang Kemuncak Ke-6 Ketua-ketua Kerajaan D-8.

Perdana Menteri berkata beliau sedar ada rakyat yang sudah muak dengan permainan politik yang sedang berlaku dalam negara dan berjanji akan memberikan perhatian untuk memenuhi keperluan rakyat.

"Fitnah sudah kian bermaharajalela. Salah atau benar sudah tidak diambil kisah," kata Abdullah.


disunting dr mstar online 2008...
p/s: disini diingatkan bahawa tlg lh jga tutur kata dan kandungan blog tuan puan...nnti kerana secebis nukilan berunsur fitnah,berat padahnya...company2 based dr US juga akan membantu utk membanteras dan menjaga nama baik company...(phm2 je la company US,asal ade salah je,saman juta2....)


blog aidid mengancam keselamatan negara..tang mana mengancam negara tu...??????? haiyooo panjang jela engko taip....:D:D:D
 
main taram je blogger nih cakap mlm sume haram..he2..

mlm nih banyak kategori..jadi dia kena kaji balik tu n tengok yg mana haram dan yg mana halal..

MLM ape yang halal kalu aidid kata MLM haram??? ke engko pun lagi taram...cite sikit....kategori ape kalu main tuduh kata taram??? aidid dah kasi sebab nape dia kata mcm tu.... :">:">
 
dh lama tinggal MLM ni.dulu pernah jugak buat duit dgn Jai Network System.3 bulan berturut rm60k income.last2 kena freeze dgn bnm
 
pada aku MLM memang tak berapa betul..
dari beribu yg joint, majoriti akan hilang duit camgitu.
harga produk pulak terlalu melampau dari harga pasaran.

last2.. toke2 dgn upline awal2 jer yg untung.
 
MLM banyak produk2 ajaib dah skang nih....
Kadang2 mengalahkan kuasa Allah pulak duk
percaya boleh menyembuhkan macam2 penyakit...

Hairan bin Ajaib
 
Kan senang aku sandarkan kat Aidid tu, sebab dia dah siap buat research hebat kat blog dia, yg aku pasti ko takut nak baca - so that's why response ko tu semua macam suspect aje. Blur blur gitu... Macam ko tak pernah tgk dan baca apa yg dia present kat sana. Apa yg ko tanya tu aku ada fahami dari presentation dia kat blog. Pehal pun, pegi la contact dia... diskus sepuas hati. Dan apa yg ko tanya tu, aku rasa Aidid tu dah kupas sana-sini sikit2 kat blognya.
Anyway, macam la soalan ko kat atas tu boleh dikupas senang2 - topik ijazah ekonomi satu-dua semester tu bang. Ko ada ijazah ekonomi ke? Sheeet! Ask a moronic question... kalau ada ijazah ekonomi ko tak kan la ko join mana2 MLM pulak. Org yg tak tahu prinsip ekonomi aje yg join MLM - just parasite.

dari penulisan ko pun aku boleh dapat tahu yang ko ni takde ape2...ilmu pun takde, akhlak pun takde...perabih beras aje...
 
Saya rasa tak semua MLM spam, Unstoppable yang saya jadi ahli tak spam.Khairul CEO nya kaya raya sekarang.
 
Back
Top
Log in Register