BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

SEMUA MLM scam / haram???????

yups...mmg btul..elakkan MLM yg subahah! lebih mudah..tapi Bukan semua MLM tergolong dlm subahah,melainkan tuan puan sndri terlalu arif dlm semua jenis MLM;)

Berlakunya subahah pabila kita ragu2 tntg harga produk cthnya..tp pabila kita satu2 Nya produk yg wujud,dimana letaknya ragu2 tntg harga? atau skadar diri kita nk cari alasan utk menidakkan yg benar?...tanya diri sndri dan berlaku lah adil...
 
Yg sebenarnya,paling baik adalah duduk dan bermuzakarah...Islam menggalakkan bermuzakarah,bukan menebar fitnah dan fakta hanya dlm Internet yg kita sndri xtau sape empunya blog...meh sama2 jumpa dan bermuzakarah...semoga tidak berlaku lg perpecahan dlm Melayu Dan Islam....
 
yg samar2 itu syubhah. bagaimana pula dgn org2 yg menjatuhkan hukum padahal masih samar2 tentang produk dan company? mengapa hanya hukum pelaksanaan syarikat/MLM saja yg diambil kira? mengapa tidak org2 yg sesuka hati menjatuhkan hukum tanpa benar2 mendengar penjelasan tentang company dan produk terbabit?
 
Al-quran pun ada suruh buat MLM.. tak caya balik rumah baca.. macam mana boleh haram pulak... bukan MLM yg haram tapi orang yg buat system MLM yg ambik lebih keuntungan tu yg buat benda tu jadi haram..

surah mana bro?xpenah tau plak...:o
 
Kenyataan Mufti Besar Arab Saudi Tentang MLM.

Kepada umat Islam, saya ingin menyampaikan apa yang telah terlebih dahulu disampaikan oleh seorang "Islamic Scholar" yang pastinya lebih arif daripada kebanyakan kita dalam bidang sebegini. Berikut adalah terjemahan "statement" daripada Shaykh 'Abdul-'Azeez Ibn 'Abdullaah Aal ash-Shaykh, Mufti Besar negara Arab Saudi:

Terjemahan:

Sejenis perniagaan yang berdasarkan skim piramid - atau yang selalu dipanggil sebagai "multi-level marketing" - adalah HARAM. Objektif sebenar sistem perniagaan tersebut adalah untuk mendapatkan komisen yang diperolehi dengan menaja ahli baru ke dalam sesebuah syarikat, dan bukannya untuk mendapat keuntungan daripada penjualan produk itu sendiri. Ada masanya komisen itu mencecah puluhan ribu riyal, sedangkan jualan produk kemungkinan hanya beberapa ratus riyal sahaja. Sesiapa sahaja yang waras jika diberi peluang seperti skim ini akan secara logiknya akan cenderung kepada pencarian komisen tersebut.

Itu sebabnya syarikat yang seperti ini, bila melakukan promosi syarikat, sangat cenderung kepada menjanjikan komisen yang sangat besar yang akan mereka berikan kepada ahli yang akan menyertai skim mereka. Mereka menarik pelanggan dengan janji keuntungan yang berlipat-ganda dengan modal asal yang kecil, yang mana ia selalunya dipanggil sebagai "harga produk". Walau bagaimana pun, produk tersebut hanyalah topeng untuk mendapatkan komisen dan keuntungan daripada komisen tersebut.

Jika ini adalah ciri asas perniagaan tersebut, dalam Islam, hukumnya adalah haram. Sebab jatuh keharamannya adalah:
1. Ia melibatkan 2 jenis riba':
a. Riba' al-Fadl, riba yang terhasil daripada pertukaran satu-ke-satu (like for like) dalam keadaan yang tak sama (unequal).
b. Riba' an-Nasiah, riba' yang dibayar sebagai pengganti hutang.

Ahli akan membayar jumlah wang yang kecil pada masa ini, untuk mendapatkan jumlah yang lebih besar di masa akan datang sebagai penggantinya. Ini pada dasarnya adalah pertukaran satu jumlah wang dengan satu jumlah wang lain yang lebih besar, dalam masa tertentu. Ini adalah riba', seperti yang termaktub dalam kitab dan dipersetujui oleh semua ulama'.

Produk jualan syarikat hanyalah preteks (topeng) untuk melakukan pertukaran yang sebenarnya berlaku. Produk ini tidak dimaksudkan kepada dan daripada ianya sendiri, dan dengan demikian tidak menjejaskan apa-apa dalam masalah dalam hukum keharaman ini.

2. Ianya melibatkan perniagaan yang gharar (transactional uncertainty).
Sifat gharar ini terhasil daripada keadaan di mana, ahli tersebut tidak mengetahui sama ada dia akan dapat atau tidak, jumlah tajaan yang dia perlukan untuk mendapatkan komisen itu. Skim piramid sebegini, tidak kira berapa lama ianya boleh bertahan, akhirnya akan berakhir juga. Ahli yang menyertai skim tidak tahu di mana level yang dia akan masuk, sama ada di peringkat atas yang mana keuntungan adalah besar atau di peringkat bawah yang mana dia akan rugi.

Pada hakikatnya, majoriti ahli akan mengalami kerugian dan hanya sedikit sahaja yang akan untung. Jadi, kemungkinan kerugian dalam skim sebegini adalah lebih ketara, dan inilah yang dimaksudkan sebagai gharar. Dalam kes sebegini, terdapat ketakpastian dalam dua kemungkinan, di mana kemungkinan yang lebih pasti adalah yang lebih buruk (iaitu kadar yang kerugian melebihi kadar yang untung).

Nabi Muhammad S.A.W. menegah terhadap perniagaan gharar, yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah yang berkata: "Rasulullah S.A.W. menegah perniagaan yang melibatkan membaling batu (judi) dan perniagaan yang melibatkan ketaktentuan (gharar)." (Sahih Muslim).

3. Ianya melibatkan pengambilan wang orang lain secara muslihat.
Pada hakikatnya, yang untung hanyalah syarikat dan mereka-mereka yang menghasut orang lain untuk menyertai skim, dengan cara muslihat, supaya ahli menyerahkan wang kepada syarikat tersebut.

Firman Allah (maksudnya): "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan harta di kalangan kamu dengan cara penipuan." (Surah an-Nisa': 29).

4. Ia melibatkan penipuan dan pecah-amanah.
Syarikat menipu orang-ramai dengan menampirkan produk sebagai perniagaan sedangkan penjualan produk bukanlah tujuan utama perniagaan. Ia juga melakukan penipuan dengan menjanjikan komisen yang besar kepada prospek, bila mana komisen yang besar seperti itu tidak akan dapat dicapai oleh kebanyakan ahli. Ini adalah penipuan yang sah haram.

Nabi S.A.W. bersabda: "Seorang yang menipu kita bukanlah dari kalangan kita." (Sahih Muslim).

Aturan perniagaan sebegini tidak boleh dianggap sebagai penjanjian perantaraan (brokerage agreement). Seorang broker menerima komisen untuk jualan produk yang hakiki, sementara tiada produk sebenarnya di jual di sini. Pada dasarnya, ahli dalam sesuatu perniagaan "multi-level marketing" sebenarnya membayar untuk mendapat hak penjualan produk tersebut.

Juga, dalam kontrak broker, tujuan asal di sebalik perjanjian adalah untuk menjual produk, sedangkan dalam MLM, tujuannya pula adalah untuk menjual keahlian dan bukan produk itu sendiri. Itulah sebabnya seorang ahli MLM bersungguh-sungguh mencari ahli, yang akan seterusnya mencari ahli lagi, dan seterusnya mencari lagi tanpa henti (ad infinitum). Dalam perjanjian broker, sebaliknya, broker tersebut akan mencari pasaran kepada pembeli yang benar-benar mahu membelinya.

Komisen ini juga, tidak boleh dianggap sebagai hadiah atau bonus. Walaupun jika kita klasifikasikan komisen ini sebagai hadiah, Islam akan meletakkannya sebagai hadiah yang haram (rasuah). Tidak semua hadiah dibenarkan dalam syariah. Sebagai contoh, hadiah daripada yang berhutang kepada yang memberi hutang adalah sejenis riba'.

Itulah sebabnya 'Abd Allah B. Salam, sahabat Rasulullah, berkata kepada Abu Bardah: "Engkau berada di negara di mana pengunaan riba' itu meluas. Jadi, jika seseorang itu berhutang dengan kamu dan memberi kamu hadiah, seperti seberkas rumput, sebeban barli, atau selonggok makanan - maka itu adalah riba'."

Sesuatu hadiah mengambil sebab di sebalik kenapa ianya diberi. Atas sebab ini, apabila seorang pengutip zakat datang kepada Nabi (S.A.W.) dan berkata: "Ini adalah untuk mu dan inilah apa yang diberikan kepada ku sebagai hadiah." Nabi (S.A.W) membalas terhadap ini dengan bersabda: "Jikalau kamu sedang duduk di rumah dengan ibu dan bapa mu, adakah dia akan datang kepada mu untuk memberikan kamu hadiah itu?" (Sahih Bukhari dan Sahih Muslim).

Komisen yang diberi oleh syarikat dalam sesuatu skim piramid hanya di beri di atas sebab keahlian. Jadi, tidak kira apa nama yang kita pilih untuknya, ianya tidak akan mempengaruhi apa ia sebenarnya dan apakah hukum yang dijatuhkan.

Daripada:
Jawatankuasa Tetap Untuk Kajian Dan Fatwa Arab Saudi.
Pengerusi: Shaykh 'Abdul-'Azeez Ibn 'Abdullaah Aal ash-Shaykh.
 
yg samar2 itu syubhah. bagaimana pula dgn org2 yg menjatuhkan hukum padahal masih samar2 tentang produk dan company? mengapa hanya hukum pelaksanaan syarikat/MLM saja yg diambil kira? mengapa tidak org2 yg sesuka hati menjatuhkan hukum tanpa benar2 mendengar penjelasan tentang company dan produk terbabit?

mungkin pd u samar2,tp pd dia dah jelas? siapa tahu kan?
 
tu dia.......tunggu siapa nak tentang....:D
 
Drpd AidiLeaks - Mana yg tak betulnya Odie?

Korang boleh tengok carta plan pemasaran eXfuze kat bawah ni. Keuntungan reseller aje dah 40% untuk setiap botol. Lepas tu taja sorang downline, dengan paksaan (kalau tak berambus ko!) belian starter pak 1 (dapat 4 botol jus keramat) dengan harga RM700, dapat komisen RM56 satu kepala. Lepas tu kalau downline tu jual satu starter pak kat downline dia pulak, ko pun dapat lagi RM28, lepas tu ada komisen binary 10% bang, kak.... dan lagi dan lagi... sampai 7 cara komisen meh. Gila-gila punya kaya dengan sumber komisen kiri-kanan-atas-bawah. Tak silap aku (aku malas nak kira sebijik-sebijik), sampai 60% daripada harga sebotol jus ni, hanya untuk bayar komisen lepas satu level ke satu level. Itu belum lagik keuntungan syarikat induk eXfuze yang hantar Pedro Gonzalez pegi petik buah Acai Berry kat hutan Amazon tu, belum kira kuli eXfuze si Sepol yang panjat pokok manggis kat Segamat, dan pastu bawak berkontena ke US.... dan 5 buah lain tu semua daripada serata dunia. Korang follow aku tak neh?

Sekarang, berapa harga sebotol eXfuze sebenarnya, kalau dia orang letak jus keramat ni kat Tesco? Bila mana produknya takde nak bayar 60% pada hieraki MLM dia orang ni, dan takde nak bayar kat Rick Cotton (CEO) untuk dia beli yacht dengan harga 21 juta USD, takde nak bayar royalti sponsor kat Seth Joyner, Terry Borcheller, Nat Moore, John Fox, Fred Funk... dll (nak sponsor athlete mahal woi!)? Biar betik korang yang promote mende ni? Senang sungguh ke nak kena kelentong oleh alkafirun omputeh ni semua? Ingat eXfuze tadi ambik 5% untung aje ke? Campur 60%, jadi 65% untung... kira fair la gitu? Safe bet, omputeh tu mesti ambik ambik untung lagi 30%, maybe? Yacht tu mahal dik, dan nak sponsor olahragawan terkenal pun mahal wei! Jadi harga sebenar sebotol jus cikai tu hanyalah RM19.25? Woi hani95... matematik SPM dapat berapa? G?

Jadi, plan pemasaran eXfuze di atas menjanjikan seseorang reseller dengan keuntungan 40% retail-sale, tetapi itu bukanlah riba'. Kalau harga beliannya RM136.50 dan dijual pada pelanggan dengan harga RM 192.50, dan ada orang Melayu yang ***** dan sengal senang percaya cerita testimoni yang hebat bak kamen rider macam cakap hani85 cakap tu semua... sah transaksi tu, jangan pulak korang keliru. "Aku jual sebotol air jus buah Noni dll. ni kat ko dengan harga RM192.50". Ko jawab, "aku beli beb, meh sini aku tonggak botolnya". Sah? Sah!

Jadi kat mana riba'nya? Dengan janji bahawa ada habuan komisen daripada pencarian downline - riba' no. 1. Dengan janji bila downline ko dapat downline dia sendiri, tapi ko jugak dapat habuan, riba' no. 2. Dengan janji eXfuze bila ko dapat kembangkan kaki kiri dan kanan dan dapat habuan lagi 10%, riba' no. 3. Ada Chairman's bonus, di mana dapat habuan RM87.50 untuk kerja kuli-batak downline yang ko tak pernah jumpa langsung, riba' no 4. Lepas tu, "director check match".... aiyaya! Nak riba' lagik?

Lagi beberapa isu lain yang berbangkit: Penjualan jus buah yang dibuat dan dibotolkan oleh omputeh kat Amerika tu, status halalnya boleh diterima ke makcik? Perlakuan syarikat yang menitik-beratkan harga produk yang "sky-high" demi untuk kasi untung kepada ribuan manusia tetapi tertanggung di atas batu jemala pengguna yang lurus-bendol, sampai kasi cirit berdarah pengguna dibuatnya, style orang Islam berniaga ke dik? Keuntungan 800%-900% (anggaran kasar) atas harga asal produk (berbanding kalau jual retail) tu keje orang Islam ke dol? Meh la sini cite sket. Kecenderungan pengamal eXfuze untuk kelentong orang pasal hal perubatan, yang dia sendiri tak pernah faham sepatah haram, main hafal aje ikut brochure, akhlak orang Islam berniaga ke hani85? Ko dulu dapat Pengajian Islam masa SPM berapa dik? G?

<Mamatnya kelakar - tapi pedas, and right on the money>
 
aku pun dah lupa.. tapi pernah dengar masa g meeting MLM dulu.. :D

huk alaa..patut laa dapat surah ada sebut MLM..rupanya dpt kat MLM meeting..cheeett!!!:(scam Kalu ko boleh rujuk balik pada pakar2 MLM surah yg mana ada citer MLM nie??:-?
 
Back
Top
Log in Register