Salam bos,
Kalau boleh slow down bawa masuk kaedah berbentuk "tr1ck" dari blog luar, site hit komuniti kat sini jauh berbeza dgn site/blog diluar . Sy hanya bimbangkan kesan dari pendedahan yg diibaratkan terbuka lebih-lebih lagi dalam tempoh ni . Kalau bos betul2 mahu berkongsi, saya cadangkan bos buka thread khas dimana isi kandung perkongsian tu dikawal dgn pendekatan yg bos rasa sesuai untuk tatapan umum . Perkongsian tr1ck yg wujud di internet bagaikan minyak tanah yg dituang bertaburan di atas lantai lorong laluan orang, cuma buat masa ni mereka endah tak endah kerna perjalanan mereka belum terganggu . Jangan sampai mengundang api sehingga menyambar taburan minyak tersebut dan tumpuan mereka yg lalu lalang terganggu dan beralih tumpuan pada taburan minyak yg menyala .
Bos mungkin faham apa yg sy maksudkan

akhir kata dari sy, mohon maaf kalau saya dah menyinggung hati bos . saya sekadar beri saranan peringatan .