BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Telco Celcom Life Hub Akan Di Tamatkan Sepenuhnya Mulai 31 Mei 2025

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Celcom telah mengumumkan bahawa perkhidmatan Celcom Life Hub akan ditamatkan sepenuhnya bermula 31 Mei 2025 sebagai sebahagian daripada usaha meningkatkan pengalaman pengguna. Dalam satu kenyataan rasmi, pihak Celcom memaklumkan bahawa pelanggan masih boleh menguruskan akaun dan perkhidmatan mereka melalui web CelcomDigi serta aplikasi Celcom Life.

CelcomDigi-App-Baharu-950x535.jpg.webp


Bagi pelanggan pascabayar, Fiber dan 5G Home Wifi, mereka boleh mendapatkan akses kepada maklumat akaun dengan log masuk ke laman web Celcomdigi. Pembayaran bil boleh dilakukan secara langsung melalui laman web atau aplikasi Celcom Life dengan memilih pilihan bayar bil di halaman utama. Sementara itu, pelanggan prabayar juga diberikan kemudahan untuk menambah nilai melalui laman web CelcomDigi atau aplikasi Celcom Life dengan memilih pilihan tambah nilai.

Pihak Celcom menyarankan pelanggan untuk memuat turun aplikasi Celcom Life agar mereka dapat terus menguruskan perkhidmatan serta menikmati tawaran terkini. Selain itu, Celcom turut menzahirkan penghargaan atas sokongan pelanggan serta komitmen mereka dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan.​
 
Back
Top
Log in Register