BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Telco CelcomDigi Akan Tamatkan Kadar Khas “Friends & Family” Untuk Pascabayar DiGi Berkuat-kuasa 17 September

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
CelcomDigi kini memaklumkan para pengguna pascabayar Digi, mengatakan pelan atau kadar khas dinamakan “Friends and Family” akan ditamatkan berkuat-kuasa 17 September 2024 kelak. Selepas tarikh berkenaan, tiada lagi kadar khas untuk panggilan dan juga SMS, dan akan tertakluk kepada kadar biasa mengikut pelan pascabayar Digi. Sebab disebalik penamatan ini tidak dimaklumkan. Sebaliknya, CelcomDigi mengatakan semua pelanggan pascabayar Digi akan tertakluk dibawah perubahan baharu ini. Berikut merupakan kadar bayaran yang dikenakan untuk panggilan suara dan juga SMS untuk pengguna pascabayar Digi.

Digi-Postpaid-Panggilan-SMS-950x416.jpg.webp


Pada masa yang sama, pihak CelcomDigi turut mempromosikan pelan CelcomDigi Postpaid 5G yang hadir bersama panggilan tanpa had bermula RM40 sebulan.​
 
Back
Top
Log in Register