BTC USD 85,846.4 Gold USD 4,348.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Telco CelcomDigi Kini Tawar Langganan Pembaikan Peranti Bermula RM1

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,565
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,565
Reaction score
7,740
Points
916
CelcomDigi Berhad (“CelcomDigi”) memperkenalkan PhoneFIX, langganan khidmat pembaikan telefon mudah alih yang memudahkan pelanggan melindungi peranti mereka tanpa beban kos pembaikan yang tinggi. Melalui kolaborasi bersama Swap Asia, PhoneFIX kini ditawarkan kepada semua pelanggan prabayar dan pascabayar CelcomDigi, dengan harga dari serendah RM3/sebulan, dengan bulan pertama hanya RM1. Dengan PhoneFIX, peranti yang menghadapi isu lazim seperti skrin retak dan bateri rosak boleh dibaiki segera pada hari yang sama.
1766420154131.png

Perkhidmatan baharu ini turut meliputi peranti yang layak, termasuk yang tidak dibeli daripada CelcomDigi. Pelanggan boleh melanggan perlindungan ini menerusi aplikasi CelcomDigi dengan mengimbas peranti mereka dan mengaktifkan bulan pertama hanya pada harga RM1.

Ketahui lebih lanjut tentang PhoneFIX dengan kunjungi https://cdlink.net/phonefix.​
 
Back
Top
Log in Register