BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Telco Hotlink Perkenal Perkhidmatan eSIM Untuk Semua Pelanggan Prabayar & Pascabayar

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,560
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,560
Reaction score
7,740
Points
916
Hotlink, salah satu jenama dibawah Maxis kini telah pun hadir dengan penawaran perkhidmatan eSIM mereka, dinamakan Hotlink Prepaid eSIM. Melaluinya, ia menggantikan penggunaan kad SIM fizikal, selain memudahkan pengguna mengaktifkan talian dengan lebih pantas berbanding kebiasaan. Penawaran ini sedang diperkenalkan secara berperingkat. Pengguna hanya perlu memuat-turun aplikasi Hotlink terkini, dan mengakses ciri Hotlink Prepaid eSIM ini. Aplikasi iOS untuk Hotlink sedia menawarkan kemaskini terbaru ini, dan dijangka turut menyusul untuk pengguna Android. Semua pengaktifan, pengurusan talian, pemilihan pelan khusus boleh dilakukan melalui aplikasi Hotlink.
1732336930954.png

Hotlink mengatakan pengguna boleh menggunakan Hotlink Prepaid eSIM ini bersama sebarang pelan Hotlink yang ditawarkan – lebih kurang seperti pelanggan Hotlink lain. Pengguna turut boleh menukar ia kepada kad SIM fizikal jika perlu dengan ke sebarang pusat khidmat Maxis. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak peranti yang disokong dengan Hotlink Prepaid eSIM ini di halaman rasmi Hotlink hari ini.​
 
Back
Top
Log in Register