BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sembilan Suspek Kes Tembak Komander Akps Dibebas, Dua Masih Direman

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
eb9dee6c0706d0c7dbeb555cbffec09e69a58e513a170

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sembilan daripada 11 suspek yang ditahan susulan insiden tembakan terhadap kenderaan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, bulan lepas, dibebaskan manakala dua lagi masih direman.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata 10 lelaki tempatan dan seorang wanita warga Thailand yang berusia 22 hingga 60 tahun telah ditahan sekitar kawasan Bukit Kayu Hitam, sebelum ini.

“Daripada sembilan yang dibebaskan itu, tujuh daripada mereka diberikan bon jaminan di bawah Seksyen 118 Kanun Keseksaan Tatacara Jenayah, manakala dua lagi diberi jaminan polis.

“Dalam pada itu, daripada sembilan yang dibebaskan itu juga, enam daripadanya dituduh di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif dadah. Dua suspek masih ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis masih meneruskan siasatan dan meneliti keterangan bersabit insiden jenayah berkenaan dan usaha untuk membawa suspek yang bertanggungjawab dalam kes itu ke muka pengadilan masih diteruskan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta untuk menyalurkannya kepada polis melalui talian MERS 999 atau menghubungi pegawai penyiasat ASP Rosli Hanafi di talian 019-2022210 atau balai polis berdekatan.

Pada 25 Feb lepas, kereta Proton X70 yang dinaiki Komander AKPS Bukit Kayu Hitam SAC Mohd Nasaruddin M Nasir, yang dalam perjalanan ke Masjid Al Muhajirin di Bukit Kayu Hitam, terkena dua das tembakan dalam kejadian pada 5.40 pagi, namun beliau terselamat dalam insiden itu.

 
Back
Top
Log in Register