BTC USD 75,698.5 Gold USD 4,346.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anggota PGA Antara Ditahan Bantu Siasatan Kes Tembak Komander AKPS

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146
8fe37720a024fad7e06ce57891087e7369ae7594000d8


Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) berpangkat koperal antara ditahan bagi membantu siasatan kes tembakan kenderaan Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Bukit Kayu Hitam, 25 Feb lepas.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata anggota berusia 30-an yang bertugas di bahagian perisikan sempadan itu ditahan pada 5 Mac lepas oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah.

"Anggota ini sudah dua tahun bertugas di sempadan di bahagian risikan. Dia seorang daripada 11 orang yang ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan.

"Ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis ketamin. Tempoh reman selama tujuh hari dan telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dekat sini, hari ini

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal, anggota tersebut dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan ahli sindiket yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

"Siasatan juga mendapati anggota itu berada di lokasi kejadian bersama ahli sindiket, kira-kira empat hingga lima jam sebelum insiden tembakan berlaku.

"Maklumat yang kita peroleh menunjukkan dia berkawan rapat dengan ahli sindiket dan dipercayai pernah sama-sama hisap dadah. Jadi bila ada maklumat sedemikian, kita tidak berkompromi dan menahannya untuk siasatan," katanya.

Beliau berkata semua suspek yang ditahan bagi membantu siasatan setakat ini, adalah seramai 11 individu, namun mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tamat tempoh reman.

"Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti kaitan anggota berkenaan dengan sindiket yang disyaki terlibat dalam insiden tembakan itu.

 
Back
Top
Log in Register