Aku silap tanya bro...
Soklan yg sebenarnya ..
Kenapa IRIS tetiba TAK PATUH SHARIAH ?
Harap ada yang sudi jawab..
Minta maaf kalau aku dah jarang masuk dalam ni. Sebab kalau kita borak2 kosong atau tak menepati kehendak admin, posting akan di delete. Bagi aku susah la kita berborak2 kalau terlalu straight. Lagipun dengan borak2 sepatutnya akan menjadikan forum lebih "hidup". Takkan kita nak borak pasal saham 24jam, kurang2 kita nak kenal2 gak member lain, tanya dok mana, buat apa, dsb. Apa2pun, aku hormat pada admin. Banyak gak ilmu percuma aku dapat dalam carigold ni. Terima kasih carigold.
Pasal soalan hg ni, mmg biasa sesuatu saham tu tiba2 jadi tak syariah. Pertama, mungkin ada penyebab teknikal seperti bisnes depa berubah, atau ada buat pinjaman yang tak patuh syariah. Sebab kedua, depa tak mohon dah bila dah tamat tempoh.
Sebagai pelabur, terpulang pada pendapat masing2. Sebab tu ada member yang masih trade saham yang tak syariah sebab mungkin dia tau dan clear nature bisnes company tu.
Tapi kalau nak mudah, tolak tepi terus la saham yang tak patuh syariah ni. Kita pun bukan ada access penuh nak tau perjalanan sesuatu syarikat. Biar yang pakar jalankan tugas depa, kita follow ja. Macam makanan yang ada logo jakim la.
Pendapat aku jo ni, kalau ada yang nak tambah, nak kurang, silakan. Sebab aku pun short term trader, takdo isu sangat bab syariah tak syariah ni sebab kojap ja aku hold sesuatu saham, tak sempat pun nak berubah syariah tak syariah aku dah let go. Tapi aku trade, mmg akan pilih yang syariah la. Macam IRIS ni mmg aku tak tengok lgsg dah la.
Harap hg clear. Takpo, depa bagi masa 6 bulan kut untuk clearkan semua saham yang dah tak patuh syariah.