Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,773
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,773
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Semangat Anak Orang Asli Manfaat Peluang, Bina Masa Depan Lebih Baik
Sukan dan pekerjaan mungkin dua laluan berbeza, namun bagi anak Orang Asli, peluang yang hadir menerusi bidang berkenaan menjadi titik perubahan untuk mereka melangkah jauh dan membina kehidupan lebih baik.
Bagi gimnas Negeri Sembilan Noorazrul Jamirul Jamrus, 21, sukan menjadi pentas mengembangkan bakat hingga membawanya keluar daripada lingkungan kehidupan biasa dilalui, manakala bagi Joenes Ahmad, 46, peluang pekerjaan pula membuka jalan kepada sumber pendapatan lebih stabil untuk keluarganya.
Berbeza latar belakang dan perjalanan hidup, kedua-duanya berkongsi tekad sama untuk merebut setiap peluang yang hadir dan tidak membiarkan kekangan menjadi penghalang bagi mengubah masa depan.
Bagi Noorazrul, anak jati suku Semelai dari Jempol, perjalanan dalam dunia gimnastik bermula secara tidak diduga apabila bakatnya dikesan seorang guru ketika melakukan aksi akrobatik asas pada sukaneka sekolah pada usia sembilan tahun.
Daripada aksi ringkas itu, bakat Noorazrul mula digilap hingga membuka peluang kepadanya menjalani latihan di Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) Gambang sebelum meneruskan perjalanan sebagai atlet di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).
“Untuk saya sebagai suku kaum Orang Asli, sukan ini adalah peluang besar untuk saya pergi ke depan dan keluar daripada lingkungan hidup asal. Saya gunakan peluang ini sepenuhnya sebagai landasan masa depan,” katanya kepada Bernama.
Perjalanan itu membuahkan hasil apabila Noorazrul meraih pingat emas acara melombol pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.
Jika Noorazrul mengubah haluan hidup menerusi sukan, Joenes pula menemukan kestabilan melalui pekerjaan tetap selepas sekian lama bergantung pada sumber pendapatan tidak menentu.