Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,764
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,764
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
Malaysia Perlu Bina Ekonomi Maritim Berorientasikan Masa Depan - Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyampaikan ucaptama semasa Persidangan Ekonomi Maritim Global (GMEC2026) hari ini.
Malaysia perlu membina ekonomi maritim yang berorientasikan masa depan, berteraskan pelabuhan yang berdaya tahan, seni bina tenaga yang pelbagai, infrastruktur digital yang inovatif, koridor perkapalan yang selamat serta kerjasama serantau yang kukuh.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata langkah ini penting berdasarkan kepentingan strategik Selat Melaka yang semakin meningkat dalam perkembangan global semasa.
“Dengan kira-kira satu perempat daripada barangan dagangan global dan sebahagian besar import tenaga Asia melalui koridor ini setiap tahun, Malaysia berada pada kedudukan strategik dalam ekosistem perdagangan antarabangsa.
“Dalam laluan perkapalan global disusun semula berikutan ketidaktentuan geopolitik, kita mempunyai peluang besar untuk memperkukuh kedudukan sebagai hab maritim, logistik dan pemindahan kargo utama,” katanya dalam ucaptama pada Persidangan Ekonomi Maritim Global 2026 anjuran Institut Maritim Malaysia di sini hari ini.
Persidangan yang bertemakan ‘Advancing Resilience and Accelerating Sustainable Maritime Growth’, membincangkan trend yang mempengaruhi pertumbuhan ekonomi maritim global dalam keadaan ketidaktentuan geopolitik yang berterusan.
Loke menegaskan bahawa dengan memacu pemodenan pelabuhan, penggunaan automasi termaju, peluasan rangkaian logistik multimodal serta langkah meningkatkan keselamatan maritim, Malaysia berupaya meraih peluang perdagangan baharu di samping memainkan peranan aktif dalam menstabilkan rantaian bekalan serantau.
“Ini terutamanya apabila pelabuhan utama Malaysia telah mengendalikan ratusan juta tan kargo setiap tahun, menjadi penghubung penting yang menghubungkan Asia, Timur Tengah, Eropah dan Afrika,” katanya.
Loke turut mengingatkan bahawa ekonomi moden amat bergantung pada kebebasan maritim yang lancar.
“Keadaan telah menunjukkan bahawa apabila laluan strategik maritim terancam, kejutan ekonomi dalam skala besar akan wujud. Kadar pengangkutan laut melonjak, premium insurans meningkat, rantaian bekalan terjejas dan pasaran tenaga menjadi tidak menentu,” katanya.
Loading…
www.bernama.com