BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seluar terlondeh ketika cuba 'Selfie' dgn Timbalan Perdana Menteri UK

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
May 02, 2015

2836161C00000578-3064550-image-a-27_1430507484014.jpg


SEORANG remaja lelaki terpaksa menanggung malu apabila seluarnya terlondeh semasa cuba bergambar 'selfie' bersama Timbalan Perdana Menteri United Kingdom, Nick Clegg.

Portal Mail Online melaporkan William Carrie, 17, meminta timbalan perdana menteri itu untuk bergambar bersama di luar Kolej Solihull tengah hari Jumaat.

Bagaimanapun seluar jeans yang dipakai William terlondeh sehingga ke paras lutut semasa Clegg berdiri rapat dengannya untuk bergambar.

Clegg kemudiannya mengangkat tangan dan berlalu menuju ke sebuah bas. Keadaan yang tidak disangka itu membuatkan muka William merah padam.

William berkata, dia sedang pergi ke kolej untuk berjumpa dengan rakannya ketika bertembung dengan Clegg tanpa menyedari timbalan perdana menteri itu sedang membuat lawatan.

"Saya menghampirinya untuk mengambil gambar kerana saya suka berjumpa dengan selebriti. Tetapi sebaik sahaja saya mahu mengambil gambar 'selfie', seluar saya terlondeh," katanya.

Tambah William, seluar jeans itu yang dipakainya sejak beberapa tahun beberapa tahun.

Menurut William, dia perlu mendapatkan sepasang seluar yang baharu.

"Saya berasa sangat malu kerana kejadian yang berlaku benar-benar memalukan. Semua rakan mentertawakan saya dan ramai yang merakamkan kejadian yang berlaku," katanya.

William bagaimanapun bernasib baik kerana dia memakai seluar pendek "boxer' hitam di bahagian dalam ketika kejadian berlaku.

"Ia memang lucu tetapi ia benar-benar tidak disengajakan. Saya tidak pernah melakukan perkara seperti itu dengan sengaja.

Bagaimanapun, Clegg melihat perkara itu dengan berbuat jenaka menerusi kenyataannya di Twitter: "Ada segelintir yang tidak mengendahkan amaran saya supaya mengetatkan tali pinggang anda." - MAIL ONLINE

28355AD900000578-3064550-Trousers_down_This_teenager_s_trousers_fell_down_as_he_went_to_t-a-133_1430527913975.jpg
 
Dia tahan napas perut kempis seluar terlondeh kot

Kurusnye beliau
 
Nak malu apanya..pompuan pakai skirt lg pendek drpda boxer dia relax ja tak malu ponnnn
 
apa jadi dgn seluar jeans tersebut???
 
Bodyguard tu pandang macam dia timbalan perdana menteri..
 
Bodyguard tu pandang macam dia timbalan perdana menteri..

mungkin bodyguard tu ialah... timbalan kepada timbalan perdana menteri tu.. ha ha ha :D

kira macam stok penimbal larr nie.. :))
 
Back
Top
Log in Register