BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Seleweng Dana RM230 Juta: SPRM Sedang Kenal Pasti Aliran Wang Daripada Bank

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
46560aeb327963794bbff7407c0ce2e169eb278a673e8


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengenal pasti aliran pemindahan wang berhubung kes penyelewengan dana bernilai RM230 juta melibatkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya ketika ini, sedang mendapatkan maklumat berkenaan daripada institusi perbankan yang dijangka diperoleh dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu.

“Kita sedang mendapatkan banyak lagi maklumat dan keterangan termasuk menunggu pengesahan daripada bank, berapa banyak wang masuk ke dalam akaun peribadi mana-mana pihak, kita nak secepat mungkin, tetapi bank biasanya ambil masa, paling cepat dalam tempoh seminggu.

“Kes ini bukan setakat 2025, kalau (tempoh) itu mungkin cepat (dapat maklumat) … tetapi kami minta dokumen bank (penyata) dari 2018 hingga sekarang, jadi ambil masa sikit, namun saya percaya bank selalunya akan memberikan dokumen yang kita perlukan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penandatanganan memorandum perjanjian antara SPRM dengan Enforcement, Leadership and Management University (ELMU) di sini, hari ini. SPRM diwakili Pemangku Pesuruhjaya Datuk Mohd Hafaz Nazar, manakala ELMU diwakili Ketua Pegawai Kewangan Datin Noraini Aripin.

Azam berkata siasatan setakat ini menunjukkan terdapat petunjuk jelas bahawa wang berkenaan disalahgunakan untuk kepentingan peribadi, termasuk bagi pembelian aset.

Beliau berkata SPRM turut menyiasat pihak Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) selain tidak menolak kemungkinan lebih ramai individu akan dipanggil bagi membantu siasatan termasuk ahli keluarga yang mungkin mendapat manfaat daripada dana berkenaan.

“Mana-mana pihak yang namanya terlibat menerima wang berkenaan kita akan panggil untuk siasatan. Jadi, saya jangka apabila mendapat akaun bank yang menunjukkan banyak lagi pihak yang menerima (wang terbabit), kita akan panggil untuk mendapat penjelasan,” katanya.

Semalam, media melaporkan SPRM menyita aset tak alih dianggarkan berjumlah RM18.36 juta melibatkan 14 hartanah merangkumi tujuh rumah kediaman bernilai RM15.53 juta termasuk sebuah banglo (RM10 juta), tiga ruang pejabat (RM1.53 juta) serta empat lot tanah (RM1.3 juta) di Kundang, Marang dan Temasya Glenmarie.

 
Back
Top
Log in Register